Mee Goreng Kelantan Menggunakan Sos Labu Siam
Arwah abang sulung saya dulu ada buka kedai makan di hadapan rumah beliau. Kedai makan tersebut diuruskan ooeh kakak ipar saya. Mee goreng yang dimasak oleh kakak ipar sangat sedap. Saya pernah bawa balik sos cili Siam dan sos labu untuk menggoreng mee di sini
Bila teringin nak makan mee goreng yang ala ala Kelantan, saya terpaksalah memasaknya sendiri. Baru ikut citarasa kita sendiri. Sama jer dengan menggoreng mee saya sebelum ini. Yang berbeza kerana saya menggunakan sos cili Siam dan sos tomato cap labu. Orang Kelantan panggil sos labu.
Saya sangat gemar rasa mee Kelantan tapi sekarang ini agak susah untuk mendapat mee yang sedap. Pastinya mee di pasar Bachok yang pernah saya makan tahun 1984 adalah mee tersedap yang pernah saya makan.
Alangkah bertuahnya jika saya tahu siapa kakak yang berjual di situ. Beliau berjual seorang diri sahaja di situ. Tak ada kedai lain di pasar tersebut. Balik dari sekolah, saya pasti ke sana untuk beli mee goreng. Saya menjeling jeling juga untuk melihat cara beliau memasak tetapi tak faham abahan bahan yang digunakan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Mee Goreng KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 pek mee kuningIsi ayam/udang/fish ball atau apa apa yang disukai 4 sudu besar sos cili Siam4 sudu besar sos labu3 sudu besar kicap lemak Jalen½ sudu besar cili kering kisar1 sudu besar cukaGaram - jika perlu½ sudu kecil gula - opsyenal ¼ cawan minyak
Bahan hiris;5 biji bawang merah4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan ayam atau apa apa yang disukai. Masukkan sedikit air supaya cili dan ayam masak. Masukkan sos cili dan sos labu. Kacau lagi.
Masukkan kicap lemak dan batang sawi. Sesuaikan rasa. Jika perlu, masukkan sedikit garam. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
Masukkan mee kuning dan daun sawi. Kacau rata sehingga mee lembut. Sedia untuk dihidangkan. Hidang dengan hirisan buah limau nipis dan bawang goreng.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2021/05/mee-goreng-kelantan-menggunakan-sos.html