Mee Goreng Azie Kitchen Yang Paling Sedap



Sebelum kita citer bab resepi, jom kita sembang jap. Ramai yang menulis komen di Instagram @aziekitchen atau di facebook Azie Kitchen Blogger memberitahu mereka tak pernah melihat wajah saya di blog. 
Hmm itu yang saya hairan juga kerana di blog saya banyak gambar gambar percutian saya di dalam dan luar negara, selain bab pembinaan rumah kami, Villa Nur Qaseh. Boleh google JJCM Azie Kitchen atau percutian Azie Kitchen.
Saya kongsikan dengan Juita tentang komen komen ini. Kata Juita, mesti mereka google dan taip resepi yang mereka ingin cari sahaja. Mereka tidak masuk ke blog Azie Kitchen (https: aziekitchen.com). 
Hmm betul juga sebab setiap kali saya publish entri baru, tidak ramai yang membacanya walaupun jumlah page view blog saya hampir 100 ribu setiap hari. Boleh bagi cadangan bagaimana yang harus saya buat untuk anda follow blog saya. Saya update resepi beberapa hari dalam seminggu. OK cukup setakat ini dahulu.

Over tak tajuk entri kali ini? Jangan salah faham, bila saya katakan mee goreng paling sedap. Sebabnya kerana setakat ini saya memang tak jumpa lagi mee goreng yang kena dengan selera saya. Sangat susah untuk menemuinya di kedai kedai makan, di restoran, hatta hotel sekali pun. Melainkan mee yang saya goreng sendiri di rumah. 
Saya tidak pasti sedap atau tidak pada orang lain tapi pada saya, ianya adalah mee goreng yang saya boleh makan sehingga 3 pinggan penuh. Haa sekali lagi saya tulis mee yang paling sedap pada selera saya. Nantikan ada pula yang yang kata puji diri sendiri. Ya lah selera kan lain lain, tekak lain lain.
Tapi secara jujur ada juga masa mee saya goreng tak menjadi terutama bila air yang dimasukkan terlebih. Akhirnya mee menjadi terlebih kembang.
Hari ini saya menyediakan 2 pek mee kuning untuk sarapan pagi. Kalau nak lagi sedap, masak 1 pek sekali masak, lagi sedap. Senang nak uruskan kuali. Macam juga kalau makan di kedai, biasanya mereka akan goreng satu atau dua pinggan sahaja sekali masak. Hahahaha. Tapi Hubby kata 1 pek tak cukup untuk kami 5 orang. 
Untuk memudahkan anak anak saya dan follower yang baru berjinak jinak untuk belajar mee goreng cara saya dan sukatan bahan seperti saya, jadi saya menyukat bahan yang digunakan. 
Kalau semua orang memasak secara campak campak, macam mana anak anak yang tak tengok sendiri kita memasak untuk tahu sukatan dan memasaknya. Betul tak?
Kalau makan mee goreng, antara yang wajib ada dalam pinggan saya ialah hirisan limau nipis. Limau nipis sahaja, tak mahu limau kasturi tu. Terasa sangat sedap di lidah saya. Mungkin sebab dari kecil kalau makan mee goreng di Kelantan, mesti ada hirisan limau nipis.
Jom layan resepi di bawah ini. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog. Ianya adalah iklan yang selamat. Jangan risau. Saya ada sediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Mee Goreng Azie KitchenOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 pek/900 gram mee kuningUdang secukupnya1 ½ - 2 sudu besar cili kering kisar3 sudu besar sos cili2 sudu besar sos tiram2 keping tauhu goreng - opsyenal1 ikat sayur sawi3 biji telur6-7 sudu besar kicap manis11 sudu besar minyak masak ½ sudu kecil garam
Bahan tumbuk:4-5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 
Cara cara;Lalukan mee di bawah air sekadar untuk membuang rasa kapur. Tos. 
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan garing. 
Masukkan udang dan sedikit air. Masukkan pula sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata. 

Masukkan batang sawi dan kacau sehingga separuh lembut. Masukkan mee kuning, tauhu goreng dan kacau rata. Nota: ketika ini kena agak masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan mee secukup lembutnya. Jika kurang, mee akan keras, tak sedap.
Pecahkan telur dan bila telur separuh masak, digaul rata dengan mee. 

Akhir sekali masukkan garam dan daun sawi. Jika suka, boleh masukkan cili padi. Kacau sehingga sawi lembut dan bolehlah ditutup api. 

Masa dihidangkan, boleh tabur bawang goreng dan perah asam limau nipis. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/10/mee-goreng-azie-kitchen-yang-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Arab Paling Mudah Lagi Sedap Dari Kedai

Nasi Arab Paling Mudah Lagi Sedap Dari Kedai

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 383 hits
Jom hasilkan hidangan Nasi Arab yang enak dan simple ini Nasi Arab sememangnya hidangan timur tengah yang digemari orang ramai kerana rasanya yang penuh dengan rempah ratus Memang lazat Hidangan Nasi Arab ini mudah sekali untuk disediakan d...
Resipi Ayam Percik Paling Mudah Sedap Rasa Macam Kedai Ini Tipnya

Resipi Ayam Percik Paling Mudah Sedap Rasa Macam Kedai Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 360 hits
Resipi dengan bahan bahan memasak yang banyak adakalanya membuatkan kita merasa sukar untuk menyediakannya Ditambah pula dengan cara membuatnya yang memakan masa membuatkan menu ringkas menjadi pilihan setiap kali memasak di dapur Namun res...
Bubur Jagung Lemak Manis Paling Senang Super Sedap

Bubur Jagung Lemak Manis Paling Senang Super Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 490 hits
Guna enam bahan aje kalau nak buat bubur jagung lemak manis Dahlah sedap sangat mudah dan cepat memasaknya Jom kita tengok resipi dari Suhaz Waniy ni Jagung tu penting kena pilih yang segar dan manis barulah meletup rasa sedapnya Lain lain ...
Modal Bawah Rm10 Dapat 40 Biji Dumpling Buat Sup Sedap Nak Goreng Pun Boleh

Modal Bawah Rm10 Dapat 40 Biji Dumpling Buat Sup Sedap Nak Goreng Pun Boleh

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 479 hits
Dumpling antara makanan tradisi masyarakat Cina tetapi disukai ramai Bukan saja berintikan sayur sayuran semata mata tetapi boleh diletakkan inti ayam atau udang atau apa saja ikut citarasa masing masing Cuma yang selalu jadi masalah nak bu...
Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung Paling Senang Dan Sedap

Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 675 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dah bermula pada hari ini Jadi ada yang mendapat kelonggaran bekerja dari rumah daripada ketua jabatan Walaupun tak semua daripada ibu ibu yang...
Rendang Pedas Daging Azie Kitchen

Rendang Pedas Daging Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 578 hits
Kebelakangan ini saya banyak menulis bab resepi percuma yang tidak ramai orang menghargainya Sedangkan resepi percuma yang saya bagi adalah resepi yang telah dicuba dan terbukti sedap Ramai yang sanggup bayar sehingga RM100 ke RM300 untuk s...
Nak Tahu Cara Buat Ayam Goreng Yang Sedap Ikut Resipi Ni

Nak Tahu Cara Buat Ayam Goreng Yang Sedap Ikut Resipi Ni

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 591 hits
Tengok gambar pun dah tahu sedap kan Nak buat ayam goreng yang sedap ada caranya Kena perap dengan bahan terpilih Barulah ayam goreng tu sedap sampai ke tulang Ada tip yang boleh korang ikut Ayam goreng boleh dianggap lauk yang tak jemu jem...
Kari Ikan Jenahak Versi Azie Kitchen

Kari Ikan Jenahak Versi Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 529 hits
Sebelum itu mari kita berceloteh dahulu Semalam negara kita mencatatkan kes baharu harian Covid 19 yang tertinggi iaitu 691 kes Hmm semuanya gara gara ahli politik yang tidak berapa peka dengan kes Covid 19 di Sabah yang memang telah pun ti...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi