7 Tip Menjaga Diet Ketika Melancong



Anda adalah apa yang anda makan. Pemakanan yang seimbang, mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan tubuh mendapat zat makanan dalam kuantiti yang diperlukan.
Dalam keadaan seseorang itu pergi melancong, sama ada di dalam atau luar negara, adakalanya proses pengambilan makanan yang seimbang akan terganggu.
Ini disebabkan oleh waktu makan yang tidak menentu kerana berada di dalam kenderaan atau di lapangan terbang dalam jangka masa yang panjang.
Untuk memastikan tubuh mendapat semua zat makanan yang diperlukan ketika melancong, boleh cuba tujuh tip ini.
Tubuh bukan sahaja mendapat bekalan zat makanan yang secukupnya, malah badan akan jadi lebih sihat dan segar sepanjang percutian.
#1- Bawa Bekal Makanan
Sebelum memulakan perjalanan, sediakan sayur-sayuran mentah yang kurang kandungan air dan tidak mudah layu seperti tomato ceri, timun Jepun (zucchini) atau salad jenis romaine.
Buah-buahan seperti epal atau pisang juga boleh dijadikan bekal. Sandwic yang berinti telur atau tuna juga sesuai untuk dibawa ketika memulakan perjalanan.
#2- Elakkan Minuman Di Dalam Tin Atau Botol
Minuman dalam tin dan botol bukan sahaja tidak berkhasiat malah mengandungi gula dan asid berlebihan.
Minuman bergas contohnya mengandungi lebih kurang 9 sudu kecil gula yang tidak elok untuk kesihatan. Bawa bekalan air masak atau mineral. Ia jauh lebih murah dan lebih baik untuk kesihatan.
#3- Lakukan Senaman
Jika tempoh percutian anda seminggu atau lebih, pastikan tempoh seminggu itu diisi dengan aktiviti senaman. Paling minima sebanyak tiga kali. Anda boleh berjogging di sekitar tempat penginapan sekiranya bersesuaian.
Sekiranya hotel yang anda menginap ada kemudahan gimnasium atau kolam renang, luangkanlah sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan latihan senaman. Ini adalah kerana pembakaran lemak hanya berlaku pada minit ke-20 apabila seseorang itu bersenam.
#4- Elakkan Berhenti Terlalu Kerap Di Hentian Rehat Dan Rawat (RNR)
Perjalanan jauh melalui lebuh raya selama empat hingga lima jam memang memenatkan. Adalah disarankan untuk berhenti rehat setelah dua jam pemanduan secara terus. Memandu dalam keadaan keletihan adalah sangat berbahaya.
Namun, jika kerap berhenti selalunya akan mengundang masalah yang berbeza. Anda akan cenderung untuk membeli minuman atau makanan yang tidak perlu. Sebagai contoh makanan ringan dan snek yang kurang khasiatnya.

#5- Sewa Homestay
Terkini ramai yang memilih untuk menyewa homestay sebagai tempat penginapan. Dengan kos yang mungkin sama nilainya dengan sewaan bilik hotel.
Anda bukan sahaja dapat menyewa sebuah rumah, malah anda boleh memasak sendiri dengan kemudahan memasak yang disediakan. Diet anda terjaga dan wang pun terpelihara.
#6- Wajib Ambil Sarapan Pagi
Apabila bercuti ke luar negara, jadual harian selalunya dipenuhi dengan aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang menarik.
Perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain membuatkan badan menjadi penat dan lesu. Mahu saja berbaring di atas katil hingga pukul 10 pagi dan akibatnya anda terlepas waktu sarapan.
“Missing your morning meals confuses your hunger hormones, setting you up to overeat later on in the day.”
Di dalam satu dapatan daripada International Journal of Obesity, 2015, mengambil sarapan berprotein tinggi pada jam 6 hingga 9.45 pagi mampu mencegah pengumpulan lemak dan munculnya rasa lapar palsu seharian.
#7- Berkongsi Makanan Dengan Pasangan Atau Keluarga
Saiz hidangan lebih besar bermakna lebih kalori, tinggi lemak, tinggi kolesterol dan lebih garam. Kawal selera makan anda dengan meneliti ramuan menu harian dan jumlah kalori yang diambil.
Sekiranya perlu, satu hidangan makanan yang ditempah di sebuah restoran boleh saja dikongsi bersama-sama pasangan.
Pemakanan yang sihat menyumbang kepada kesihatan yang baik. Jangan abaikan diet anda sekalipun anda melancong.
“Your diet is a bank account. Good food choices are good investments.”
 
Sumber: tzkrh.com
The post 7 Tip Menjaga Diet Ketika Melancong appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/7-tip-menjaga-diet-ketika-melancong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resepi Simple Ketika Makan Sahur Untuk Diet

10 Resepi Simple Ketika Makan Sahur Untuk Diet

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 523 hits
Menu Diet Sahur Ramadan Bulan Ramadan bulan ke sembilan dalam bulan Islam Sebut sahaja ramadan apa yang terbayang adalah puasa yang diwajibkan kepada umat Islam Resepi Diet Makan SahurPelajaran buat manusia bagaimana menjadi mereka yang kur...
Kesalahan Biasa Ibubapa Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

Kesalahan Biasa Ibubapa Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 348 hits
Kesalahan Biasa Ibubapa Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam Doktor boleh tak anak saya mandi ketika demam Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik Saya rasa adalah tanggungjawab saya mem...
Subhanallah Seorang Wira Ceritakan Kejadian Sebenar Malam Itu Dan Inilah Doa Dibaca Ketika Usaha Menyelamat

Subhanallah Seorang Wira Ceritakan Kejadian Sebenar Malam Itu Dan Inilah Doa Dibaca Ketika Usaha Menyelamat

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1499 hits
Kami akan kenang Allahyarham sebagai sahabat walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain kata Mohd Amiro Hafizol Zukafli yang ditemui ketika menziarahi pusara Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd Bari di Tanah Perkuburan Islam Kampu...
Ambil Suntikan Epidural Ketika Bersalin Risiko Dan Kebaikan Ini Kena Faham Betul Betul

Ambil Suntikan Epidural Ketika Bersalin Risiko Dan Kebaikan Ini Kena Faham Betul Betul

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 649 hits
Bius epidural adalah antara kaedah yang popular untuk melegakan kesakitan semasa bersalin Statistik menunjukkan lebih daripada 50 wanita bersalin di hospital menggunakan bius epidural Memahami jenis epidural bagaimana ia diberikan manfaat d...
Lemas Ketika Sesi Latihan Berenang

Lemas Ketika Sesi Latihan Berenang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 282 hits
Gambar hiasanKOTA KINABALU Seorang pelajar lelaki lemas ketika mengikuti sesi belajar berenang di kolam renang Kompleks Sukan Likas di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian berlaku...
Kes Bayi Jatuh Dari Stroller Ketika Guna Eskalator Buka Mata Ramai Ibu Ini Ambil Tindakan Awal

Kes Bayi Jatuh Dari Stroller Ketika Guna Eskalator Buka Mata Ramai Ibu Ini Ambil Tindakan Awal

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 553 hits
Baru baru ini viral di Twitter kejadian seorang bayi tergelincir di eskalator gara gara ibu bapanya bawa stroller dan menggunakan eskalator Kejadian tersebut berlaku di Kenanga Wholesale City Bagi ibu bapa yang membawa stroller adalah dilar...
Asus Rog Phone Ketika Harga Dan Spesifikasi Berbanding Lurus

Asus Rog Phone Ketika Harga Dan Spesifikasi Berbanding Lurus

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 409 hits
Banyak orang penasaran dengan Asus ROG Phone apalagi kalau bukan tentang harga dan spesifikasi yang diusungnya Didapuk sebagai smartphone Android yang dirancang khusus untuk para gamer Asus ROG Phone terlihat begitu seksi Dari tampilan luar...
Tak Hati Hati Ketika Bercukur Bisa Sebabkan Munculnya Jerawat Di Bibir

Tak Hati Hati Ketika Bercukur Bisa Sebabkan Munculnya Jerawat Di Bibir

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 301 hits
Selain karena masalah bercukur yang tak sempurna hal lain juga dapat menyebabkan munculnya jerawat di bibir ini Hal ini dapat terjadi jika kamu sering menyentuh wilayah tersebut misalnya ketika kamu sedang pilek
Penjelasan Soal Pup Ketika Di Pesawat Yang Lagi Terbang Hm Nasib Kotorannya Gimana Ya

Penjelasan Soal Pup Ketika Di Pesawat Yang Lagi Terbang Hm Nasib Kotorannya Gimana Ya

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 384 hits
Jadi jangan sungkan dan takut lagi ya kalau mau pup di pesawat Hasil karyamu nggak akan begitu aja dibuang di atas langit kok 3
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord