Makan Di Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai Thailand


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku makan steamboat buffet yang sedap, meriah dan begitu menyelerakan di negara jiran, Thailand

Seperti mana yang anda tahu, pada bulan Jun yang lalu aku dan rakan-rakan blogger bersama-sama melancong ke Thailand dan perjalanan kami ke sana dibawa oleh Kopetro Travel. Untuk cerita penuh trip tersebut, boleh baca di ; https://www.aerill.com/2023/06/trip-ke-hatyai-4-hari-2-malam-bersama.html

Kali ini aku nak ceritakan lebih detail pengalaman aku mencuba makanan di Khlong Hae Seafood Buffet Halal, makanan apa yang ada, suasananya bagaimana serta harga bagi setiap pengunjung yang ingin datang menikmati steamboat di sini. In shaa Allah aku akan kongsikan sehabis baik pengalaman aku, jadi jemput baca sehingga ke penghujung ya

PENGALAMAN MAKAN DI KHLONG HAE SEAFOOD BUFFET HALAL
Baiklah, cerita dimulakan dengan hari tersebut merupakan hari pertama kami semua di Hatyai, Thailand. Setelah penat dengan lawatan di siang hari, dari pagi sehingga ke sebelah petang, kemudiannya baru check in ke hotel, dalam jam 4 petang macam tu kami ke Khlong Hae Seafood Buffet Halal ini


Lokasinya berdekatan sahaja dengan satu lagi tempat popular di Hatyai iaitu Khlong Hae Floating Market, jadi sebelum kami ke pasar di atas air tu, kami makan dulu di sini. Dari luar terpampang besar signboardnya! Deretan kereta pun dah mula memenuhi kawasan parking sekitar Khlong Hae Seafood Buffet Halal ni


Suasana dalamnya seperti yang anda boleh nampak dalam gambar diatas, memang meriah dengan pengunjung. Alhamdulillah, kami datang awal jadi orang agak ramai tetapi tidaklah seperti waktu dimana jumlah pengunjung adalah maksimum. Masih ada beberapa kawasan meja yang belum dipenuhi

JOM LIHAT APA YANG ADA DI KHLONG HAE SEAFOOD BUFFET HALAL !Sekarang tibalah masanya untuk aku ceritakan pula antara seafood dan makanan apa yang tersedia di sini. Memang banyak sebenarnya pilihan yang tersedia disini, untuk mereka yang menyukai seafood, aku pasti dan yakin sekiranya anda datang ke sini pasti akan tersenyum lebar dan tak pasti nak mulakan dengan juadah apa terlebih dahulu

Baiklah, untuk bahagian pertama aku akan tunjukkan antara pilihan seafood dan makanan perap yang tersedia


Seperti mana yang anda boleh nampak dalam gambar di atas, memang pilihannya sangat banyak dan yang paling penting segar. Jangan risau kalau macam dah nak habis, mereka akan tambah semula


Ada pelbagai jenis daging dan ayam yang diperap, dan anda boleh pilih mengikut kesukaan anda. Macam aku, aku suka ayam diperap dengan blackpepper. Macam aku, untuk bakar kali pertama, aku akan ambil semua jenis dalam kuantiti sedikit, kemudian aku akan pilih yang mana tersedap, dan aku akan ambil jenis itu sahaja untuk pembakaran seterusnya


Nah! Sesiapa peminat udang, inilah masanya untuk anda nikmatinya. Memang banyak udang dan memang besar saiznya. 

Pelbagai jenis kerang, kepah semuanya ada disini, jadi aku rasa memang berbaloilah untuk anda yang datang ke sini, terutamanya mereka yang meminati seafood. Sekiranya anda alergik dengan seafood, mungkin kurang berbaloi tetapi anda boleh cuba juga menu tanpa seafood di sini

Berikut pula adalah antara menu yang sudah siap dimasak, lauk-pauk, nasi, jeruk dan manisan


Kalau malas nak masak udang, nah anda boleh sahaja amik menu udang yang sudah siap dimasak, hanya perlu dikopek sahaja kulitnya


Selain itu, ada lauk-pauk lain yang tersedia dan sekiranya anda suka makan di kedai Tomyam, lauk-pauknya tiada beza rasanya. Walaupun dalam gambar diatas ada beberapa lauk yang kelihatan hampir habis, jangan risau mereka di dapur sedang menyiapkan menu yang sama untuk menambahnya semula. 


Banyakkan lauk-pauknya? Macam yang aku beritahu diatas tadi, sekiranya anda tak makan seafood, boleh sahaja makan makanan yang sudah siap dimasak. Untuk yang malas masak atau malas menunggu lama, bolehlah mengunyah makanan ringan terlebih dahulu


Antara manisan yang anda boleh cuba disini, memang banyak pilihan yang ada. 


Jeruk dan buah potong pun ada. Paling aku suka adalah buah mempelam yang agak muda. Memang aku ambil banyak dan hanya untuk dimakan sementara menunggu seafood siap dimasak

MASA UNTUK MASAK & MAKAN
Selesai bercerita bab juadah yang ada di sini, tibalah masa untuk aku ceritakan tentang proses memasak dan makan pula. Untuk maklumat, ada dua jenis tempat memasak yang disediakan, satu seperti barbeku ni, dengan jaring dan satu lagi adalah jenis yang boleh diletakkan sup. Ada gambar di bawah, nanti anda fahamlah macam mana


Pengalaman masak disini tidaklah seperti di steamboat mewah seperti Seoul Garden dan sebagainya sebab disini kehangatannya begitu dirasai. Kalau di steamboat lain mungkin menggunakan dapur gas dan sebagainya, disini mereka mengggunakan arang yang begitu panas membara

Kalau anda bawa anak-anak perlulah berhati-hati ya. Orang dewasa juga kalau jenis yang tak reti duduk diam pasti akan terjadi kecelakaan juga


Okay, kalau anda boleh lihat ada kepala ikan dan sebagainya dalam gambar diatas, mesti tertanya-tanya bagaimana nak masak kan? Jangan risau ada stesen khas untuk memasak ikan pilihan anda. Memang mudah sahaja, hanya perlu menunggu beberapa minit sahaja dan siap


Masing-masing begitu gembira ya menikmati makanan yang disediakan disini. Agak lama juga kami menghabiskan masa disini, mungkin sekitar 2 hingga 3 jam jugalah


Ya, gambar diatas ini adalah jenis yang anda boleh masak sup. Macam aku sendiri kurang sikir menggemari sup, untuk anda yang suka bolehlah pilih jenis ini


Gambar di atas dan dibawah ini adalah antara pilihan yang diambil. Nampak cantik dan tersusun je kan? Mestilah untuk ambil gambar. Selepasnya anda boleh bayangkan, makanan sudah siap, kemudian ditambah juadah-juadah lain, memang penuh meja dengan pinggan sahaja. Haha 

Kesimpulannya, aku rasa pengalaman makan di sini memang cukup berharga, pilihan makanan disini memang menjadi satu sebab utama untuk aku datang lagi ke sini sekiranya bercuti di Hatyai, Thailand. Rata-rata rakan-rakan blogger yang makan disini juga berpuas hati dengan semua makanan yang ada. Selain itu, aku juga pelik bagaimana arang tu boleh kekal tahan lama ya, memang berkali-kali juga bakar ayam dan udang, baranya masih membara. 🔥
HARGA KHLONG HAE SEAFOOD BUFFET
Oh ya, sebelum menamatkan artikel kali ini, harga bagi satu kepala di sini adalah 299 Baht iaitu mengikut pertukaran semasa artikel ini ditulis adalah sekitar RM39.80, dibundarkan menjadi RM40. Dengan harga sebegitu, aku rasa memang sangat berbaloi

Jadi sekiranya anda tak tahu nak makan apa di Hatyai, apa kata datang dan cuba makan di Khlong Hae Seafood Buffet Halal ya

KHLONG HAE SEAFOOD BUFFET HALAL

📍 85 11 Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
📞 +66 98 473 0031
FACEBOOK : https://www.facebook.com/khlonghaeseafood
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/07/makan-di-khlong-hae-seafood-buffet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Port Makan Budget All You Can Eat Breakfast Buffet At Just Rm7 And Lunch Buffet Rm12 Only

Port Makan Budget All You Can Eat Breakfast Buffet At Just Rm7 And Lunch Buffet Rm12 Only

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 178 hits
Restaurant Mr BOOM 1983 is a restaurant in Kuala Lumpur Malaysia that serves Indian and Western cuisine It is famous for its which is a type of flaky and crispy flatbread that is usually eaten with curry or sugar The restaurant was founded ...
Jalan Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan Kopetro Travel

Jalan Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan Kopetro Travel

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 276 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Apa khabar kawan kawan semua lama dah Maha tak update penulisan di blog ni Almaklumlah sekarang makin sibuk dengan tugasan hakiki Ta...
Doktor Kongsi Jenis Ikan Yang Bahaya Untuk Perkembangan Anak Lebih Baik Beri Anak Makan Ikan Kecil

Doktor Kongsi Jenis Ikan Yang Bahaya Untuk Perkembangan Anak Lebih Baik Beri Anak Makan Ikan Kecil

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 171 hits
Pernah tak anda terfikir sebenarnya ada jenis jenis ikan yang boleh memberi kesan tidak baik kepada pertumbuhan serta perkembangan anak anak Sebenarnya ada jenis jenis ikan yang tidak sesuai diberikan untuk anak anda seperti perkongsian dar...
T21h27 Contoh Nama Kedai Makan

T21h27 Contoh Nama Kedai Makan

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 323 hits
Mencari nama kedai makan unik sudah tentu adalah salah satu ciri ciri ketika mahu memberi nama kepada perniagaan kedai makan kita Tetapi nama kedai makan unik sahaja tidak memadai patut kena ada kata kunci yang menjelaskan jenis perniagaan ...
Makan Waffle Burger Kat Airport

Makan Waffle Burger Kat Airport

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 208 hits
Makan Waffle Burger kat Airport Haritu sementara menunggu flight balik JB aku ngan Marlissa makan Waffle Burger ni kat airport Kota Bharu Sultan Ismail Petra Saja ler nak try benda yang tak pernah dimakan Sedap tak sedap aku letak tepi dulu...
Mala Walking Cup Unik Jom Makan Steambot Di Mala Mini Hotpot Di One Utama

Mala Walking Cup Unik Jom Makan Steambot Di Mala Mini Hotpot Di One Utama

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum Tekak nak makan makanan pedas pedas dapat makan hotpot sedap pun okay nie Masa jalan jalan kat 1 Utama Shopping Centre kami singgah makan kat Mala Mini Hotpot Express Outlet wah halal mala nie Mala Walking Cup unik jom makan...
Video Terbongkar Dana Operasional Lukas Enembe Capai Rp1 Triliun Buat Makan Dan Minum

Video Terbongkar Dana Operasional Lukas Enembe Capai Rp1 Triliun Buat Makan Dan Minum

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 157 hits
Terungkap dana operasional Gubernur nonaktif Papua Lukas Enembe mencapai lebih dari Rp 1 triliun
Makan Sup Gear Box Di Twin Cafe Sup88

Makan Sup Gear Box Di Twin Cafe Sup88

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum WBTSELEPAS Pak Inche tanya nak makan atau nak makan Bihun Sup di Simpang Ampat Kedua dua lokasinya di Pulau Pinang Kalau dah makan Mee Sotong di mana pulak nak sumbat Bihun Sup Ini bukannya pasal biar menyesal makan dari men...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir