Orang Ipoh Ayamwithyou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak Anak Yatim Miskin Ipoh


Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh | Alhamdulillah, dalam kesukaran bertahan dalam suasana wabak Covid-19 ini, ramai yang menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Cik en salute tabik spring dengan Ayam Brand kerana berjaya merealisasikan inisiatif pantri makanan yang di panggil Pantri Komuniti di 13 buah rumah kebajikan dan Ipoh menjadi salah satu tempat untuk merealisasikan inisiatif ini. Dalam iniasiatif ini, korang boleh ambil apa saja yang ada didalam Pantri Komuniti ini atau boleh sumbangkan seperti biskut, snek, alat tulis, makanan bijirin, makanan runcit, minuman tanpa alkohol dan barangan keperluan harian. Pantri ini terletak di Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh. Dimana itu? Korang kena baca entri ini sampai habis | Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh

Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh
Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh
Ipoh, Mei 29, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 
Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 

Sebagai contoh, di Ipoh, Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh di Kampung Kuala Pari Hilir usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. 

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh, Datin Hajah Noraini Bt Abdullah. 
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Datin Hajah Noraini. 
Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 
Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 
“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre. 
Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 
“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kampung Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh, Perak. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my

Cik berharap korang boleh sharing entri Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh untuk membantu komuniti di Ipoh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurfuzie.com/2020/05/ayamwithyou-bantu-komuniti-ipoh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertubuhan Anak Yatim Dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan Ayamwithyou Bantu Komuniti Mukim Langgar

Pertubuhan Anak Yatim Dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan Ayamwithyou Bantu Komuniti Mukim Langgar

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 516 hits
Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid 19 semangat saling mambantu murah hati dan saling percaya mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi w...
Isu Panas Hukum Pemandu Mabuk Bunuh Abah Mama Kami Luahan Anak Mangsa Jadi Yatim Piatu

Isu Panas Hukum Pemandu Mabuk Bunuh Abah Mama Kami Luahan Anak Mangsa Jadi Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 344 hits
Khairizul dan Zuriana maut selepas dilanggar pemandu mabuk dalam insiden Februari lalu BUTTERWORTH Trauma dan marah setiap kali mendengar berita kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk membuatkan lima beradik yatim piatu terken...
Anak Yatim Tetap Dirai

Anak Yatim Tetap Dirai

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 283 hits
Oleh Adli MohamadDUNGUN 18 Mei Seramai 135 anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Besi diraikan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi walaupun negara menjalani kehidupan dengan norma baru disebabkan Pandemik COVID 19 Anak anak y...
Yb Jelajah Kampung Hulur Bantuan Keluarga Miskin

Yb Jelajah Kampung Hulur Bantuan Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 362 hits
Mohd Nor menziarahi salah satu keluarga yang kurang bernasib baik MARANG 20 Mei Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong Mohd Nor Hamzah melakukan jelajah ke setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri berkenaan bagi menghulurkan bantuan kepa...
Gapki Beri Santunan Anak Yatim Di Cibubur

Gapki Beri Santunan Anak Yatim Di Cibubur

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 368 hits
Tofan merasa bersyukur bisa hadir di tengah anak yatim Dia pun mengenang kepergian sang ayah saat berumur 4 tahun
Ada Yang Sudi Bantu Suami Koma Isteri Tiada Pendapatan Anak Masih Kecil

Ada Yang Sudi Bantu Suami Koma Isteri Tiada Pendapatan Anak Masih Kecil

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 318 hits
Kebahagiaan yang diharapkan sehingga ke akhir hayat diuji dengan satu ujian besar oleh Allah di kala anak anak masih kecil dan belum mengerti apa apa lagi Namun sebagai hamba Nya kita kena percaya Allah uji sebab Dia tahu kita boleh laluiny...
Permohonan Bantuan Sara Hidup Dan Kecemasan Bagi Mahasiswa Anak Perak

Permohonan Bantuan Sara Hidup Dan Kecemasan Bagi Mahasiswa Anak Perak

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 681 hits
Berita baik untuk mahasiswa anak Perak anda boleh buat permohonan bantuan sara hidup dan kecemasan daripada Yayasan Perak jika anda layak Bantuan Sara Hidup dan Kecemasan ini bertujuan bagi meringankan beban mahasiswa anak Perak khususnya y...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba