
Pelajar Imperium International College bergambar di hadapan kampus Anglia Ruskin University (ARU), Cambridge.Pengurus Kerjasama Akademik dan Operasi ARU, Kate Cocksedge, menyambut dan mengalu-alukan kehadiran peserta IIC, terdiri daripada 66 pensyarah dan pelajar. Mereka berkunjung ke Anglia Ruskin University (ARU) di Cambridge, dan setibanya di sana, peserta menyertai pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat.
Pelajar menyertai pelbagai bengkel yang mempamerkan program pengajian di ARU.Program lawatan ini menyediakan kuliah-kuliah yang mendalam, interaksi bersama ahli fakulti ARU, serta peluang menikmati kemudahan bertaraf dunia yang ada di kampus universiti tersebut. Antara aktiviti menarik disertai oleh pelajar IIC termasuklah lawatan kampus dan bengkel berkaitan dengan topik Ethical Hacking Workshop, Business Disruptions and Challenges, dan Artificial Neural Networks.
Selain menikmati kemudahan Bloomberg, pelajar IIC berpeluang mengasah dan mengaplikasikan kreativiti dan kemahiran praktikal mereka dalam dunia sebenar.Satu lagi pengalaman manis semasa lawatan itu adalah kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Anne Rajasaikaran, dan Pengerusi IIC, Tunku Dato’ Yaacob Khyra, yang turut hadir semasa sesi pembentangan di Fakulti Perniagaan ARU.
Rebut peluang sambung belajar di IIC hari ini.Bagi sesiapa yang berminat mengikuti perjalanan pendidikan transformatif seperti pelajar IIC, peluang ini tidak boleh dilepaskan. Ambillah langkah pertama ke arah masa depan yang cerah dengan menyertai komuniti IIC hari ini. - FMT|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |