Kari Ikan Jenahak Versi Azie Kitchen




Sebelum itu, mari kita berceloteh dahulu. Semalam negara kita mencatatkan kes baharu harian Covid 19 yang tertinggi iaitu 691 kes. Hmm semuanya gara gara ahli politik yang tidak berapa peka dengan kes Covid 19 di Sabah yang memang telah pun tinggi. 
Maksud saya keutamaan seharus diberi kepada memutus rantaian covid 19 bukan dengan berkempen untuk pilihanraya. Bukan maksud saya PRN tidak penting tapi seharusnya menggunakan kaedah yang berbeza untuk berkempen. 
Ini tidak, habis orang politik di semenanjung yang berduyung duyung ke Sabah. Sedangkan di negeri masing masing pun masih ada isu yang belum selesai. Contoh Selangor yang masih belum selesai isu air. 
Polisi yang dibuat juga untuk kepentingan mereka. Tarikh selepas mereka balik dari Sabah, baru disyaratkan kuarantin di rumah. Jadi mereka semua tidak perlu kuarantin. Orang politik ini risiko mereka menjangkiti orang lain sangat besar kerana mereka banyak menghadiri majlis majlis juga mesyuarat. 
Tersebar gambar mesyuarat MKN yang dihadiri oleh Menteri Agama yang kemudiannya disahkan positif covid 19 di mana di dalam mesyuarat tersebut ramai yang tidak memakai pelitup muka termasuklah Menteri Agama dan Perdana Menteri sendiri. Selain itu, tiada penjarakan sosial pun. 
Jadi mereka tidak memberi contoh yang baik. Menyuruh rakyat melakukannya sedangkan mereka sendiri ingkar SOP. OK cukup lah setakat ini, semoga covid 19 segera berakhir di muka bumi ini. 
Kalau dulu, masa masih bekerja setiap pagi saya akan bersarapan dengan Hubby. Tapi sejak bersara, saya bersarapan sendirian di rumah. Hubby keluar menghantar Ammar ke sekolah dan terus ke pejabat. Bila ada masa, dia akan menemani saya makan di mana mana tempat yang saya pilih.
Tapi hari ini bila saya mengajak Hubby makan kari kepala ikan, dia memberitahu agak sibuk di pejabat. Jadi mahu atau tidak, saya terpaksa ke dapur dan menyediakan kari kepala ikan sendiri. Kebetulan ada 2 ekor ikan jenahak di dalam freezer di rumah. Saya menggunakan hanya seekor kerana saiznya agak besar. 


Kari ikan atau kepala ikan memang kegemaran Hubby dan anak anak. Dulu dulu memang saya tak pandai kerana saya memang tak pernah makan kari ikan. Keluarga saya memang tidak pernah memasak kari ikan. Mereka hanya memasak kari untuk ayam atau daging sahaja. 
Saya tidak pernah jemu untuk belajar menyediakan kari ikan yang rasanya sedap seperti yang dimakan di kedai kedai mamak. Kuah kari biasanya tidak terlalu pekat dan rasanya lebih masam masam berbanding rasa masin. Baru lah lebih kick. 
Bahan bahan juga perlu ditumis dengan lama sehingga beberapa kali terbit minyak barulah sedap bila rempah betul betul masak. ketika sedang dimasak, kari saya ini berbau sangat sedap. 
Jadi seperti biasalah, memasak memerlukan praktis dan praktis untuk menjadi sesuatu masakan lebih menjadi sedap dan cantik kejadiannya. Lain lah kalau wanita yang hari hari memasak, mereka campak apa pun dah boleh agak sukatannya. Berbeza dengan orang yang memasak sekali sekala.
Jom layan resepi yang saya gunakan dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.


Kari Ikan JenahakOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan jenahak - 1 kg2 cawan santan segar2 sudu kecil herba campur6 tangkai cili padi - hiris1 pelepah daun kari5 sudu besar rempah kari ikan½ sudu kecil serbuk cili1 sudu besar garam kasar50-60 gram asam jawa½ cawan minyak
Bahan hiris:8 biji bawang merah5 ulas bawang putih2 inci halia
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis cili padi, halba campur dan bahan hiris sehingga naik bau. 
Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Kacau rata sehingga naik bau. Masukkan 1 mangkuk air. Kacau dan biarkan sehingga terbit minyak. 


Masukkan air lagi dan masak sehingga terbit minyak sekali lagi. Kemudian masukkan daun kari, air asam jawa dan garam. Kacau rata sehingga pekat. Masukkan sedikit air sekadar untuk mengurangkan kepanasan minyak. Nota: supaya santan tidak berketul bila terkena minyak yang panas. 
Tuang santan dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. 
Masukkan ikan dan buah tomato. Setelah masuk ikan, jangan kerap dikacau supaya ikan tidak hancur.


Setelah ikan masak, masukkan kacang bendi yang telah dicelur dalam air mendidih dengan sedikit minyak. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat. Selain dimakan dengan nasi, sedap juga dimakan dengan roti canai dan roti.


Nota:Setelah sejuk, kuah akan jadi lebih pekat. Jadi biarkan kuah sedikit cair.
Kuah mesti menpunyai lebih rasa masam, baru sedap kari ikan. Lagi lama lagi sedap, rasa kari. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/10/kari-ikan-jenahak-versi-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 662 hits
Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul betul power Dimasak panas panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la restoran pen mut...
Macau Scam Versi Dubai Tumpas Perdaya Hampir 2 Juta Orang

Macau Scam Versi Dubai Tumpas Perdaya Hampir 2 Juta Orang

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 337 hits
on Mungkin tidak ramai yang tahu kira kira 1 bulan yang lalu telah tertangkapnya seorang insta famous di Dubai Namanya adalah Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi Dia adalah seorang rakyat yang berasal dari Nig...
Oneplus Nord Edisi Khas Turut Akan Diperkenalkan Pada 14 Oktober Ini Mungkin Versi Sandstone

Oneplus Nord Edisi Khas Turut Akan Diperkenalkan Pada 14 Oktober Ini Mungkin Versi Sandstone

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 306 hits
OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan OnePlus yang baru dilancarkan beberapa bulan lalu Ia diijana dengan Snapdragon 765G menawarkan pengalaman penggunaan seakan peranti mercu skrin 90Hz dan juga harga yang kompetitif Semasa pelanca...
Gmail Go Kini Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Android Aplikasi Gmail Versi Ringan

Gmail Go Kini Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Android Aplikasi Gmail Versi Ringan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 231 hits
Google sedia menawarkan sejumlah aplikasi dibawah penjenamaan Go yang mana dioptimasikan untuk penggunaan peranti berspesifikasi rendah serta tidak menyertakan ciri ciri tambahan yang tidak digunakan ramai Terbaru Google turut telah mula me...
Faizal Tahir Sahut Cabaran Empat Dara Ala Versi Ni Tak Aci

Faizal Tahir Sahut Cabaran Empat Dara Ala Versi Ni Tak Aci

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 511 hits
Sejak dua tiga hari ini nyanyian semula lagu Empat Dara oleh Elly Mazlein telah menjadi satu fenomena luar biasa Cara nyanyiannya dengan suara tekan habis membuatkan ramai terhibur Disebabkan cabaran Empat Dara ini ramai selebriti dan orang...
Diy Wall Deco Versi Under Bajet Dari Pinggan Ringkas Murah Tapi Cantik

Diy Wall Deco Versi Under Bajet Dari Pinggan Ringkas Murah Tapi Cantik

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 468 hits
Hiasan dinding tak semestinya lukisan cermin atau jam Boleh jadi juga pinggan Ya pinggan tapi yang dihias
Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 398 hits
Ikan bawal siakap atau apa apa sahaja ikan saiz besar memang sedap kalau dimasak 3 rasa Kombinasi rasa pedas masam manis menjadikan hidangan jadi lebih enak dan tidak muak Kalau makan di kedai memang mahal Jadi meh cuba buat sendiri kuah Ik...
The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shahirah Natasha Pasang Chord

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

Wzr Property Seeks Putrajaya S Intervention To Resolve Dispute Of Over Us 62m With Maldivian Gov T

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal