Penang Pertama Kali Berlagak Tourist Singgah Tempat Menarik Di Penang


Penang bukan lokasi asing bagi kami dan dah jadi persinggahan wajib samada  waktu nak balik Kedah atau sebelum meneruskan perjalanan balik KL sejak kedua mertua dah tiada. Malahan waktu kecil dulu, abaha akan bawa kami ke Penang untuk makan-makan dan jalan-jalan kat Komtar, lepas tu singgah rumah mak sedara di Batu Uban

  Isi Kandungan  
Bila sebut Penang, pasti dah terbayang nasi kandar, pasembor, jeruk Pak Ali, pasar Batu Feringghi, Bukit Bendera dan banyak lagi. Keseronokan berganda bila ke Penang dapat naik feri, tapi  sekarang guna jambatan untuk ke seberang pulau sebab perkhidmatan feri dah diberhentikan. Ada ura-ura yang perkhidmatan feri akan kembali, kita tunggu berita baik ni nanti.





Kuala Lumpur - PenangRencana asal DH nak sambut Hari Raya Aidil Adha di Penang tapi umi tak nak tukar rutin menjaga dan menginap pada malam Jumaat, tu yang kami bertolak hari Jumaat selepas solat Jumaat.
Alhamdulillah, perjalanan agak lancar walau banyak kenderaan dan kami sampai kat tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dalam jam 8 malam. Pemandangan waktu malam kat atas jambatan yang cukup menarik.
Sampai ke rumah adik DH, terus kami dijamu makan malam dan tak kuasa nak keluar bila dah  panjat tangga ke tingkat 4 walau ikut plan kami akan makan malam nasi kandar. Plan pun bertukar untuk makan nasi kandar keesokkan harinya.
Perut dah kenyang, rehat dan tidurlah untuk merehatkan badan, otak dan fizikal.




    Pusing Balik PulauLepas sarapan dengan nasi lemak yang SiL masakkan, kami semua gerak keluar nak city tour Penang yang acapkali dikunjungi tapi hanya singgah bermalam dan makan nasi kandar dan makan dan makan. Nak shopping? kat KL pun dah rasa malas nak masuk mall kecuali ada benda yang nak dicari. 

Tempat pertama yang disinggah di Balik Pulau ialah kat gerai durian sebab orang utara ni memang suka makan pulut dengan durian. Mujur durian tu diletakkan dalam kereta SiL, kalau tak mau pening kepala.


Memang seronok layan jalan yang cukup relax sambil tengok laut, dusun durian dan teringat kenangan ofis dulu join family day dengan kakitangan UIA beberapa tahun dulu. Memang kenangan indah sungguh. 
Paling sedih pasar di Batu Feringghi dah tak beroperasi lagi, dan kami pernah beberapa kali ke pasar malam ni sebab anak-anak cukup suka memenatkan kaki sambil mengosongkan poket si ayah.




    Singgah Di Air Terjun Titi Kerawang

Lokasi pertama kami berhenti ialah di Titi Kerawang yang terletak di Balik Pulau. Kat sini ada air terjun tapi tempat ni macam dah lama tak dikunjungi mungkin sebab PKP. Kami tak masuk sampai ke dalam sebab kawasan ni agak licin sebab baru lepas hujan. Hanya DH turun ke bawah ambil gambar jer. Memang deras air yang mengalir, sampai rasa cuak tengok DH turun tu


Memang waktu google ada orang yang naik mandi kat air terjun tapi, umi tak berminat untuk mandi kat sungai cukup sekadar sampai untuk ambil gambar. Lagipun risau pulak ada pacat atau haiwan yang menyusup tu. Ohh tidakkkk


    Empangan Teluk Bahang
Mulanya agak malas nak turun dari kereta sebab cuaca panas yang teramat panas tapi rasa rugi pulak tak turun untuk berswafoto dan ambil gambar pemandangan. Rugi la kan sebab takk tahu bila lagi nak boleh singgah sini walau memang kami kerap ke Penang.
Luas, seluas mata memandang dan kenderaan pun tak berapa banyak melalui jalan ni. Bagi KC Iman, KY Amanda memang suka bergambar, memang banyaklah gambar diaorg diambil oleh DH.
Empangan Teluk Bahang ini dibina pada tahun 1999 dan adalah empangan terbesar daripada Empangan Air Itam dan Empangan Mengkuang dan kat sini juga adalah lokasi untuk acara bot naga antarabangsa.


    Masjid Terapung Tanjung Bungah

Kami singgah untuk nikmati keindahan masjid dan persekitaran masjid yang berlatarbelakangkan laut Selat Dinding dan perahu nelayan. Subhanallah, memang cantik dengan warna masjid putih bersih cukup mempersona. Cuma umi tak masuk ke dalam masjid sebab tak nak menganggu jemaah yang sedang mengerjakan solat. Umi dapat shot gambar cantik pun sebab ikut DH yang ajak ke port cantik untuk snap gambar.  


Kalau anda ke sini, pastikan anda masuk ke dalam untuk solat sambil menikmati pemandangan indah masjid terapung ni. Umi tak solat disini memandangkan waktu kami sampai tu, baru berkumandang azan, selain umi tak bawa telekung, kami kan bermusafir, jaddi boleh solat jamak.


Masjid Daerah Timur Laut atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung Tanjung Bungah terletak di persisiran pantai Tanjung Bungah. Ianya bukan terapung dengan erti sebenar sebab ia masih berdiri atas tiang-tiang. Masjid ini adalah masjid yang pertama di Malaysia yang dibina di atas permukaan laut dan dibina untuk menggantikan Masjid Tanjung Bungah Lama. Masjid ini telah dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.


Menarik tentang masjid ini : Masjid ini tetap kukuh ketika berlakunya tsunami 13 tahun dulu (2004) yang meranapkan rumah penduduk di pesisir pantai, masjid berkenaan tetap kukuh malah bertindak sebagai benteng penahan ombak yang mungkin boleh mengakibatkan kemusnahan lebih teruk kepada persekitaran Tanjung Bungah.
Reka bentuk bangunan masjid menggabungkan seni bina tempatan dan pengaruh dari Turki. Kubah berbentuk aerodinamik sesuai dengan persekitaran lautan selain menara azan setinggi tujuh tingkat dihiasi ukiran kayu jati serta seni khat kaligrafi Indonesia turut menjadi mercu tanda masjid.
Lantai mozek dan seramik berwarna warni memberi pencahayaan lebih menarik kepada masjid dua tingkat itu yang dicantikkan lagi dengan pagar tembok bercorak bunga matahari di sekeliling serta pintu hadapan masjid.
sumber : https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/274006/masjid-terapung-tanjung-bungah-tarikan-pelancong
    
    Makan Tengahhari Nasi Kandar


Bila adik DH bagitau nak bawa kami makan kat kedai nasi kandar Mohd Raffe ni, memang down kejap sebab Umi aim nak makan kat Nasi Kandar Beratur. Tapi dalam hati, takpe la janji nasi kandar! First time pulak tu makan nasi kandar sianghari. Jam 6.15 tu masih siang kan? Bukan tak biasa makan nasi kandar waktu siang tapi terbiasa makan nasi kandar di Nasi Kandar Beratur (NKB) yang beroperasi waktu malam. Kalau dulu makan kat Nasi Kandar Line Clear pun makan waktu tengahari tapi tu lama dulu la dan kalau kat KL pun pernah makan nasi kandar waktu tengahari juga tapi feeling makan nasi kandar kat Penang ni lain tau.


Selain campuran kuah yang sedap, lauk seperti ayam goreng bawang dan sayur bendi, nasi kandar perlu ada sambal kelapa yang sedap macam kat kedai Nasi Kadar Beratur dan kat  restoran ini pun ada sambal kelapa juga. So tak la berkilan tak makan kat NKB tu cuma sambal kelapa kat NKB tu lebih sedap ikut selera umi la.
Baca Juga : cerita kami di Penang


    Pantai Bayan Lepas Tepi HighwayKami singgah berhenti di tepi jalan sebab alkisah nak tengok sunset tapi kat sini bukan lokasi yang menarik walau pemandangan pun memang cantik dengan kelihatan jambatan Pulau Pinang dari kejauhan. Indah!



Ramai juga yang duduk bersantai kat sini menghirup angin laut dan ada juga yang ambil kesempatan memancing, cuma kat sini tak ada ruang parking dan kenderaan hanya park kereta di bahu jalan je.


    Kejar Sunset Di Dataran MatangIngat nak balik terus tapi KC masih tak puas nak tengok sunset, diajak DH ke Dataran Matang. Di sini juga adalah laluan ke Pantai Esen dan KC tahu sebab dia pernah ke sini waktu belajar dulu. Waktu kami sampai, kami dah terlepas sunset tapi tetap stay nak ambil gambar

Pantai Esen ni tidak ramai yang tahu kecuali penduduk kat Penang ni dan untuk ke situ, kena menapak agak jauh, yang memang tidak mungkin umi buat sebab kaki dah lenguh dan badan dah penat

  

Dalam dok layan pemandangan langit, ada pulak kapalterbang baru take off, jadi sempatlah di ambil gambarnya.


    Swafoto di Airport Bayan LepasKami tak tunggu lama, nak makan perut masih kenyang, jadinya kami balik tapi sempat pulak kami singgah di kawasan airport dan ambil gambar. Jenuh DH melayan anak-anak daranya




Bila bab bergambar ni memang kesukaan anak-anak walau jarang dimuatturun di media sosial dan kebetulan waktu tu flight tengah take off jadi sempatlah umi shot video dan gambar.


    Makan Nan Cheese sedapMemang letih sebab seharian berjalan walau bukan berjalan kaki tapi tetap penat. Baru jejak kaki ke rumah, KC Iman nak keluar balik, katanya nak beli nan cheese sedap. 

Memang sedap nan cheese ni dengan walau tanpa mint sauce tapi cheesenya melimpah dan roti nan tu tak kering.


Bertolak Ke KLDH dah awal-awal ingatkan the girls yang kami akan bertolak jam 8 pagi tapi seperti biasa kalau ada 4 anak dara yang nak bersiap memang la akan terlebih masa dan kami turun ke kereta pun dah jam 9 pagi.





Memang tak sah la kalau DH tak bebel sebab dia tak nak stuck dalam jem kat highway kan yang sangat menduga rasa. 


Kami tak rush mana pun tapi kalau boleh nak sampai awal sebab nak rehat sebab bercuti ni memang meletihkan. 


Memandangkan kami ikut jalan lama, kami singgah Ipoh dan singgah lokasi pelancongan yang menarik. Ok, nanti umi kongsi.

Check-list Tempat Menarik Di PenangMasjid Terapung Tanjung Bungah ✔Dataran Matang Street Food ✔Pantai EsenTropical Garden ✔Tanjung Bungah  ✔ Bukit Bendera ✔Port Cornwallis ✔✔Air Terjun Titi Kerawang ✔Pantai Batu Feringghi ✔Rumah P. RamleePenang Tunnel MuseumMuzium Peranakan PenangPenang Art Street ✔✔Masjid Negeri Pulau PinangKek Lok Si Temple ✔✔Taman Negara Pulau PinangTaman Botani Penang ✔✔Muzium Perang ✔✔✔Feri Pulau Pinang ✔✔✔Masjid Kapitan KelingPadang Kota Lama ✔✔✔Pasar Chowrasta ✔Gurney Drive ✔✔The Habitat, Bukit BenderaESCAPE Theme ParkEntopia by Penang Butterfly FarmCheong Fatt Tze MansionThe TOP KomtarPulau JerejakTeluk Duyung (Mongkey Beach)Jeti-Jeti PenangAvatar Secret GardenWonderFood MuseumDesign Village Outlet Mall PenangAudi Dream FarmTaman Burung PenangPenang 3D Trick Art MuseumKampung AgongArmenian StreetThe Dark MansionPantamania Magic World PenangUpside Down Museum PenangSaanen Dairy Goat FarmPasar Lorong Kulit / Pasar Pagi Stadium NegeriPantai MiamiPantai KerachutTaman Rimba Teluk BahangTaman Negeri Bukit PanchorMuzium HantuPantai Teluk KampiMuzium & Galeri Tengku FauziahMuzium Kamera Pulau PinangPG Gold MuseumBao Sheng Durian Farm
Nota : ✔ 1 kali | ✔✔ 2 kali | ✔✔✔ 3 kali dan lebih

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/08/penang-pertama-kali-berlagak-tourist.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Kali Pertama Adun Bukan Melayu Dominasi Kerajaan Selangor

Buat Kali Pertama Adun Bukan Melayu Dominasi Kerajaan Selangor

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 284 hits
Keadaan itu akan merumitkan usaha untuk membuang persepsi bahawa PH BN tidak mewakili orang Melayu yang membentuk majoriti di Selangor Buat pertama kali di Selangor wakil rakyat bukan Melayu membentuk majoriti dalam blok pemerintah realiti ...
Kane Kempunan Lagi Angkat Piala Kali Pertama Dalam Kariernya

Kane Kempunan Lagi Angkat Piala Kali Pertama Dalam Kariernya

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 320 hits
REAKSI Kane ketika beraksi di Piala Super Jerman Kempunan Trofi Terus Jadi badi Kegusaran Buat Harry Kane Harry Kane mengalami kekalahan sulung bersama Bayern Munich apabila pasukan baharunya itu tewas 0 3 kepada RB Leipzig di Piala Super J...
Pertama Kali Makan Aiskrim Llaollao

Pertama Kali Makan Aiskrim Llaollao

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 251 hits
Pertama Kali Makan Aiskrim llaollao Kesiannya Ummi Ilham ni ketinggalan zaman ekeke Bukan ketinggalan zaman lah awak Selama ni tak teringin nak cuba dek The post appeared first on
Piala Dunia Wanita Brazil Gagal Ke Pusingan 16 Buat Kali Pertama Sejak 1995

Piala Dunia Wanita Brazil Gagal Ke Pusingan 16 Buat Kali Pertama Sejak 1995

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 177 hits
Pemain Brazil Andressa Alves bersedih selepas kesingkiran pasukannya dari Piala Dunia Wanita Foto REUTERS Bola Sepak Piala Dunia Wanita FIFA Australia dan New Zealand 2023 Kumpulan F Jamaica lwn Brazil Stadium Melbourne Rectangular Melbourn...
Ada Rancangan Ke Korea Lawati 5 Tempat Festival Menarik Ini Semasa Musim Luruh

Ada Rancangan Ke Korea Lawati 5 Tempat Festival Menarik Ini Semasa Musim Luruh

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 157 hits
Bagi yang mempunyai perancangan untuk melawat Korea pada musim luruh September Oktober dan November merupakan bulan terbaik untuk korang ARTIKEL BERKAITAN Kalau bercakap pasal cuaca pada musim luruh puratanya ialah 25 darjah celcius ke 27 d...
Bunuh Ketua Jururawat Lelaki Nigeria Dipenjara 35 Tahun Dan 12 Kali Sebatan

Bunuh Ketua Jururawat Lelaki Nigeria Dipenjara 35 Tahun Dan 12 Kali Sebatan

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 186 hits
Seorang lelaki warga Nigeria terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh ketua jururawat Hospital Serdang empat tahun lalu Panel tiga ha...
Sanusi Kena Lagi Kali Ini Saman 200 Juta

Sanusi Kena Lagi Kali Ini Saman 200 Juta

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 151 hits
Sinar Harian SHAH ALAM Pengasas Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan mengemukakan saman terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta Ia susulan kenyataan berunsur fit...
Bukan Hanya 1 2 Sudu Air Setiap Kali Makan Doktor Sarankan Beri Banyak Air Pada Bayi Elak Sembelit

Bukan Hanya 1 2 Sudu Air Setiap Kali Makan Doktor Sarankan Beri Banyak Air Pada Bayi Elak Sembelit

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 224 hits
Memang teruja bila nak memberi si kecil makan Macam macam resipi mama buatkan untuk si kecil agar si kecil mendapat nutrisi yang sebenar Anak pun sangat teruja bila tibanya waktu makan Namun pasti ramai mama mama yang mempunyai masalah yang...
Tak Sempat Buat Setiap Waktu Cukuplah 2 Kali Je Boleh Kunci Hati Suami Selalu Sayangkan Kita

Tak Sempat Buat Setiap Waktu Cukuplah 2 Kali Je Boleh Kunci Hati Suami Selalu Sayangkan Kita

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 154 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash