Jangan Fikir Saya Nak Mengaibkan Mak Dia Respon Pengantin Terhadap Anak Makcik Baju Merah





"Dia sebenarnya macam ni, saya bayar photographer, saya bayar gambar-gambar (wedding) itu semua.. kalau kata saya tak boleh post gambar saya semua, buat apa saya bayar photographer tu?" demikian kata Zarah Yusoff yang mendakwa gambar pernikahannya 'dirosakkan' oleh makcik baju merah yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Sebelum ini, anak kepada makcik baju merah tampil mempertikaikan tindakan Zarah yang memuat naik gambar ibunya dan secara tidak langsung telah mengaibkan wanita berkenaan sehingga mengundang banyak kecaman netizen. 


Baca: 'Kalau betul ibu saya rosakkan majlis dia, pergi buat report polis' - Anak Makcik Baju Merah


Menurut Zarah sebelum ini, dia enggan memuat naik gambar-gambar hari penikahannya di media sosial disebabkan terlalu banyak kelibat makcik baju merah. 


"Takkan saya nak post gambar dan kaburkan muka makcik itu? Saya bayar beribu untuk dapatkan perkhidmatan jurufoto, bukannya beratus. Walaupun tak adalah sampai RM7-8 ribu, RM2,000 pun banyak.. bukannya sikit. 


"Saya pun tak ada plan nak minta makcik itu bayar atau tuntut ganti rugi, tak ada langsung.. tak terfikir pun. Saya sebenarnya tak nak perkara ini berlaku pada orang lain," katanya. 


Tambahnya lagi, selepas video itu tular, ada 21 individu yang mengadu telah menerima nasib yang sama (dari orang yang sama). Malah, sepupunya turut pernah menjadi mangsa. Hal ini menyebabkan Zarah tampil berkongsi masalah tersebut di media sosial bagi mengelakkan pasangan lain menjadi mangsa. 


"Macam mana anak dia nak tahu perangai mak dia, kalau tiada sesiapa pun yang beritahu mengenai hal ini?


"Orang yang sama..  walaupun gambar tu kan, diorang cakap, "Eh macam..". Saya tak beritahu langsung lokasi dekat mana, diorang sendiri yang tahu siapa orangnya. 


"Kalau kata video ini orang tak tahu, berapa ramai lagi yang dia nak buat? Benda ni daripada 2017 dia buat, saya rasa awal lagi daripada 2017. Tetapi setakat ini yang beritahu statement yang diorang kena itu, daripada 2017 lah yang paling awal," katanya. 


Mengulas mengenai amaran dari anak makcik yang mahu membuat laporan polis, Zarah menegaskan gambar yang dimuat naik itu adalah gambar yang dibayar olehnya.


"Kalau kata dia nak report pun, tak tahulah. Sebabnya gambar itu gambar yang saya bayar. Fikir logiklah kan, macam mana saya post gambar yang saya bayar, yang makcik itu aware ada photographer, videographer dan phone saya tengah buat live di situ, yang shootnya di mana-mana dia ada, cakap saya tak boleh post gambar itu," katanya. 


Bagi Zarah, dia hanya berharap makcik berkenaan tampil memohon maaf dan perkara itu tidak akan berlaku kepada sesiapa lagi di masa akan datang. Cukuplah dirinya menjadi 'mangsa' yang terakhir. 


Secara jujurnya juga, Zarah tidak menafikan dirinya marah apabila menyedari kelibat makcik baju merah itu di dalam setiap gambar pernikahannya, serta insiden itu akan kekal di ingatannya. 


"Sebenarnya saya berharap diorang minta maaf sahaja dan benda ini tidak akan terjadi pada sesiapa lagi. Cukuplah sampai saya je. Jangan hancurkan majlis orang, jangan fikir tanggungjawab dia untuk uruskan majlis, padahal pasangan pengantin itu dah ada perancangan mereka sendiri. 


"Hanya disebabkan seorang makcik, habis rosak susu sebelanga. Saya harap dia sedarlah dengan benda ini, jangan fikir saya nak mengaibkan dia," katanya. 


Sumber: mStar Online


source https://www.thereporter.my/2022/10/jangan-fikir-saya-nak-mengaibkan-mak.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/09/jangan-fikir-saya-nak-mengaibkan-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Betul Ibu Saya Rosakkan Majlis Dia Pergi Buat Report Polis Anak Makcik Baju Merah

Kalau Betul Ibu Saya Rosakkan Majlis Dia Pergi Buat Report Polis Anak Makcik Baju Merah

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 321 hits
The ReporterSusulan tular luahan seorang pengantin perempuan mengenai makcik baju merah seorang individu yang dikenali sebagai Mummy Bunga tampil mempertahankan ibunya daripada terus menjadi bahan kecaman di media sosial Baca Menurut Mummy ...
Alhamdulillah Makcik Baju Merah Dah Minta Maaf Zarah Yusoff

Alhamdulillah Makcik Baju Merah Dah Minta Maaf Zarah Yusoff

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 242 hits
Makcik Baju Merah yang dikatakan telah merosakkan gambar gambar majlis pernikahan seorang wanita akhirnya membuat permohonan maaf terhadap pasangan berkenaan Menurut Zarah Yusoff dia dan keluarganya telah bertemu dengan pihak masjid dan mak...
Tak On Track 12 Keadaan Anak Ni Dianggap Tak Normal Mak Ayah Jangan Leka Dapatkan Rawatan

Tak On Track 12 Keadaan Anak Ni Dianggap Tak Normal Mak Ayah Jangan Leka Dapatkan Rawatan

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 172 hits
Bila nampak anak sihat makan dengan teratur dan menyusu sampai kenyang kita mula rasa lega Walhal ada banyak lagi perkembangan anak yang tidak tidak perasan Menurut perkongsian terdapat beberapa perkara yang mak ayah perlu perhatikan di saa...
Apa Kita Ada Sekarang Mungkin Rezeki Mereka Ayah Ini Pesan Jangan Berkira Nak Berhabis Untuk Anak

Apa Kita Ada Sekarang Mungkin Rezeki Mereka Ayah Ini Pesan Jangan Berkira Nak Berhabis Untuk Anak

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 168 hits
Setiap anak yang Allah SWT kurniakan membawa rezeki mereka bersama Jangan sesekali dikesalkan kehadiran mereka kerana berbuat baik dengan anak menjanjikan ganjaran yang baik buat mama papa Tak ada salahnya kita juga buatkan sesuatu yang mem...
Video Mungkin Anak Dia Mengidam Nak Makan Udang Ramai Puji Pemilik Kedai Berkongsi Rezeki Terhadap Kucing Jalanan

Video Mungkin Anak Dia Mengidam Nak Makan Udang Ramai Puji Pemilik Kedai Berkongsi Rezeki Terhadap Kucing Jalanan

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 384 hits
Pencinta kucing sudah tentu faham akan perasaan bila melihat kucing kucing jalanan yang berada di kawasan awam seperti restoran dan pasar Itulah rumah dan syurga bagi mereka Walaupun kucing itu semua tidak mempunyai tempat tinggal dan pemil...
Cikgu Ini Ajar Teknik Mudah Nak Anak Cepat Kenal Abc Membaca Mengira

Cikgu Ini Ajar Teknik Mudah Nak Anak Cepat Kenal Abc Membaca Mengira

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 295 hits
Bila anak dah mula berusia 4 5 dan 6 tahun ibu bapa akan mula tertanya tanya macam mana nak buat anak fokus ketika belajar Apabila tinggikan suara sikit anak terus merajuk Lama kelamaan ibu pula yang rasa putus asa nak mengajar Ingat ya ana...
Ibu Ini Kongsi Saat Kita Rasa Nak Marah Anak Buat Cara Ini Terus Rasa Tenang

Ibu Ini Kongsi Saat Kita Rasa Nak Marah Anak Buat Cara Ini Terus Rasa Tenang

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 220 hits
Semua ibu bapa pasti ada pengalaman termarah anak Kadang perkara ini berlaku tanpa disengajakan kerana diri terasa penat dan apabila anak tersilap buat sesuatu yang tak disengajakan kita memarahinya seolah olah anak melakukan silap besar Ke...
Nak Anak Rasa Dihargai Tengok Mata Anak Anak Bila Bercakap Peluk Mereka 8 Kali Sehari

Nak Anak Rasa Dihargai Tengok Mata Anak Anak Bila Bercakap Peluk Mereka 8 Kali Sehari

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 155 hits
Anak saya tak suka dipeluk kata seorang ibu Bila ditanya berapa kali dia memeluk anak jawapanya sekali sekala Anak anak yang selalu dipeluk dicium akan selalu memeluk dan mencium ibu bapa mereka Perbuatan yang dilakukan kepada anak anak akh...
Nak Cepat Keluar Seorang Tapi Nak Enjoy Bawalah Anak Itulah Momen Bahagia Satu Keluarga

Nak Cepat Keluar Seorang Tapi Nak Enjoy Bawalah Anak Itulah Momen Bahagia Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 212 hits
Bila fikir nak keluar beli barang dapur pening dibuatnya kalau terpaksa bawa anak anak sekali Dengan senarai barang yang panjang nak kena berdepan pula dnegan permintaan bukan bukan dari anak Eh tak mudah ya Artikel Menarik Kalau boleh nak ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai