Rendang Pedas Daging Azie Kitchen




Kebelakangan ini, saya banyak menulis bab resepi percuma yang tidak ramai orang menghargainya. Sedangkan resepi percuma yang saya bagi adalah resepi yang telah dicuba dan terbukti sedap.
Ramai yang sanggup bayar sehingga RM100 ke RM300 untuk satu resepi yang hasilnya yang sama atau lebih kurang sama. Yang membezakan antara satu resepi dengan resepi yang lain ialah teknik penyediaannya. 
Teringat dulu bekas boss saya di pejabat pernah cadangkan untuk charge RM10 jika ada yang ingin menyalin resepi yang saya kongsikan. Namun saya bertegas tidak mahu mengenakan apa apa bayaran. 
Sekarang baru saya sedar, cadangan boss saya tersebut telah dibuat oleh ramai blogger. Mereka hanya berkongsi gambar masakan, jika mahu resepi perlu mesej. Dikenali sebagai program PJJ.

Setakat ini, saya belum lagi bercadang untuk private kan blog saya atau pun mengenakan bayaran. Tapi saya hanya mohon sedikit sokongan agar anda yang masuk ke blog saya untuk klik mana mana iklan yang ada di sini. 
Memasak dan menulis blog juga memakan masa sekurang kurangnya setengah hari. Hanya sedikit tanda penghargaan akan dapat memberikan semangat untuk blogger kembali ber blog dengan meriah. Lebih lebih lagi sekarang saya memang sepenuh masa sebagai blogger masakan.
OK sebelum kita masuk bab resepi. Resepi saya hari ini adalah sama dengan resepi rendang pedas ayam di SINI. Cuma saya gantikan dengan daging. Rendang pedas ini sedap dimakan dengan lemang, pulut kuning selain dari nasi putih. 
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Rendang Pedas Daging    
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 kg daging
2 kg santan
½ biji kelapa parut - digoreng keperangan (jika suka boleh guna kerisik biasa)
3-4 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
1 sudu besar garam
70 gram gula Melaka - jika suka

Bahan kisar:
4 inci halia - 50 gram
3 inci kunyit hidup - 20 gram
7 biji bawang besar - 380 gram 
10 biji bawang merah - 100 gram
5-8 ulas bawang putih - opsyenal
8 batang serai
6 sudu besar penuh cili - 250 gram 
Cara cara;
Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak sehingga daging agak kering air. 

Masukkan santan dan masak sehingga daging empuk. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka dan garam. 
Masak sehingga rendang kering yang disukai. Setelah hampir kering, taburkan daun kunyit. Kacau dan bolehlah diangkat.



Nota:Separuh dari bawang boleh dihiris jika suka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/10/rendang-pedas-daging-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Asam Pedas Daging Tetel Yang Sedap

Cara Masak Asam Pedas Daging Tetel Yang Sedap

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 1062 hits
Menu Asam Pedas Daging Tetel ni memang jadi kegemaran ramai Padanannya cukup mudah Nasi putih ditambah dengan ikan masin dan sambal belacan sudah cukup untuk mengoncang selera makan Bagi anda yang nak masak untuk keluarga resipi perkongsian...
Kari Ikan Jenahak Versi Azie Kitchen

Kari Ikan Jenahak Versi Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 565 hits
Sebelum itu mari kita berceloteh dahulu Semalam negara kita mencatatkan kes baharu harian Covid 19 yang tertinggi iaitu 691 kes Hmm semuanya gara gara ahli politik yang tidak berapa peka dengan kes Covid 19 di Sabah yang memang telah pun ti...
Mee Goreng Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Mee Goreng Azie Kitchen Yang Paling Sedap

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 686 hits
Sebelum kita citer bab resepi jom kita sembang jap Ramai yang menulis komen di Instagram aziekitchen atau di facebook Azie Kitchen Blogger memberitahu mereka tak pernah melihat wajah saya di blog Hmm itu yang saya hairan juga kerana di blog...
Tarikan Char Kuey Teow Bebola Daging

Tarikan Char Kuey Teow Bebola Daging

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 324 hits
Selalunya char kuey teow amat sinonim dengan udang atau kerang Bagaimana pula dengan bebola daging Gerai Char Kuey Teow Teluk Kayu yang terletak di Medan Selera Adikku Kajang membawakan kita sesuatu yang luar dari kebiasaan dengan char kuey...
Resipi Daging Masak Sos Tiram Yang Sangat Sedap

Resipi Daging Masak Sos Tiram Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 342 hits
Daging lembu sebenarnya sangat sedap kalau pandai dimasak dengan betul Teknik menggoreng adalah salah satu cara memasak daging yang sedap dan menyelerakan Kali ini RASA nak kongsikan cara masak daging goreng sos tiram bersama kacang pis DAG...
Step By Step Memasak Roti Kerca Kuah Kari Daging Menu Sarapan Sedap

Step By Step Memasak Roti Kerca Kuah Kari Daging Menu Sarapan Sedap

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 538 hits
Panggil roti tapi seakan lempeng dan makan dengan kuah kari daging hancur Roti kerca makanan orang Kedah dan dahulu lebih terkenal dikalangan kerabat Kedah Sungguh mudah dan terbaiklah bila dijadikan menu sahurBagi mereka yang tak nak makan...
Menu Hari Ini Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging

Menu Hari Ini Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 706 hits
Menu Hari Ini Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging Assalamualaikum wbt hi korang Hari ni CH malas masak sebab itulah buat ayam masak kicap dan sayur sawi bebola daging saja Cepat masak sedap dan menyelerakan Kahkah Sorry ya termasu...
Cara Memasak Daging Black Pepper Berapi Pulak Cili Padi Selera Asia

Cara Memasak Daging Black Pepper Berapi Pulak Cili Padi Selera Asia

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 389 hits
Daging lada hitam ni sebenarnya sajian fusion yang paling popular Walaupun asasnya masakan barat tetapi dengan tambahan cili padi rasanya dah mengikut selera rasa orang Asia Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung jika mahu kuah yang...
Resipi Step By Step Daging Keema Sedap Makan Dengan Roti Atau Cheese Nan Meleleh

Resipi Step By Step Daging Keema Sedap Makan Dengan Roti Atau Cheese Nan Meleleh

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 677 hits
Daging Keema enak di makan bersama Cheese nan atau roti prata Adunan daging dan rempah ratus amat membangkitkan selera Asal masakan ini adalah dari masyarakat Arab Orang Arab memang kaya dengan pelbagai menu yang enak enak Penggunaan daging...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean