Makan Malam Di Mf Kitchen Tempat Makan Sedap Di Sekinchan
Selesai je urusan check in Padi Sentral Homestay, kakak kata nak makan di MF Kitchen Sekinchan. Sedap katanya sebab dorang satu family pernah makan kat sini sebelum ni. Orang dah suggest, kita pun ikutkan je lah. Elok jugalah dorang datang Sekinchan, tak perlu nak ke Sabak Bernam semula.
MF Kitchen pun tak jauh sangat dari Hotel kami, Padi Sentral Homestay. Laluan nak ke MF Kitchen pun laluan yang sama nak ke Pantai Redang. Pusing-pusing situ jugalah.
Semasa kami sampai, kebetulan kakak pun baru sampai. Resto MF Kitchen agak penuh juga. Mujurlah ada 2 meja yang masih kosong. Dapatlah kami cantumkan jadi satu meja besar.
Apa yang sedap di MF Kitchen ni? Anak buah kata, nasi goreng sotongnya sedap. Banyak pula tu. Menu western pun sedap-sedap katanya. Masing-masing pilih makanan masing-masing. Encik suami pesan nasi goreng sotong sebab nak rasa sedap ke tidak
Saya pula pesan nasi goreng chicken grilled. Western campur tradisional gitu. Awal-awal kami dah diberitahu kalau nasi goreng lambat sikit sebab tunggu nasi masak. Disebabkan kami ni tak lah nak cepat sangat dan tak lapar sangat. Jadi, okay je menunggu pun
Bila anak buah nak ambil gambar tak sedia, begitulah jadinya
Sementara menunggu minuman dan makanan, kakak ambil biscoff cheesecake. Merasalah seorang sikit sebab bukan nak makan sangat. Buat raso-raso sementara menunggu makanan utama sampai.
Kek yang agak manis dan based agak tebal. Makan kongsi-kongsi okaylah. Nak habiskan seorang rasa macam tak boleh masuk sangat melainkan memang teringin makan. Kalau nak sambut birthday kat MF Kitchen pun okay sangat sebab ada manisan seperti kek, cheesetart dan lain-lain lagi
Makanan satu-satu sampai. Makanan berasaskan pasta dah sampai dulu. Orang lain dah hampir habis makan baru makanan kita sampai. Air saya pesan air suam je.
Nasi goreng dia sedap betul. Cukup rasa dan cukup pedasnya. Chicken grilled dia elok masak sampai dalam dan juicy. Tak sia-sia menunggu lama. Penantian berbaloi! Cuma sos blackpepper dia so so je. Kurang kick sikit. Tapi hidangan ni memang sedap ikut selera saya lah.
Semua pinggan licin. Bila sedap, rasa sayang kalau tak dihabiskan. Porsi pun banyak. Kalau makan kongsi berdua pun boleh ni
MF Kitchen ni terletak di kawasan perumahan. Dihadapan kedai ada tarikan lain iaitu buaian ni. Bawa budak-budak boleh main buaian. Dorang ni dah bukan budak-budak. Remaja dah. Yang ringan tu boleh lah duduk buat-buat ambil gambar.
Sebelum berlalu pergi, jomlah kita ambil gambar kenangan di depan kedai MF Kitchen ni. Di tepi ni ada parit ke sungai kecil entah.
Special menu MF Kitchen boleh rujuk pada board yang disediakan di hadapan kedai kalau tak tahu nak makan apa di sini. Perkhidmatan dan layanan staff bagus, makanan pun sedap. Harga juga berpatutan. Recommended
Eh eh terselit pulak dak meow kat bawah tu. Nak datang makan disini silalah check dulu waktu operasi kedai MF Kitchen ni dulu. Risau kang sampai-sampai tutup pula
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/07/makan-malam-di-mf-kitchen-tempat-makan.html