Me Time Makan Boat Noodle Dengan Emak
Ikutkan ini pengalaman pertama
emak makan di Boat Noodle. Semestinya emak mengikut saja cadangan Diah. Tekak
rindu nak makan roti Sangkaya dia tu.
Kebetulan bawa emak keluar
mencari barang rumah. Jadi bila terjumpa Restoran Boat Noodle, terus la ajak
mak berhenti makan. Kami sambung semula shopping lepas perut kenyang.
Me Time Makan Di Boat Noodle
Dengan EmakAwalnya risau juga makanan dekat Boat Noodle tak kena dengan selera emak. Faham sangat dengan selera emak yang sentiasa berubah-ubah.
Semenjak usia semakin bertambah selera makan emak tak macam dulu. Betul-betul ikut mood. Ada hari emak berselera, ada hari memang kena pujuk suruh makan.
Kami ke Nilai 3 cari Langsir raya – Kedai Langsir Top Collection
Bersyukur sangat menu dekat Boat
Noodle ni pelbagai dan saiz hidangan dia kecil. Jadi boleh la emak buat pilihan
dan tak lah rasa risau tak dapat habiskan kalau terlajak pesan.
Menu Popular Boat Noodle
Kalau makan di Boat Noodle memang kena pesan menu popular mereka iaitu roti kukus dan mi dalam mangkuk kecil. Ada pelbagai jenis kuah dan sekarang dah banyak menu baru diperkenalkan.
Emak tergoda nak cuba Apple
Somtam, menu baru yang mereka tengah promosi. Emak pernah makan Kerabu Mangga dekat The Chicken Rice Shop dan emak
suka.
Memang buah Epal hijau tu rangup dan sangat masam ya. Lebih masam dibandingkan dengan Kerabu Mangga. Agak kecewa bila sampai dekat meja. Dalam gambar lebih menarik.
Dalam Apple Somtam tu ada kacang panjang, tomato merah kecil dipotong dua dan ditabur dengan kacang tanah hancur.
Macam biasa Diah akan makan
Noodle PathumThani dan Ayutthaya. Ambil juga Chicken Skin, rangup macam sebelum
ni pernah makan.
Cuba juga Kaw Pad Super – Tom Yum
Fried Rice, Thai Fried Chicken dan roti kukus dia, Sangkayaa. Kaya Pandan dia wangi, makan pula dengan roti kukus yang lembut. Makan panas-panas ya ampun sedap.
Nasi goreng Tom Yum tu biasa-biasa saja rasa dia. Meriah ye kami
makan. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan kecuali Apple Somtam sebab masam yakmat weh.
Air pula emak minta Cha Keow Yen
– Thai Iced Green Tea dan Diah minum Kaffe Yen – Thai Iced Coffee. Memang padu
lah.
Suka dengan cawangan Boat Noodle
yang kami pergi ni (berdekatan dengan Nilai 3). Tempat dia bersih, staff dia peramah, tandas dalam keadaan
baik dan disediakan juga surau untuk kegunaan pelanggan.
Sempat la Diah berhenti solat
sementara tunggu emak habiskan makanan. Banyak juga perkara yang kami bualkan.
Ambil Peluang Cipta Kenangan
Manis
Waktu macam ini lah yang paling
Diah nantikan. Dapat keluar berdua dan layan karenah emak. Suka bila dapat tatap
muka emak.
Kalau boleh nak cipta banyak
kenangan dengan emak dan simpan segala memori bersama. Selalu doa moga Allah
murahkan rezeki supaya dapat tunaikan segala permintaan emak.
Selepas kehilangan arwah abah
pada tahun 2010, kami adik beradik belajar banyak perkara. Bila hilang sebelah
sayap dan hanya bergantung pada satu sayap ajar kami pentingnya hargai ketika
ada.
Moga Allah panjangkan umur kami
semua untuk berbakti dan balas jasa emak. Harapnya nanti, bila anak-anak dah
dewasa mereka juga teruja untuk melayan Diah sama macamana Diah menyantuni
emak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/07/me-time-makan-boat-noodle-dengan-emak.html