Melancong Bukan Sekadar Berhibur



Melancong bukan sekadar ingin berhibur dan melakukan sesuatu yang memenuhi hawa nafsu. Sesiapa melancong hanya semata-mata itu tujuan itu, tidak akan mendapat manfaat di sebalik suruhan agama.

Bahkan, keriangan yang diiringi dengan perbuatan maksiat menjadikan aktiviti melancong sedemikian haram dan amat dimurkai Allah.


Ketika melancong hendaklah menjaga nilai-nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang yang sekali gus akan melambangkan sikap yang sama di negara sendiri.

Aktiviti pelancongan yang melibatkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.


Firman Allah bermaksud: “Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” - (Surah Ali Imran, ayat 112)


Malang sekali ada individu melancong memilih tempat maksiat seperti pusat perjudian, syurga seks, pusat hiburan dan sebagainya yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Mereka memilih tempat itu di luar negara disebabkan ia diharamkan di negara kita. Golongan itu menjadikan wang ringgit untuk menambahkan dosa dan bukannya mencari keredaan Allah.

Ketika melancong, sudah tentu apa yang dilihat dan dialami tidak sama seperti di tempat kita. Allah Maha berkuasa menjadikan seluruh dunia itu tidak sama dari segi bentuk muka bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan, hidupan dan kehidupan masyarakatnya.

Apa yang berlaku di negara luar ada yang langsung tidak berlaku di negara kita seperti berlakunya musim salji, bunga, luruh dan panas. Ia berkaitan dengan musim pengedaran bumi mengelilingi mata hari dalam tempoh masa setahun.  

Bahagian tertentu bumi, ada masa siangnya berbulan-bulan lamanya dan pada masa lain pula malamnya berlangsung berbulan-bulan.

Semua ini menuntut kita agar berfikir dan dijadikan satu cara untuk muhasabah diri apakah selama ini kita menghargai setiap cipaan Allah. Seluruh ciptaan Allah amat sempurna dan cantik yang menyenangkan fikiran dan perasaan jika dilihat dari sudut keimanan.

Dalam soal memajukan industri pelancongan tempatan pula, perkara yang perlu ditekankan ialah mempamerkan budaya dan cara hidup masyarakat setempat yang berlandaskan ciri-ciri sebuah negara Islam.

Sebenarnya, pelancong asing yang memilih Malaysia sebagai destinasi ingin menikmati pengalaman yang berbeza dengan apa ditawarkan di tempat lain.

Jika mereka ingin menikmati hiburan, perjudian dan pelacuran, tentunya mereka memilih tempat lain. Aktiviti itu sememangnya telah ditawarkan di kebanyakan negara Barat dan bukan Islam.

Rebutlah peluang untuk melakukan kebaikan dalam apa jua perkara yang dilakukan, termasuk aktiviti melancong. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/lpb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Sekadar Perhiasan

Dunia Sekadar Perhiasan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 426 hits
Kehidupan ini sekadar himpunan rasa suka dan duka Selebihnya himpunan dosa dan pahala amal kebaikkan dan kejahatan segalanya akan dipersoalkan dari mana kemana untuk apa kenapa dan mengapa Beruntunglah jika kita mengetahui kemana tujuan dan...
Mikrofon Impian Bukan Sekadar Program Nyanyian Semata Mata

Mikrofon Impian Bukan Sekadar Program Nyanyian Semata Mata

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 410 hits
KEMUNCULAN rancangan realiti baharu Mikrofon Impian mendapat respons positif daripada kalangan masyarakat Malaysia Mereka memuji rancangan tersebut kerana ia bukan sekadar program nyanyian semata mata malah ia membantu peserta dalam menyele...
Pengusaha Minta Capres Tak Sekadar Argumen Saat Debat

Pengusaha Minta Capres Tak Sekadar Argumen Saat Debat

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 208 hits
Ketua Umum Asosiasi Pengusaha Indonesia Shinta Widjaja Kamdani mengatakan dalam debat nanti para pengusaha berharap agar kedua capres akan mengemukakan visi dan misi jangka pendeknya dan jangka panjangnya secara konkret Bukan hanya sekedar ...
Lepas Menari Ag Gugur Kes Siti Kassim Sekadar Satu Persepsi

Lepas Menari Ag Gugur Kes Siti Kassim Sekadar Satu Persepsi

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 401 hits
ISMA WEB Tuduhan aibkan seseorang dengan menunjukkan isyarat digugurkan JABATAN Peguam Negara mungkin tidak perlu memberitahu masyarakat umum atau polis kenapa mereka menggugurkan atau membatal pendakwaan terhadap mana mana pihak Atau merek...
Status Ibu Tiri Sekadar Gelaran 5 Artis Ini Mampu Hidup Bahagia Sampai Ada Yang Tidak Perasan

Status Ibu Tiri Sekadar Gelaran 5 Artis Ini Mampu Hidup Bahagia Sampai Ada Yang Tidak Perasan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 544 hits
Membuat keputusan untuk mengahwini lelaki berstatus duda tidak semudah yang disangka Lebih lebih lagi apabila lelaki yang bakal dikahwini mempunyai anak hasil perkongsian dengan isteri terdahulunya Istilah ibu tiri menjadi ketakutan untuk s...
Ibadah Umrah Kini Menjadi Satu Bentuk Trend Melancong

Ibadah Umrah Kini Menjadi Satu Bentuk Trend Melancong

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 452 hits
Hari ini ibadah umrah sudah jadi satu bentuk trend melancong Kerana ramai yang sudah berkemampuan dan pakej umrah yang ditawarkan pula dah semakin murah ia menjadi satu budaya melancong bentuk baru atas nama ibadah umrah Ramai yang mengangg...
10 Destinasi Terbaik Mesra Muslim Untuk Melancong Bersama Ibu Bapa Anda

10 Destinasi Terbaik Mesra Muslim Untuk Melancong Bersama Ibu Bapa Anda

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 592 hits
Apabila merancang percutian mari kita jujur berapa ramai daripada kita yang akan memikirkan membawa ibu bapa kita Sekiranya anda memerah otak anda dan cuba mengingat kali terakhir anda melancong bersama ibu bapa anda sudah tiba masanya anda...
7 Tip Menjaga Diet Ketika Melancong

7 Tip Menjaga Diet Ketika Melancong

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 504 hits
Anda adalah apa yang anda makan Pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan tubuh mendapat zat makanan dalam kuantiti yang diperlukan Dalam keadaan seseorang itu pergi melan...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah