Mee Kuah Daging Dan Ayam Digemari Anak Anak Sampai Bapak Bapak
Mee Kuah sememangnya menjadi kegemaran aku sejak dahulu sehingga kini. Alhamdulillah masakan ni juga menjadi kegemaran anak-anak aku juga. Tak dinafikan terdapat begitu banyak versi mee kuah. Ada mee kuah yang dimasak dengan cara mengasingkan mee dengan kuah iaitu mee dicelur dan diasingkan. Ada juga yang dimasak dengan mencampurkan mee dan kuah semasa kuah masih di atas dapur. Untuk resepi kali ni, aku asingkan mee sebab takut anak-anak tak dapat habiskan sebungkus mee tu. Maklumlah kami makan waktu malam.. Tapi untuk resepi ni aku rasa lebih sesuai dicampurkan sebenarnya
Sebelum masuk bab resepi, aku nak cerita macam mana tahap aku punya gemar sangat makan mee kuah semasa aku sekolah menengah dahulu. Dulu di sekolah aku mee kuah ada dijual di kantin bersama makanan-makanan yang lain seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi lemak. Jadi boleh dikatakan memang aku tiap-tiap hari beli mee kuah di kantin huhu..
Sampailah satu hari aku rasa macam nak makan puas-puas dan aku fikir aku kena masak sendiri di rumah sebagai solusinya. Padahal tak pernah pun buat atau masak sendiri mee kuah sebelum tu.. Jadi aku main hentam resepi ikut cara memasak bihun goreng atau mee goreng sahaja.. tapi aku lebihkan airnya sahaja untuk dijadikan sebagai kuah. Aku masih ingat dalam resepi tu aku gunakan kaedah mencampurkan mee dengan kuah semasa memasak maksud aku, dua benda tu aku tak asingkan macam dalam resepi ni.
Resepi tu juga aku tak gunakan ayam ataupun daging sebab tak mampu nak beli udang sotong lagilah kan.. Jadi aku gunakan fish ball, fish cake dan telur sahaja selain sayur sebagai memeriahkan lagi mee kuah air tangan aku hihi.. aku rasa yang aku buat tu mee bandung kot lebih sesuai kan?
Mee kuah air tangan aku ternyata sedap agaknya sebab abang aku yang pendiam dan asyik terperuk di atas rumah layan main gitar sampai entah berapa kali turun naik tangga menambah-nambah makan mee bandung masakan aku hahaha..
Dulu semasa aku bersekolah menengah, aku sanggup simpan sedikit duit belanja harian yang sememangnya sudah tentu sedikit tu untuk aku buat modal beli mee kuning, fish ball dan fish cake. Siap aku beli di Pekan Ahad (dia macam pasar malam tapi waktu siang dan dibuka pada hari Ahad sahaja) selepas balik sekolah tengah hari. Fuhhh 'rare' tak nampak budak sekolah menengah pergi pasar hari beli bahan-bahan dekat gerai jual sayur? bukan pegi tengok-tengok kaset.. haha.
Resepi Mee Kuah Daging dan Ayam
Cara - cara mencelur Mee Kuning
- didihkan air separuh periuk, tutup api, rendam sepeket mee kuning sekejap lebih kurang 5-7 minit. Toskan dan basuh dengan air paip.Toskan lagi sekali. Ketepikan sebentar
Cara-cara membuat Kuah Mee
Sediakan bahan yang mudah untuk kuah seperti berikut :
Bawang besar dihiris Bawang putih dihiris Cili kering blender Ayam dipotong kecil Daging dipotong kecil
AirSOS tiramSOS cili SOS kicap manis
Sayur sawi di potong (asingkan batang dan daun) Carrot di potong kecilCili Padi dititik
Gula dan Garam secukupnya.
Jom buat kuah
1. Tumis Bawang besar dan Bawang putih sampai wangi.
2. Masukkan cili blender dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan daging dan ayam. Kacau. Tunggu sehingga daging dan ayam keluar air
4. Bila ayam dan daging dah kecut, masukkan air, batang sawi dan carrot. Air ikut banyak mana kuah kita nak dan kepekatan macam yang kita nak. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih kuah. Kalau nak pedas, masukkan cili padi yang dititik.
5. Bila kuah telah mendidih, masukkan bahan-bahan sos tiram, sos cili serta daun sawi serta gula dan garam.
6. Kacau rata. Siap
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thisspin.blogspot.com/2022/10/mee-kuah-daging-dan-ayam-digemari-anak.html