Dulu Paling Lantang Bila Kereta Asing Isi Minyak Kuning Tapi Sekarang Ini Pula Yang Terjadi


Sebagai rakyat Malaysia yang menikmati subsidi minyak, mungkin ramai antara kita yang agak berang sekiranya ternampak kereta bernombor pendaftaran asing isi minyak kuning atau lebih tepat RON95. Perkara ini kerana merasakan ia sebagai satu pencabulan hak yang patutnya kita sahaja boleh nikmati, dan bukannya warganegara asing.
Namun, perkara ini sudah berubah pada masa kini apabila pelaksanaan BUDI95 dilaksanakan di seluruh negara. Jika sebelum ini ada warga asing yang mengambil kesempatan mengisi minyak bersubsidi di stesen minyak tempatan, kali ini mereka tidak lagi boleh berbuat demikian. Setiap orang yang mahu menikmati BUDI95 perlu ada kad pengenalan Malaysia dan juga lesen memandu.
Elak Penyelewengan & Ketirisan Jika sebelum ini kitalah yang paling lantang bila ada kereta asing isi minyak kuning, tapi keadaan sekarang mungkin telah berubah. Sekarang, kita dah tak nampak pengguna kereta asing yang mengangkat nozel berwarna kuning di stesen-stesen minyak.
Pelaksanaan ini membuktikan bahawa BUDI95 ini dapat mengurangkan atau mengelakkan ketirisan dan penyelewengan bahan api di Malaysia. Pengesahan identiti sebagai syarat setiap kali mengisi minyak jelas menutup ruang penyeludupan dan penjualan semula petrol bersubsidi.
Antara kesan lain yang dirasai setelah dua bulan pelaksanaan BUDI95 adalah penjimatan fiskal besar dan peruntukan itu boleh dialihkan kepada sektor penting lain seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosial.
Kementerian Kewangan menyatakan bahawa sebelum BUDI95, kerajaan menanggung subsidi RON95 hampir RM8 bilion setahun.
Sejak pelaksanaan subsidi bersasar (termasuk BUDI dan subsidi diesel bersasar), kerajaan mendakwa telah menjana penjimatan melebihi RM7 bilion dari segi fiskal keseluruhan.
Angka-angka ini menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dijimatkan boleh dialihkan kepada projek rakyat yang lebih bermakna.
Saluran dana semula ke rakyat: STR, SARA dan Jualan Rahmah Hasil penjimatan daripada subsidi bersasar ini, kerajaan dapat menambah peruntukan dana buat keperluan rakyat.
Berdasarkan Belanjawan 2026, STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) masing-masing diperuntukkan sebanyak RM15 bilion berbanding RM13 bilion bagi 2025. 
Manakala di bawah SARA 2025, isi rumah miskin dan miskin tegar telah menerima bantuan sejumlah RM2,100 setahun (berbanding RM1,200 tahun sebelumnya) melalui sistem MyKad dan saluran bantu asas seperti barangan keperluan harian. 
Untuk tahun 2026, STR dan SARA akan dilaksanakan dalam bentuk gabungan. Misalnya penerima STR akan turut menerima SARA bulanan sekitar RM100 sebulan (RM1,200 setahun), manakala penerima e-Kasih akan menerima sekitar RM200 sebulan (RM2,400 setahun).
Jualan Rahmah juga tidak dilupakan, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1 bilion bagi program ini untuk membantu menstabilkan harga barangan asas dan menangani kos sara hidup rakyat.
Dengan pengurangan ketirisan subsidi, lebih banyak dana dapat disalurkan secara langsung kepada rakyat melalui bantuan tunai dan program barangan asas.
Sistem BUDI95, melalui jejak digitalnya dijangka mampu menghadang penyalahgunaan ini pada peringkat awal dan memastikan subsidi diterima oleh golongan yang benar-benar layak.
Jika kita lihat semula, angka penjimatan RM2.5 hingga RM4 bilion setahun menandakan bahawa kemampuan fiskal negara semakin diperkuat, manakala peruntukan STR dan SARA berjumlah RM15 bilion menunjukkan bahawa kerajaan serius memperkasakan kesejahteraan rakyat.
Sekiranya pelaksanaan dan pemantauan sistem ini dilakukan secara telus dan cekap, BUDI95 bukan sekadar alat membanteras pembaziran subsidi, tetapi juga infrastruktur penting dalam membina sistem subsidi yang adil serta memihak kepada rakyat.
The post Dulu Paling Lantang Bila Kereta Asing Isi Minyak Kuning, Tapi Sekarang Ini Pula Yang Terjadi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/21/dulu-paling-lantang-bila-kereta-asing-isi-minyak-kuning-tapi-sekarang-ini-pula-yang-terjadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja

Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 184 hits
Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan bersukan sememangnya perlu diterapkan dalam rutin harian setiap orang agar kesihatan diri sentiasa terpelihara Malah kesihat...
Lelaki Putus Ibu Jari Manakala Ibunya Pula Cedera Gara Gara Pergaduhan Dengan Pembantu Rumah Warga Asing Di Kotasas

Lelaki Putus Ibu Jari Manakala Ibunya Pula Cedera Gara Gara Pergaduhan Dengan Pembantu Rumah Warga Asing Di Kotasas

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 223 hits
KUANTAN Dua beranak cedera termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan dengan pembantu rumah warga asing yang menggunakan pisau pemotong daging di sebuah rumah dua tingkat di KotaSAS di sini hari ini Ketua Polis...
Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni

Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 245 hits
Kadang kita tak perlukan benda besar pun untuk buat hati gembira Macam aku hari ni masa keluar kerja pagi pagi jalan smooth je pastu memang terbaik gembira tak terkata Ringkas je kan tapi terasa bahagia sangat Lepas tu masa nak isi minyak p...
Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 194 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pihak yang lantang kritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dengan Amerika Syarikat tanpa memahami kandungan sebenar perjanjian tersebut Lantang kritik tapi tak baca isi kandunga...
Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 235 hits
XPENG kini membawa revolusi kecerdasan buatan ke dunia fizikal dengan memperkenalkan robot humanoid generasi baharu Next Gen IRON Inovasi ini menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik yang menggabungkan reka bentuk ultra realistik deng...
Tumpukan Sahaja Kerjaya Muzik Tak Yah Perli Pakai Keta Mahai Banyak La Kena Isi Minyak

Tumpukan Sahaja Kerjaya Muzik Tak Yah Perli Pakai Keta Mahai Banyak La Kena Isi Minyak

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 194 hits
Sahabat Anwar Tanya soalan mengundang Kontroversi lepas tu pembenci Kerajaan Perpaduan pun masuk komen tumpu je la kerjaya Muzik kau tu tak payah nak sibuk perli2 memang harga minyak naik tapi yang Ada IC dengan lesen memandu layak dapat Su...
Berapa Pengikut Sesuai Buat Beg Kuning Tiktok

Berapa Pengikut Sesuai Buat Beg Kuning Tiktok

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 228 hits
Menjadi perdebatan atau polimik di TikTok khususnya melalui siaran langsung yang dihoskan oleh mereka yang berpengalaman atau mempunyai banyak pengikut di TikTok mengenai beg kuning Beg kuning TikTok merujuk kepada ikon beg kuning pada prof...
Selamba Merokok Di Stesen Minyak Kan Dah Meletup

Selamba Merokok Di Stesen Minyak Kan Dah Meletup

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 175 hits
KOSMO SEORANG lelaki melarikan diri ketika api semakin membesar Foto XBRASILIA Sekumpulan individu nyaris maut selepas salah seorang daripada mereka menyalakan rokok yang mencetuskan letupan di sebuah stesen minyak di Brazil lapor portal be...
Wti Analisis Harga Ramalan Peningkatan Pengeluaran Menurunkan Nilai Minyak

Wti Analisis Harga Ramalan Peningkatan Pengeluaran Menurunkan Nilai Minyak

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 268 hits
Pada hari Rabu harga minyak mentah West Texas Intermediate menjunam menghapuskan semua kenaikan selama tiga hari dan mencapai paras terendah sejak November disebabkan oleh pelbagai faktor asas Jangkaan penamatan segera penutupan kerajaan ya...
Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna