Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Kesukaan Anak Anak
Hari ini adalah hari kedua kerja kerja menukar tile di rumah kami serta beberapa kerja repair lagi yang dilakukan. Memang kena berkurung dalam bilik sahaja kerana habuk merata ke tingkat atas.
Pagi pagi lagi hari telah hujan dengan lebat. Selepas hujan reda, kami keluar ke pejabat Tanah dan Galian Selangor Daerah Petaling untuk mendapatkan bil cukai tanah terkini. Saya balik terlena sekejap sebab terkilan dengan guard yang menjaga pintu masuk di situ kerana saya tidak dapat menggunakan scan handphone.
Dia boleh membebel saya katanya praktis ini telah lebih sebulan dipakai dan semua orang perlu ikut peraturan. Persoalannya saya juga ikut peraturan cuma saya memilih untuk menulis maklumat dalam buku pendaftaran masuk. Bukan menggunakan scan di handphone.
Memang saya tidak berniat untuk membesar besarkan tapi saya merasa sangat terkilan. Kalau pun terpaksa melakukan kerja kerja tambahan, tak perlu kot untuk menunjuk perangai kurang sopan pada pelanggan. OK lah sekarang kita masuk pula bab masakan. Hari ini saya ingin kongsikan mengenai mee hoon goreng daun limau purut.
Nak tanya, siapa pernah cuba menyediakan mee hoon goreng daun limau purut ini? Memang telah banyak kali, saya kongsikan resepinya di blog ini. Kalau belum, saya cadangkan anda mencuba resepi mee hoon goreng kegemaran kami sekeluarga. Malahan tetamu yang datang ke rumah dan dihidangkan dengan mee hoon ini juga, memuji keenakannya. Rasa dan bau ala ala tom yam kerana penggunaan daun limau purut yang memang sinonim dengan tom yam.
Bahan bahan yang digunakan sangat simple dan mudah didapati di dalam peti ais rumah. Karot dan kubis dimasukkan bagi menambahkan khasiat kepada hidangan sahaja. Ianya adalah opsyenal. Jika tidak dimasukkan pun, masih sedap. Daun limau purut mungkin boleh dipetik di belakang rumah jika anda menpunyai pokok limau purut. Menyediakannya pun sangat cepat dan mudah. Dan yang paling penting, ianya sedaaap.
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...
Mee Hoon Goreng Daun Limau PurutOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 bungkus mee hoon vercimelli Jati1 mangkuk udangKarot - opsyenalKubis - opsyenal3 biji telurGaram
Bahan kisar:3 tangkai cili hijau3 tangkai cili merah4 tangkai cili padi1 ½ biji bawang besar15-20 helai daun limau purut - buang tulang
Cara cara:Kisar cili cili dan bawang besar sehingga hancur. Masukkan daun limau purut dan kisar jangan terlalu halus supaya masih ada daun limau purut.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga lembut. Masukkan kubis dan kacau rata lagi.
Ketepikan semua bahan dan masukkan telur. Setelah telur hampir mengeras, baru dikacau rata. Masukkan sedikit garam.
Masukkan mee hoon yang telah direndam lembut. Kacau rata. Masukkan garam secukupnya.
Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang dan bawang goreng.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2020/06/mee-hoon-goreng-daun-limau-purut.html