Mekanik Dedah Risiko Tuang Air Paip Dalam Radiator Kereta


Mekanik Dedah Risiko Tuang Air Paip Dalam Radiator Kereta
Ramai antara kita beranggapan selagi kereta boleh bergerak, bermakna tiada masalah untuk menggunakan produk alternatif bagi menggantikan sesuatu bahagian pada kereta.
Mungkin ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit demi mendapatkan alat ganti yang baharu. Namun, ada juga yang tidak kisah untuk menggunakan alat ganti yang diperbaharui (refurbished).
Biarpun begitu, sedar atau tidak, kita sering terlepas pandang tentang satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pemilik kereta.
Risiko guna air paip sebagai penyejuk enjin Rupa-rupanya, penggunaan air paip bagi menggantikan cecair penyejuk (coolant) pada radiator boleh membawa masalah di kemudian hari.
Jangan ambil mudah. Radiator merupakan bahagian paling penting bagi enjin kereta anda. Bahagian ini berfungsi menjadikan suhu enjin kereta anda stabil sepanjang dihidupkan.
Dengan mengalirkan cecair penyejuk, haba yang ada pada enjin kereta dapat diserap. Kemudiannya, enjin disejukkan dengan udara dari luar dan mengelakkan berlaku kerosakan pada enjin yang terlalu panas.
Walaupun begitu, kerosakan lain boleh berlaku jika anda kerap mengisi radiator dengan air paip, bukan cecair penyejuk.
Menurut Muhammad SE, pengalamannya sebagai mekanik mendapati ramai yang bertanya jika air paip boleh digunakan sebagai pengganti cecair penyejuk.
“Boleh guna air paip tu tapi untuk sementara atau waktu kecemasan sahaja,” katanya menerusi satu muat naik di laman Facebook.
Kerosakan yang boleh terjadi Mengulas lanjut, lelaki berkenaan menyenaraikan lapan sebab pemilik kereta tidak digalakkan menggunakan air paip sebagai pengganti cecair penyejuk.
Sebab pertama yang diulas mekanik berkenaan ialah air paip mempunyai kandungan mineral yang tinggi.
“Klorin, besi dan kalsium, semua ini boleh tinggalkan mendapan dalam sistem penyejukan,” ujarnya.
Perkara kedua, air paip akan menyebabkan pembentukan karat di bahagian dalam radiator. Katanya, mineral dalam air paip boleh menyebabkan besi berkarat, seterusnya menyebabkan saluran menjadi sempit.
Selain itu, masalah ketiga yang akan berlaku ialah saluran kecil di dalam enjin boleh tersumbat.
“Termasuk dalam water jacket blok enjin, juga ada risiko besar overheating,” jelasnya lanjut.
Sementara itu, kerosakan keempat yang disenaraikan merupakan perkara paling digeruni, iaitu kebocoran radiator.
“(Air paip) punca awal radiator bocor. Mendapan mineral akan rosakkan sambungan, paip dan solder point,” maklum lelaki berkenaan.
Katanya lagi, kehadiran air paip boleh menyebabkan kerosakan kelima iaitu pada termostat. Kerosakan ini berlaku apabila kotoran terkumpul sehingga menyebabkan termostat gagal buka dan tutup mengikut suhu yang betul.
Tambahan lagi, air paip turut menjadi punca kepada kerosakan keenam yang melibatkan pam air.
“Pam air akan cepat haus. Mineral kasar boleh calarkan impeller dan penutup jadi bocor,” dedahnya.
Bukan itu sahaja, air paip juga boleh menyebabkan alat pengesan cecair penyejuk memberi bacaan yang salah. Hal ini disebabkan terdapat mendapan yang menyelaputi permukaannya.
Akhir sekali, lelaki berkenaan mendedahkan kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada enjin kereta.
“Kesan jangka panjang, berlaku overheat dan menyebabkan enjin tidak berfungsi,” kata lelaki berkenaan.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat buat anda.
BACA: Stereng Rasa Bergegar Ketika Kereta Berhenti, Mekanik Dedah Empat Punca  BACA: Gunung Berapi Berlumpur Meletus, Api Menjulang Setinggi Dua Meter BACA: “Menu Tengah Bulan,” Lelaki Ini Kongsi Resipi Mudah & Menyelerakan Sumber: Facebook Muhammad SE
The post Mekanik Dedah Risiko Tuang Air Paip Dalam Radiator Kereta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/15/mekanik-dedah-risiko-tuang-air-paip-dalam-radiator-kereta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 233 hits
XPENG kini membawa revolusi kecerdasan buatan ke dunia fizikal dengan memperkenalkan robot humanoid generasi baharu Next Gen IRON Inovasi ini menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik yang menggabungkan reka bentuk ultra realistik deng...
Dulu Paling Lantang Bila Kereta Asing Isi Minyak Kuning Tapi Sekarang Ini Pula Yang Terjadi

Dulu Paling Lantang Bila Kereta Asing Isi Minyak Kuning Tapi Sekarang Ini Pula Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 143 hits
Sebagai rakyat Malaysia yang menikmati subsidi minyak mungkin ramai antara kita yang agak berang sekiranya ternampak kereta bernombor pendaftaran asing isi minyak kuning atau lebih tepat RON95 Perkara ini kerana merasakan ia sebagai satu pe...
Adakah Loan Rumah Loan Kereta Itu Riba

Adakah Loan Rumah Loan Kereta Itu Riba

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 194 hits
Ramai yang tertanya tanya sama ada loan rumah atau loan kereta yang ditawarkan oleh institusi kewangan konvensional mengandungi unsur riba yang diharamkan dalam Islam Dalam masyarakat Islam Malaysia isu pembiayaan perumahan dan kenderaan se...
10 Punca Kereta Boleh Terbakar Secara Tiba Tiba No 7 Ramai Tak Tahu

10 Punca Kereta Boleh Terbakar Secara Tiba Tiba No 7 Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 228 hits
10 Punca Kereta Boleh Terbakar Secara Tiba Tiba No 7 Ramai Tak Tahu Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kes kereta terbakar secara tiba tiba semakin kerap dilaporkan di Malaysia Ramai pemandu terkejut apabila kereta yang kelihatan normal ...
Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza

Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 166 hits
Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza Burung boleh ditemui di hampir setiap bahagian dunia Daripada kawasan bandar hingga ke hutan tebal sehingga ke padang pasir Selain menjadi sebahagian daripada keindahan alam ...
Lelaki Disyaki Bakar Dua Kereta Abang Ipar Ditangkap Bersama Senjata Dan Peluru

Lelaki Disyaki Bakar Dua Kereta Abang Ipar Ditangkap Bersama Senjata Dan Peluru

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 134 hits
Mastura IsmailSenapang patah dan peluru yang dirampas dari rumah suspek di Merapok semalam LAWAS Pihak polis merampas sebilah pedang selaras senapang patah berserta 10 butir peluru serta lapan kelongsong peluru daripada seorang lelaki yang ...
Biar Polis Siasat Kes Dua Lelaki Projek Dalam Kereta

Biar Polis Siasat Kes Dua Lelaki Projek Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 177 hits
NOR AINNA HAMZAHREMBAU Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tular dua lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta yang dikaitkan dengan seorang imam masjid di d...
Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 239 hits
Sebuah struktur sementara ECRL di kawasan MRR2 telah runtuh ke atas sebuah kereta Kehadiran wanita yang memandu kereta tersebut adalah Mujur dia tidak mengalami sebarang kecederaan Orang awam yang berada di lokasi kejadian segera memberikan...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu

Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona

Apa Hukum Makan Katak

Isnin Permulaan Hari

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online