Mee Siam Singapore Yang Sangat Sedap


Assalamualaikum...
MEE Berkuah merupakan antara makanan kegemaran Pak Inche. Mee Hailam, Mee Bandung, Mee Racun, Mee Sizzling, apa saja mee yang berkuah. Kalau ke Pasar Tani di Taman Sri Pulai, suka beno dia membeli Mee Siam Kuah atau juga dikenal sebagai Mee Siam Singapore. Ada juga yang menggelar Bihun Singapore.
Lama dah SK tak masak Mee Siam Singapore ni. Alaaa.. dulu pun rasanya cuma sekali dua jer Sk masak. Sk memang lebih suka masak nasi berlauk, lagi senang kerja berbanding masak mee ni banyak sangat cekadaknya walaupun semua dimasak dalam satu kuali.
Baru-baru ni, nampak kawan pejabat, Naza post gambar Mee Siam Singapore masakan emaknya. Bila Sk bertanyakan resepi, emak Naza beritahu, caranya macam masak sambal tumis, letak kacang tanah kisar sikit dan tauchu yang dilenyek dan tauchu yang kasar. Hampir sama caranya dengan kuah mee siam yang Sk pernah buat sebelum ni, cuma Sk tak letak tauchu.


Cari Bihun Cap Bintang tapi tak jumpa. Bihun Faiza pun tak ado. Ada jenama XX yang bagi SK agak mahal. Mahal sebab bihunnya dichap satu portion, satu portion, sebungkus cecah RM6. Jadi, Sk ambillah satu-satunya yang ada, jenama X tapi ... hurmmm... cepat betul lembut bihunnya walaupun cuma direndam guna air paip. Lepas tos tu okay lagi, tapi lama-lama ia semakin lembut. Hasilnya bihun yang putus-putus, tak cantik... tapi nasiblah sedap, kahhhh


Sk dan Iman makan dengan telur dadar bergulung. Iman mulanya kata, tak nak makan dengan kuah, nak makan gitu-gitu aje. Tapi, nak cuba sikit la yang berkuah. Lepas tu, terus pulak makan berkuah. Yang kelako, dia pesan masakkan kuah baru untuk mengulang sarapan esok. Sedap pulak kata dia, haha


Pak Inche pulak, nak makan dengan telur rebus. Merebus telurlah sekejap kita padahal semua dah siap terhidang atas meja.. begitulah.. rambut pun dah tak sama hitam, apalagi selera, ya tak

Cara Buat Mee Siam Singapore ni senang aje. Goreng jer bihun mengikut citarasa kita. Lepas tu masaklah kuahnya, Cara masak kuah, macam kita masak sambal tumis. Bila dah jadi sambal tumis kita tu, letak kacang tumbuk sikit, letak tauchu lenyek dan tauchu yang tak dilenyek, jangan banyak, nanti masin pulak, hihi. Lepas tu, letaklah air secukupnya. Kuahnya cair macam sup tapi janganlah cair sangat ya. Masa nak makan tu, perahlah limau kasturi, bagi lagi aummm

Selamat mencuba 😍
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/05/mee-siam-singapore-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Air Asam Menu Ringkas Sangat Sedap Kena Cuba Ni

Telur Air Asam Menu Ringkas Sangat Sedap Kena Cuba Ni

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 383 hits
Tak cuba tak tau rasa tapi bila dah cuba tak cukup sebiji ye menu Telur Air Asam ni Sesuai sangatlah bila tekak dah bosan dengan menu rendang kari dan segala macam makanan berlemak Kalau anda ingin merasai sediri keenakannya atau berubah ra...
Opor Daging Cara Orang Pekan Masak Sangat Sedap Boleh Cuba

Opor Daging Cara Orang Pekan Masak Sangat Sedap Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 487 hits
Opor masakan yang sangat sinonim dengan orang Pekan Pahang menu autentik ini selalu dihidangkan di majlis kenduri kendara atau Hari Raya Rasanya sangat sedap dan boleh dimakanan dengan nasi putih nasi bertumis lemang nasi impit ketupat pala...
Kek Batu Marmar Kukus Serius Sedap Sangat Lembut Mewah Dengan Rasa Coklat

Kek Batu Marmar Kukus Serius Sedap Sangat Lembut Mewah Dengan Rasa Coklat

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 464 hits
Mood raya masih lagi ada walaupun tak dapat nak ke mana mana Tambah lagi bila PKP ni asyik duduk rumah je kejap kejap anak mengadu lapar Ibu pun dah habis idea nak buat apa Bagi yang nak mencuba buat kek pula apa kata buat Kek Batu Marmar K...
Mee Goreng Kelantan Menggunakan Sos Labu Siam

Mee Goreng Kelantan Menggunakan Sos Labu Siam

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 602 hits
Arwah abang sulung saya dulu ada buka kedai makan di hadapan rumah beliau Kedai makan tersebut diuruskan ooeh kakak ipar saya Mee goreng yang dimasak oleh kakak ipar sangat sedap Saya pernah bawa balik sos cili Siam dan sos labu untuk mengg...
Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 371 hits
Macam macam jenis atau versi nasi ayam ada yang ayam goreng kukus dan ada juga yang dibakar Semuanya sesuai dengan selera masing masing Kalau anda dan keluarga pengemar nasi rasanya resipi Nasi Ayam Beras Masmathi yang dikongsikan oleh Mari...
Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap Dan Mudah Di Sediakan Di Rumah

Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap Dan Mudah Di Sediakan Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 842 hits
As Salam Resepi Rendang Kerang Yang Sedap dan Mudah Disediakan Di Rumah Yeahh Kita sudah berada di Syawal ke 9 hari ini Sekejap betul rasanya Padahal puasa sunat enam syawal baru buat dua hari Nampak nau fefeling raya ko tak habis lagi kann...
Homemade Yee Mee Sizzling Sedap Macam Kat Restoran

Homemade Yee Mee Sizzling Sedap Macam Kat Restoran

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 439 hits
Nak makan Yee Mee Sizzling tak perlu makan di luar kalau boleh buat sendiri di rumah Takda hot plate pun bukan masalah boleh je buat guna kuali biasa rasas sama je yang penting rajin dengan tidak je Tak percaya anda boleh cuba buatnya sendi...
Resepi Mee Hailam Sedap Simple

Resepi Mee Hailam Sedap Simple

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 669 hits
MEE HAILAM SEDAP SIMPLE Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak Bahan bahannya 1 2 kg mee kuning1 4 kg daging ayam dan daging lembu10 ekor udang 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 1 sudu besar cili boh1 ikat sawi hij...
Resipi Brownies Raya Azlina Ina 6 Bahan Saja Kek Ringkas Gerenti Jadi Sedap

Resipi Brownies Raya Azlina Ina 6 Bahan Saja Kek Ringkas Gerenti Jadi Sedap

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 336 hits
Berbanding kek lain brownies antara yang cukup mudah disediakan Malah penggunaan bahannya juga tidaklah banyak Nak cuba resipi cikgu ini resipi yang patut anda cuba Cukup mudah resipi yang simple dan gerenti jadi dan sedap Jom cuba Resepi g...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi