Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa Sebutlah Yang Baik Baik Jangan Ringan Maki Anak


Sepanjang proses membesar, sudah tentu anak-anak banyak ragamnya. Ada masa mereka akan buat perangai yang menyebabkan ibu ayah rasa marah. Permainan emosi begini bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran mereka, tetapi ia mengganggu perhubungan antara parents dan anak-anak. Walaupun begitu, usahlah dibentak atau dimarahi, apatah lagi dengan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar.
 
Tidak dinafikan, antara perkara lain yang membuatkan kita stres adalah hubungan dingin dengan pasangan. Mungkin mereka ada buat perkara-perkara yang kita kurang gemar. Sudah dinasihatkan tetapi tiada perubahan. Kalau banyak kali ditegur, nanti boleh buat bergaduh pula.
Sumber foto: www.freepik.com Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.
TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI
#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Artikel Menarik: [Doa Ringkas, Diamalkan Setiap Kali Basuh Beras. Rezeki Tak Putus Untuk Keluarga]
UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Sumber foto: www.freepik.com Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Artikel Menarik: [Anak Pencinta Bunga & Tanaman, Biar Minat Anak Bercambah. Galak & Sokonglah!]
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Sumber foto: www.freepik.com Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.
Artikel Menarik: [Mungkin Kita Rasa Kecewa Tak Ada Masa Dengan Anak, Tapi Sempat Tak Kita Peluk Dia 3 Saat?]
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Sumber foto: www.freepik.com Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik.
Nak hantar gambar anak klik sini 👉 https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

 
 
 
The post Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa, Sebutlah Yang Baik-Baik. Jangan ‘Ringan’ Maki Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/yang-keluar-dari-mulut-ibu-itu-doa-sebutlah-yang-baik-baik-jangan-ringan-maki-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ibu Sangat Mahal Ruginya Sebagai Ibu Kita Tak Guna Kelebihan Ni Untuk Anak

Doa Ibu Sangat Mahal Ruginya Sebagai Ibu Kita Tak Guna Kelebihan Ni Untuk Anak

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 315 hits
Ruginya kalau sebagai ibu kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak anak Doa ibu itu tiada hijabnya Setiap hari tak kira pagi atau malam ambil peluang berdoa untuk anak anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hay...
Dah Patut Wean Off Jangan Tangguh Kalau Ibu Kental Anak Pun Akan Okay

Dah Patut Wean Off Jangan Tangguh Kalau Ibu Kental Anak Pun Akan Okay

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 239 hits
Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan Bercerai susu adalah satu proses di ma...
Ibu Ini Kongsi Doa Melindungi Anak Keluarga Amalkan Setiap Hari

Ibu Ini Kongsi Doa Melindungi Anak Keluarga Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 266 hits
Banyak sangat cabaran dalam mendidik anak anak zaman ini Banyak sekali ancaman yang terpaksa dihadapi oleh anak anak Baik dari segi pemikiran pembentukan akhlak bahkan keselamatan jasad mereka Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira ada b...
Bila Anak Menguji Kesabaran Bukan Marah Ibu Ini Kongsi Tipnya Memang Menjadi

Bila Anak Menguji Kesabaran Bukan Marah Ibu Ini Kongsi Tipnya Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 205 hits
Ibu ibu bila dah ada anak semua perkara akan dititikberatkan Setiap hari kalau tak dengar suara ibu pasti anak anak atau suami akan pelik Menerusi perkongsian ibu ini Puan Wan Nur Syakira daripada ibu atau ayah membebel baiklah kita selitka...
Mat Sabu Ph Jangan Takut Kembali Berkuasa Mampu Buat Lebih Baik

Mat Sabu Ph Jangan Takut Kembali Berkuasa Mampu Buat Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 187 hits
UCAPAN PENUH Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengingatkan ahli parti agar jangan berasa bimbang untuk kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Malah katanya Pakatan Harapan mampu melakukan dengan lebih baik berbanding tahun 2018 Ini ...
Lahir Je Anak Kedua Anak Sulung Lah Yang Perlu Di Beri Keutamaan Ibu Anak 3 Kongsi Pengalaman

Lahir Je Anak Kedua Anak Sulung Lah Yang Perlu Di Beri Keutamaan Ibu Anak 3 Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 248 hits
Apabila ada pertambahan ahli keluarga pastinya ramai yang seronok dan teruja lebih lebih lagi pertambahan keluarga itu dari bayi yang sangat comel Namun dalam keterujaan menerima bayi baru mungkin ada yang terasa terpinggir dan rasa tidak d...
Minum Susu Ibu Berat Naik Sikit Tu Normal Setiap Anak Berbeza Usah Panik

Minum Susu Ibu Berat Naik Sikit Tu Normal Setiap Anak Berbeza Usah Panik

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 245 hits
Sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan Selain susu ibu atau susu formula ibu sudah boleh memperkenalkan puri buah atau sayur mahupun bubur kosong untuk melatih deria rasanya Ketika bayi sudah...
Jangan Takut Lawan Macam Itu Saja Pahang Tak Ada Perubahan Pokok Banyak Kena Tebang Kah Kah

Jangan Takut Lawan Macam Itu Saja Pahang Tak Ada Perubahan Pokok Banyak Kena Tebang Kah Kah

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 223 hits
Ada sahabat lama forward image ini Dia mengaku image ini buat dia down Koi down sungguh dia kabo Mana tak down Pahang adalah kubu kuat BN dan Umno Kalau hanya yakin menang 35 dari 42 kerusi maknanya down 7 7 kerusi itu di mana Sejarah Pahan...
Comel Macam Anak Mat Saleh Ibu Ini Bersyukur 2 Puteri Hidap Albino Membesar Sihat

Comel Macam Anak Mat Saleh Ibu Ini Bersyukur 2 Puteri Hidap Albino Membesar Sihat

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 238 hits
Anak adalah anugerah terindah untuk pasangan yang berumah tangga Sudah pasti kehadirannya dinanti nantikan setiap anak mempunyai kecomelan tersendiri Sebagai ibu ayah kita pasti mensyukuri nikmat mempunyai anak Normal untuk anak yang dilahi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner