Seluruh Negara Bagai Bandar Mati


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh fasa pertama selama dua minggu yang bermula semalam disambut baik rakyat di seluruh negara.
Tinjauan Kosmo! di bandar-bandar besar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi se­perti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru dan George Town didapati lengang.
Ibu negara yang menjadi tumpuan orang ramai mencari rezeki juga sunyi dengan jumlah ken­deraan yang minimum di atas jalan raya.
Kehadiran orang awam di lokasi-lokasi tumpuan di Kuala Lumpur seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Bukit Bintang juga berkurangan.

Seorang peniaga kedai makan, Mohd. Sulaiman Yusof berkata, pengunjung yang datang ke premisnya untuk membungkus makanan tidak serancak hari biasa kerana banyak pejabat di sekitar Pasar Seni ditutup.
“Biasanya, sebaik kedai dibuka pukul 9 pagi, pelanggan mula serbu untuk bersarapan.
“Saya sudah menjangkakan keadaan ini, namun bersyukur kerana masih dibenarkan bero­perasi,” katanya ketika ditemui.
Pekerja swasta, Mohd. Nazirul Abdul Jalil pula berkata, keadaan di dalam tren semalam tidak sesak berbanding sebelum ini.
“Selalunya tren penuh, namun hari ini berkurangan kerana ada yang bekerja dari rumah. Saya pula masuk pejabat ikut sistem penggiliran,” katanya.
Di Shah Alam, pihak berkuasa mengambil langkah menutup lokasi tumpuan termasuk Dataran Kemerdekaan bagi menge­lakkan kehadiran orang ramai.
Beberapa pusat beli-belah juga juga kelihatan sunyi.
Seorang pekerja pusat beli-belah Plaza Shah Alam yang enggan dikenali berkata, kehadiran pengunjung adalah terkawal dan hanya seorang wakil keluarga dibenarkan untuk membeli barangan keperluan.
Sementara itu, seorang pe­ngunjung dikenali sebagai Ahmad, 40, pula berkata, penguatkuasaan yang lebih ketat menyebabkan orang ramai patuh arahan duduk di rumah.
Di George Town pula, rata-rata penduduk di bandar raya itu memberi kerjasama baik dengan berada di rumah masing-masing semalam.
Tinjauan mendapati hanya kenderaan perdagangan, motosikal penghantar makanan dan kereta persendirian yang mempunyai surat kebenaran bekerja berada di atas jalan raya.
Di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu arah Jambatan Pulau Pinang di sini pula, lima buah kereta diarahkan berpatah balik kerana tiada surat kebenaran rentas daerah.
Keadaan sama berlaku di Johor Bahru apabila tinjauan di Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Wong Ah Fook di sini lengang.
Suasana kompleks beli-belah berdekatan seperti Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Johor Bahru City Centre (JBCC) dan Johor Bahru City Square (JBCS) di sini juga suram tanpa kehadiran pengunjung.
Di Ipoh, orang ramai yang mempunyai kebenaran keluar bekerja dilihat lebih berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka dua lapis selain tiada barisan panjang untuk membeli barang keperluan.
Tinjauan di Pasaraya TF dan tempat perniagaan tumpuan mendapati keadaan terkawal dan pihak pasar raya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memeriksa status pelanggan di aplikasi MySejahtera.
Melalui pelaksanaan PKP Penuh fasa pertama ini, kerajaan menganggarkan dapat mengurangkan pergerakan kira-kira 13.5 juta individu yang bekerja kepada 1.5 juta orang berbanding 15 juta orang sebelum ini.
sumber: Kosmo Online
The post Seluruh negara bagai ‘bandar mati’ appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/seluruh-negara-bagai-bandar-mati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 255 hits
Sementara angka kes Covid19 terus menunjukkan trend peningkatan yang ketara kerajaan nampaknya masih gagal bertindak pantas serta tuntas untuk menanganinya Dalam saat saat kritikal seperti sekarang Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin pula te...
Jawatan Terkini 7 Eleven Kekosongan Seluruh Negara

Jawatan Terkini 7 Eleven Kekosongan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 337 hits
Jawatan Terkini 7 Eleven Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ini telah...
Apakah Ini Erti Pembangunan Sebenar Sehingga Mati Habis Jati Diri Negara

Apakah Ini Erti Pembangunan Sebenar Sehingga Mati Habis Jati Diri Negara

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 267 hits
Apakah PBT dan GLC sudah buta mata hati MENYAMBUNG coretan sebelum ini nama nama bangunan dan taman semakin tidak mencerminkan jati diri negara Nama negara dan negeri negeri begitu klasik dan penuh dengan makna Tanah Melayu Malaysia Kuala L...
Terkini Mkn Pertimbang Total Lockdown Seluruh Negara

Terkini Mkn Pertimbang Total Lockdown Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 350 hits
gemilangdaily comMesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang bersidang awal hari ini telah memberi pertimbangan penuh untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh seperti mana PKP 1 0 yang dijalankan pada tahun lepas Sumber...
28 Lokaliti Di Seluruh Negara Dikenakan Pkpd

28 Lokaliti Di Seluruh Negara Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 237 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Peningkatan kes Covid 19 menyaksikan buat julung kali sejumlah 28 lokaliti di seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula lusa Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabr...
Total Lockdown Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Total Lockdown Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 308 hits
554 total views 554 views today Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai Pengurusan Covid 19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown...
Peringatan Hari Ibu Di Indonesia Dan Berbagai Negara

Peringatan Hari Ibu Di Indonesia Dan Berbagai Negara

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 419 hits
Pada setiap tanggal 22 Desember kita memeringati hari ibu Peringatan hari ibu di Indonesia secara umum dirayakan dengan memberikan ucapan selamat hadiah penghormatan dan juga membebaskan ibu dari tugas sehari hari mereka di rumah Pada tangg...
Persatuan Sepak Takraw M 039 Sia Kini Bagai Nyawa Nyawa Ikan

Persatuan Sepak Takraw M 039 Sia Kini Bagai Nyawa Nyawa Ikan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Sepak Takraw Malaysia yang bagaikan tinggal nyawa nyawa ikan berikutan konflik yang melanda persatuan itu diharap dapat menggunakan ruang yang ada untuk menyelamatkan keadaannya Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof be...
Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 305 hits
Penulisan kecil ini tiada sangkutan dengan mana mana parti politik tetapi sekadar pandangan dari penulis yang bukan ahli politik bukan ahli ekonomi atau sebarang pakar Ini ialah pandangan sebagai rakyat jelata yang melihat satu keadaan yang...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord