Lepas Menari Ag Gugur Kes Siti Kassim Sekadar Satu Persepsi


ISMA WEB Tuduhan aibkan seseorang dengan menunjukkan isyarat digugurkan

JABATAN Peguam Negara mungkin tidak perlu memberitahu masyarakat umum atau polis kenapa mereka menggugurkan atau membatal pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Atau, mereka juga boleh menerangkan kepada masyarakat umum kenapa sesuatu kes itu digugurkan – bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap jabatan itu. Apa lagi jika tuduhan dan siasatan polis membabitkan kes kontroversi dan individu dikenali ramai. Semuanya, terletak di tangan peguam negara atau singkatan popularnya AG.
Demikian juga terhadap kes Siti Kassim – peguam kontroversi – yang mengangkat ‘isyarat lucah’ jari tengah kepada seorang penonton pada forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Shah Alam, dua tahun lalu.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan mendakwa Siti Kassim mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Apa kata Seksyen 509? (Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang).
Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.
Word or gesture intended to insult the modesty of a person 509. Whoever, intending to insult the modesty of any person, utters any word, makes any sound or gesture, or exhibits any object, intending that such word or sound shall be heard, or that such gesture or object shall be seen by such person, or intrudes upon the privacy of such person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years or with fine or with both.
“Selepas meneliti semula segala fakta dan keterangan, Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan pada 18 April tahun lalu dibatalkan,” kata Fadzil.
Pada 5 September 2016, peguam itu didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton ketika forum mengenai isu RUU355 di Kompleks Karangkraf, di Shah Alam.
Insiden dipercayai berlaku selepas Siti Kassim hadir ke forum itu dan mengkritik RUU berkenaan sehingga mengakibatkan penonton di forum berkenaan menyindirnya.
Pada April tahun lalu, iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), polis menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang ketika itu diketuai Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk mendakwa Siti Kassim, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan polis menumpu perhatian kepada persediaan menghadapi pilihan raya.
Tetapi semalam, di bawah Tommy Thomas, Jabatan Peguam Negara membatalkan pertuduhan itu.
Pedang bukan hendak bercakap mengenai ‘invasion of privacy’ atau ‘morally wrong’ atau ‘legally wrong’ atau ‘legally right’. Ini kerana sama ada ‘morally right’ atau ‘morally wrong’ terletak kepada persepsi masyarakat.
Seperti juga menunjuk jari tengah dengan jari lain digenggamkan. Umumnya ia bermaksud ‘fuck you’, tetapi tidak juga, sebaliknya mengangkat jari tengah juga adalah isyarat ‘menyerang’ bagi menunjukkan penghinaan atau penentangan. 
Maksud dan asal usul angkat jari tengah ni boleh di baca di sini dictionary.com.
Seperti Pedang kata ‘morally right’ atau ‘morally wrong’ terletak kepada persepsi masyarakat, demikian juga persepsi orang ramai apabila AG membatalkan arahan pendakwaan terhadap Siti Kassim.
Persepsi buruk diterima bukan sahaja oleh Jabatan Peguam Negara, tetapi juga kerajaan Malaysia Baharu Pakatan Harapan (PH). Kredibiliti yang terus dipertikai selepas terpalit dalam pelanggaran etika sebagai peguam negara dan ketua hakim negara, yang melarang mereka berada dalam majlis yang turut dihadiri peguam.
Pastinya, ramai yang masih tidak dapat melupakan isu peguam negara dan Siti Kassim sama-sama bertwist di satu pentas di Sabah bersama ketua hakim negara, sehingga ramai yang mempertikaikan mengenai etika kehakiman.
Iyalah! Selepas seronok bertwist untuk merayakan ‘Keadilan Menuju Kehadapan’ – maka inilah yang dibimbangi. Sama-sama berada di atas pentas melenggok mengikut rentak ‘Let’s Twist Again’, alih-alih pendakwaan terhadap Siti Kassim dibatalkan.
Untunglah Siti Kassim dapat menari dengan peguam negara hingga kesnya digugurkan. Itulah antara persepsi masyarakat. Bersambung persepsi itu ialah ‘demikianlah kerajaan PH pun membiarkan sahaja’.
Pedang rasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut mengambil Siti Kassim yang ‘mesra’ bergambar dengan peguam negara, mengetuai pasukan peguambelanya – malu apa bossku. Pasti akan menang kes, atau kes digugurkan.
Daripada pentas twist itulah masyarakat membuat persepsi buruk apabila kes Siti Kassim mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan digugurkan.
Kata Pedang: Lepas ini tak salah lah mana-mana rakyat Malaysia mengangkat isyarat jari tengah kepada sesiapa pun – hatta kepada pemimpin kerajaan – sebab itu tidak melanggar undang-undang, tak akan didakwa. Atau nak Pedang mulakan dulu angkat jari tengah kepada Jabatan Peguam Negara?
p/s: Boleh juga kalau sekarang ini kita ubah maksud isyarat jari tengah itu ialah ‘ucapan terima kasih’. – Inipun persepsi juga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/lepas-menari-ag-gugur-kes-siti-kassim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agc Gugur Dakwaan Kes Acung Jari Tengah Siti Kasim

Agc Gugur Dakwaan Kes Acung Jari Tengah Siti Kasim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 393 hits
AGC gugur dakwaan kes acung jari tengah Siti kasim Selepas Jabatan Peguam Negara memanggil semula kertas siasatan kata polis Selangor
Tak Sia2 Menari Ag Batal Pertuduhan Siti Kasim

Tak Sia2 Menari Ag Batal Pertuduhan Siti Kasim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 382 hits
Kerajaan KLEPETOKRASI ialah sebuah Kerajaan PALSU yang suka seronok sanggup MENIPU rakyatnya sendiri Manakala rakyatnya yang NAIF SUCI dan BERSIH HATI termakan penipuan itu walau DITIPU berulang ulang kali Kerajaan KLEPETOKRASI juga mempuny...
Dedahkan Wajah Anak Lepas Berpantang Ramai Samakan Wajah Anak Siti Sairah Dengan Aafiyah Dua Dua Cute

Dedahkan Wajah Anak Lepas Berpantang Ramai Samakan Wajah Anak Siti Sairah Dengan Aafiyah Dua Dua Cute

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 392 hits
Setelah habis tempoh berpantang Sit Sairah akhirnya mendedahkan wajah anaknya kepada umum Netizen menyamakan wajah anak keempat itu dengan anak saudaranya Siti Aafiyah Siti Sairah yang merupakan adik kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza bersalin...
Mengapa Kes Siti Kasim Ditarik Sedang 3 Kes Sebelum Itu Dihukum

Mengapa Kes Siti Kasim Ditarik Sedang 3 Kes Sebelum Itu Dihukum

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 369 hits
PARTI Islam Se Malaysia mengecam tindakan Pejabat Peguam Negara yang menarik semula pendakwaan terhadap Siti Kasim kerana mengacungkan jari tengah dalam sebuah forum mengenai pindaan Akta 355 di Shah Alam tahun 2016 Walhal sekurang kurangny...
Jangan Guna Dana Rakyat Untuk Biayai Sekolah Tahfiz Siti Kassim

Jangan Guna Dana Rakyat Untuk Biayai Sekolah Tahfiz Siti Kassim

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 287 hits
PEGUAM kontroversi Siti Kassim menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhenti menggunakan peruntukan diberikan kerajaan kepada badan berkenaan untuk membiayai sekolah tahfiz Beliau dipetik FMT berkata kerajaan perlu memastikan dana ...
Jokowi Disebut Satu Satunya Presiden Yang Berani Lakukan Reformasi Agraria

Jokowi Disebut Satu Satunya Presiden Yang Berani Lakukan Reformasi Agraria

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 228 hits
Mantan Deputi Lingkungan Wahana Lingkungan Hidup Ridha Saleh menyebut Jokowi sebagai satu satunya Presiden yang berani melakukan reformasi agraria melalui Perpres Nomo 86 Tahun 2018 dan berkomitmen dalam pengelolaan sumber daya alam untuk r...
8 Potret Miris Gunung Everest Yang Dipenuhi Sampah Saking Parahnya Salah Satu Base Camp Ditutup

8 Potret Miris Gunung Everest Yang Dipenuhi Sampah Saking Parahnya Salah Satu Base Camp Ditutup

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 186 hits
Tampaknya tak satu pun tempat di bumi ini kini bebas dari sampah Bahkan puncak tertinggi di dunia sekalipun
Yang Mana Satu Lampin Pakai Buang Sesuai Untuk Bayi Ibu Bapa Perlu Tahu Ciri Ciri Ini Untuk Memilih Lampin Pakai Buang

Yang Mana Satu Lampin Pakai Buang Sesuai Untuk Bayi Ibu Bapa Perlu Tahu Ciri Ciri Ini Untuk Memilih Lampin Pakai Buang

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 376 hits
Lampin pakai buang sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa pada hari ini terutamanya ibu yang berkerjaya Rata rata ibu bapa menggunakan lampin pakai buang untuk bayi mereka bagi memudahkan tugas mencuci Tambahan pula penggunaan lampin pa...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim