Media Sosial Ancaman Runtuhkan Negara
Media sosial, ancaman runtuhkan negaraPosted By: Pentadbiron: May 05, 2019 Print EmailPengaruh media sosial yang tiada batasan dan pelbagai ancaman luar mampu menggugat keamanan negara, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.Beliau berkata di ambang Malaysia baharu ini, negara menghadapi pelbagai cabaran melibatkan isu penghinaan terhadap agama, pelbagai identiti akibat intra-etnik, kecelaruan minda dan pengaruh budaya kebendaan.Katanya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta agensi berkaitan perlu memainkan peranan masing-masing secara inklusif bagi mengeratkan lagi hubungan di antara penganut pelbagai agama terutama terhadap mereka yang terpinggir dari arus kemodenan atau hidup dalam kelompok tersendiri.“Bagaimanapun, bagi mewujudkan keseimbangan dan menghormati sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai fahaman agama, masyarakat juga perlu matang dalam menyebarkan mesej positif dan sahih,” katanya dalam ucapan merasmikan Penutup Seminar Memperkasa Komuniti Ke Arah Agenda Perpaduan Nasional bersempena Sambutan Minggu Perpaduan Melaka 2019.Teks ucapan Adly dibacakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong, Damian Yeo Shen Li.Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Melaka Habibah Jaafar dan Pengurus Besar Institut Tun Perak Zaipul Anwar Zainu.Sementara itu, Adly berkata sehingga kini, terdapat 243 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini dengan 2,000 anggota yang merupakan ejen perpaduan dan kesejahteraan bagi sesebuah masyarakat“KRT memainkan peranan penting dalam memperkasa iklim perhubungan utuh antara kaum berteraskan memperkukuh perpaduan dan keharmonian komuniti setempat.“Jika kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara itu baik, maka ekonomi negara akan berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/05/media-sosial-ancaman-runtuhkan-negara.html