Mee Hoon Sup Dan Homemade Bebola Daging Sedap



Pening dan menyesakkan dada sungguh membaca pelbagai berita yang tidak berlaku di zaman dulu. Kalau ada pun, mungkin tiada laporan seperti sekarang dengan adanya media sosial. Laporan lebih cepat dan meluas. 
Kejadian rasuah rancak di sana sini dari atas sehingga ke bawah. Orang yang diberi amanah juga bak harapkan pegar, pegar makan padi. Dikerahkan orang untuk membayar tax sedang diri dan keluarga sendiri tak bayar tax sehingga berjuta juta. Nak mohon permit pun, dikatakan key in sistem sahaja dah kena bayar bahagian untuk orang orang tertentu. 
Ramai juga penunggang agama sekarang ini. Ada ustaz dan orang alim yang melakukan perbuatan yang terkutuk dan tidak seharusnya didekati oleh orang berpengetahuan tinggi dalam agama. 
Belum lagi masuk bab suami tak bayar nafkah pada isteri dan anak tapi mampu membuat majlis kawin dengan isteri baru secara besar besaran. Semua orang dah tak ada rasa takut dengan dosa.  
Kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga terpaksa mengunakan whatsapp dan email untuk meminta sedekah dari orang yang tidak dikenali. Di saat yang sama gaji CEO dan Pengerusi GLC sesuatu yang tidak terfikir dek akal. Orang bawahan kerja berpuluh tahun sama dengan gaji mereka sebulan. Kewarasan apa yang digunakan pun tak tahu. 
Kezaliman dan penderaan berlaku dengan sewenangnya. Pembohongan menjadi asam garam. Contoh bila kes dibawa ke mahkamah mengaku tidak bersalah walaupun memang dia yang melakukannya. Cerita dan alasan direka untuk membela diri. Ini juga satu dosa jika cerita direka adalah rekaan semata. Takut bila pembohongan di media sekarang ini. Kerana jika berbohong bukan pada seorang tapi mungkin pada berjuta orang yang menontonnya. Dosa pada manusia perlu mohon kemaafan pada manusia juga. 
Banyak lagi cerita kegilaan yang menyesakkan dada. Belum lagi scammer yang menipu di sana sini sehingga duit simpanan berpuluh tahun lesap begitu sahaja. Dek kerana duit, kawan sanggup tipu kawan, kawan sanggup culik kawan dan macam macam lagi. Rasa dunia dah tak selamat dan hidup dalam ketakutan setiap masa. Belum lagi kes penculikan untuk penjualan organ dsb. 
Dunia semakin nazak dan menunggu kemusnahan sahaja. Bersedia lah kita semua. Kuatkan hati dan tingkatkan iman untuk menepis diri dari melakukan perkara yang dilarang. Kita harus ada rasa benci kepada semua perkara maksiat dan salahlaku ini. Setakat ini dahulu, semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah. 


Saya memanggil resipi ini sebagai mee hoon sup kerana menggunakan rempah sup tapi Bibik saya memanggilnya sebagai sup bakso kerana menggunakan bebola daging. Apa pun namanya, saya menyediakan kuah sup ini dengan digandingkan dengan cara cara yang Bibik saya juga. 
Untuk bebola daging, memang saya ikut cara beliau menyediakannya. Bakso kan lebih terkenal di Indonesia. Cuma kebelakangan ini sahaja, mulai dikenali ramai di sini. 
Untuk bebola daging hari ini, saya tak letak soda bikarbanat. Kalau nak bagi bebola tu naik dan kembang, masukkan sedikit.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Mee Hoon Sup Bebola DagingOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:150 gram bihun - celur dalam air panas hingga lembut dan tosBebola daging secukupnya3 liter air rebusan daging atau secukupnya1 kiub pati daging1 sudu besar garam Serbuk perasa secukupnya50 gram rempah sup1 batang kulit kayu manis¼ cawan minyak masak
Bahan kisar:3 biji bawang merah1 inci halia2 biji buah pelaga
Bahan sayur:TaugehSedikit daun supHirisan limau nipis
Bebola Daging300 gram daging2 cawan tepung ubi kayu1 cawan air½ sudu kecil garam½ ketul kiub pati ayamSedikit aji no moto½ sudu besar soda bikarbanat3 ulas bawang putih - tumbuk2-3 tangkai daun sup - tumbuk Sedikit kicap
Cara cara:Bebola Daging:Satukan semua bahan dan kisar sebati. Kacau rata. 


Lumur sedikit minyak di tapak tangan dan ambil sedikit daging dan dibulat bulatkan. 
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Bila masak, bebola akan timbul di permukaan, boleh ceduk keluar dan tos. Sedia untuk digunakan. 




Nota: Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah sup. 
Membuat Sup:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan rempah sup dan kayu manis. 
Setelah naik bau, masukkan air rebusan daging, bebola daging. Masukkan garam dan kiub pati lembu secukupnya. Biarkan mendidih seketika.


Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan. Tuang ke dalam kuah sup dan tutup api.


Untuk menghidang: Masukkan mee hoon yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Tuang kuah sup, susun bebola daging di atasnya.
Masukkan sedikit taugeh, hirisan daun sup dan limau nipis. Masukkan sedikit sambal kicap. Sedia dinikmati. Klik di SINI untuk sambal kicap. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/mee-hoon-sup-dan-homemade-bebola-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Hoon Goreng Kampung Sedap

Mee Hoon Goreng Kampung Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 402 hits
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower saya yang telah klik iklan iklan yang keluar di blog ini sebagai sokongan moral kepada saya Setiap hari saya melihat trend yang sama di mana lebih kurang 500 orang y...
Mee Hoon Singapura

Mee Hoon Singapura

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 198 hits
buat lagi mee hoon goreng singapura ni ade beli tapi memang sangat susah nak menepati citarasa yang kita mahukan so jawapan yang paling bagus kedapo sinsing lengan dan tung tang tung tang maka siap lah mee hoon singapura yang sedap nih ni b...
Lunch Makan Sup Daging Je

Lunch Makan Sup Daging Je

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum Hi korang Ni lunch SA Jumaat lepas lupa nak buat entry Jumaat lepas banyak makan kuih kuih kan lepas tu kenyang SA pun order jer Sup daging kebetulan kawan kawan tengah kumpul order Pergh giler nyer sedap sup daging ni siap ...
Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 235 hits
Bosan dengan mee hoon goreng biasa tu bolehlah cube resipi mee hoon goreng tomyam mudah dan sedap ni Tip mudah kalau nak rasa tomyam yang kaw beli je pes tomyam yang terkenal tu nanti admin kongsikan gambarnya di bawah Kalau nak buat menu p...
Onion Ring Homemade Ni Sedap Betul Kos Tak Sampai 10 Ringgit

Onion Ring Homemade Ni Sedap Betul Kos Tak Sampai 10 Ringgit

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 193 hits
Sedapnya Onion Ring yang diperbuat daripada gegelang bawang Malah boleh dijadikan kudapan anak anak Orang dewasa pun suka Walaupun asasnya adalah bawang tetapi bila digoreng memang tak terasa pun Jom cuba resipi perkongsian saudari Nad Nouy...
Rojak Gunting Mee Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak Gunting Mee Dengan Kuah Yang Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 293 hits
Baca GAMBAR LOKASI Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap Rojak ni yang buat sedap dia tentulah kuahnya Kalau korang compare rojak mee mamak dengan rojak melayu memang ada bezanya Tapi saya boleh layan kedua dua rojak asalkan kuahnya sedap Sa...
Resepi Nasi Daging Utara Sedap

Resepi Nasi Daging Utara Sedap

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 295 hits
RESEPI NASI DAGING UTARA SEDAP TB suka juga makan Nasi Daging Kat tempat TB ada satu Nasi Daging yang sedap sangat Sampai anak anak pun suka Makan bertambah tambah Nasi Daging Warisan namanya Kadang terfikir nak masak sendiri je Pernah la b...
Pes Nam Prik Pao Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap Cantik Merah Menyala

Pes Nam Prik Pao Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap Cantik Merah Menyala

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 394 hits
Pes Nam Prik Pao adalah sejenis Pes Cili Thai Ia juga dipanggil Pes Cili Sangai Ia ada dijual di pasaraya tetapi rupanya nak buat sendiri pun mudah je Pes cili ini adalah bahan asas da a asalam Tomyam Thailand yang merah menyala tu Cantik w...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching