Tempat Makan Menarik Di Tanjung Bungah Penang Restaurant Lebanon The Garden
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempat Makan Menarik di Tanjung Bungah Penang : Restaurant Lebanon The Garden
Dinner tadi di Restaurant Lebanon The Garden di Tanjung Bungah Penang . Restoran yang menyajikan makanan autentik Timur Tengah yang terletak di sepanjang jalan Tanjung Bungah , berhadapan dengan Hotel Flamingo dan Hotel Rainbow Paradise Beach Resort.
Alang-alang dah menginap di Hotel Flamingo , so restoran ni sahaja yang paling dekat . Tak perlu drive hanya jalan kaki lintas ke seberang jalan sahaja dah sampai . Restoran ni memang sangat unik dari segi deko, dari segi alunan lagi memang menjadikan tempat ni sangat-sangat romantik .
Makanan dan minuman yang ada di sini tidak kurang hebat juga . Semuanya sedap . Harga .. Ok berpatutan . Dah nama pun restoran so harga tinggi jugak laa . Tapi tak mengapa hidangan semua boleh di katakan sedap-sedap belaka . Tak order banyak-banyak hidangan , cukup untuk makan berdua , boleh la merasa sorang sedikit . Tak habis nanti membazir pulak jadinya .
Milkshake Chocolate
Hangpa yang penggemar milkshake, antara minuman yang hangpa wajib order adalah milkshake chocolate . Memang sedap sangat-sangat , dan memang tak boleh lawan milkshake kedai lain laa . Ini yang paling sedap yang CCL pernah cuba . Harga RM18.00
Spring Roll with Thai Sauce
Ok untuk hangpa yang nak makan ringan-ringan sambil bersembang dengan kawan-kawan , kadang-kadang asyik order fries je kan ..jemu tak ?? Hah kalau hangpa singgah sini wajib cuba spring roll . Memang sedap tau . CCL boleh katakan spring roll ni bukan spring roll yang frozen macam kita beli di pasaraya tu . Ini lain dari lain . Bukan lain dari segi bahan , tapi dari segi kesedapan tu memang berbeza . Rangup dan dihidangkan bersama sos thai . Sos thai tue bukan kaleng-kaleng tau .. Bukan buka penutup botol terus tuang dan hidangkan pada customer . CCL boleh katakan chef di restoran ni dah custom semula sos thai tersebut memang rasanya unik sangat . Terpaling sedap . Harga RM15.00
Chicken Briyani
Menu ni order sepinggan kongsi untuk 2 orang makan . Portion nasi memang 2 orang makan memang sangat cukup . Kalau sorang makan , macam CCL ni dah tahu-tahu takkan habis . So memang decide order je satu pinggan and then share . Tak membazirkan . Beriani ayam ni memang sedap . Beras yang digunakan beras Basmathi memang cantik elok keadaan butir-butir nasi . Portion untuk ayam pun besar . Sedap . Harga RM34
Total dinner RM67.00 ..Sekali sekala rewards dirii masing-masing makan di restoran tak salah juga kan.
Untuk korang yang nak buat event kecil-kecilan seperti event birthday party sangat-sangat sesuai sebab tempat dan deko di sini memang cantik sangat-sangat . Untuk korang yang nak bajet cukup-cukup makan dan nak tahu harga dan makanan apa lagi yang menarik di sini , boleh terjah IG : https://instagram.com/lebanonrestaurant
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2023/07/tempat-makan-menarik-di-tanjung-bungah.html