Mca Tolak Melayu Islam Kenapa Pas Bungkam



Lebih 24 jam Presiden MCA Wee Ka Siong menolak kerajaan Perikatan Nasional dikaitkan dengan Melayu atau Islam, Pas masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengecam atau meminta MCA menjelaskan lebih lanjut.
Situasi ini amat berlawanan ketika Pas menjadi pembangkang. Ucapan yang kurang ‘menyerang’ seperti dikeluarkan Wee pun akan mendapat serang balas daripada tentera siber Pas dan pimpinan peringkat pertengahan.
Pengarah Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin mempersoalkan sikap bungkam atau berdiam diri Pas tersebut. Beliau mempersoalkan apakah Pas telah menggadaikan prinsip Islamnya?
“Pas sudah gadai prinsip Islam demi MCA? Pas lebih utamakan MCA berbanding Islam? Pas melutut dengan MCA? Pas jadi khadam MCA? Pas jual Islam kepada MCA?” soal Zolkharnain dalam akaun Facebooknya.
Justeru katanya, sikap Pas itu menunjukkan pemimpin Pas yang tidak konsistan sekali gus membuktikan Pas bukanlah rakan politik yang baik
Dakwanya, Pas juga hanya menjual Islam untuk mendapat undi, buktinya apabila MCA tidak mahu negara Melayu Islam akhirnya Pas membungkam.
Terdahulu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, beliau tidak mahu mendengar orang berkata kerajaan hari ini adalah kerajaan Melayu Islam.
Beliau duduk bersama-sama membantu perdana menteri dan kebinet hari ini untuk menggambarkan negara Malaysia sebuah negara majmuk.
Wee merupakan satu-satunya wakil rakyat berbangsa Cina dilantik sebagai menteri dalam kabinet Muhyiddin. Tiga dari MCA yang lain dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Zolkharnain berkata, semasa pilihanraya kecil Tanjung Piai, Pas bukan sekadar berkempen untuk calon MCA menentang Pakatan Harapan bahkan memfatwakan ahlinya perlu memberi undi kepada calon parti itu, seorang Cina bukan Islam.
Suatu ketika dulu, katanya, Pas pernah menjadikan MCA sebagai alasan untuk parti itu menentang Umno dengan alasan Umno bekerjasama dengan MCA iaitu parti bukan Islam.
“Kata Pas, dari sudut Islam, tidak harus bekerjasama dengan orang bukan Islam termasuk dalam konteks politik Malaysia.
“Bahkan antara alasan yang diguna untuk mempersoalkan aqidah pemimpin Umno ialah kerjasama parti itu dengan parti bukan Islam MCA,” ujar beliau
Namun begitu, katanya perubahan lanskap politik menjadikan Pas menarik ‘brek tangan’ terhadap sikap kritikalnya dengan parti bukan Islam.
Perubahan itu, katanya membawa Pas bekerjasama dengan DAP melalui Pakatan Rakyat sehingga gabungan itu berjaya membentuk kerajaan misalnya di Perak.
“Di sana-sini terpampang gambar pemimpin Pas menjulang tangan bersama pemimpin DAP. Bahkan pemimpin utama Pas menyebut, DAP bukanlah musuh Islam kerana parti itu mempertahankan Pas apabila diserang oleh Umno.
“Dalam DAP ada orang Melayu Islam. Dari sudut ini DAP lebih baik daripada MCA. Bahkan ada Melayu Islam dalam DAP menjadi wakil rakyat parti itu,” tambah beliau.
Katanya, Pas yang termakan hasutan Umno akhirnya berpatah arang dengan DAP apabila Pas mengitar semula alasan yang diguna terhadap MCA, parti itu musuh Islam.
“Alasan seperti tolak hudud, lawan RUU 355, tidak mahu negara Islam dan anti ulama diguna untuk berpatah arang dengan DAP.
“Akhirnya Pas tidak bersama lagi dalam PR kerana dalam pakatan itu ada DAP. Sehingga kini sesiapa saja yang bekerjasama politik dengan DAP dianggap musuh Islam oleh Pas.
“Pada masa yang sama Pas memuji MCA pula kononnya lebih beradab berbanding DAP. Padahal, jika alasan tolak hudud diguna, MCA juga anti hudud, MCA juga tidak menerima RUU 355.
“Tapi Pas memejam mata terhadap MCA dengan semua hal itu. Pas tetap memilih MCA menjadi rakan setia politiknya. MCA dipuji sebagai lebih baik daripada DAP,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26732

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Tidak Mahu Negara Melayu Islam Di Mana Pendirian Pas

Mca Tidak Mahu Negara Melayu Islam Di Mana Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 292 hits
Pas satu satunya parti Islam yang kini diberi tempat di dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional didakwa membisu setelah MCA secara terang terangan tidak mahu negara ini dikenali sebagai negara Melayu Islam Pengarah Syariah AMANAH Nasi...
Ingatkan Dap Rupanya Mca Pun Tak Mahu Kerajaan Melayu Islam

Ingatkan Dap Rupanya Mca Pun Tak Mahu Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 373 hits
Sejak Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke 14 Umno dan Pas memfitnah kononnya Melayu dan Islam terancam di bawah kerajaan dikuasai DAP Namun setelah kerajaan PH digulingkan menteri Cina dalam kerajaan kudeta Perikatan Nasional pula m...
Mahathir Tolak Saya Tapi Majoriti Orang Melayu Sokong Kata Anwar Ibrahim

Mahathir Tolak Saya Tapi Majoriti Orang Melayu Sokong Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 422 hits
Bukan orang Melayu yang tolak saya tapi Dr Mahathir Mohamad Itu bidas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana falsafah politiknya yang liberal Tun Mah...
Politik Melayu Majoriti Tolak Anwar Dan Tun

Politik Melayu Majoriti Tolak Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 342 hits
Jika Tun dan Anwar bergabung membuat serangan politik ke atas Muhyiddin dan jika Parlimen benar demokrasi MUSTAHIL Muhyiddin tidak tumpas Tetapi di mana kah keberuntungannya
Bila Pula Orang Bukan Pas Tidak Islam Mahathir Makin Merapu Setelah Tersingkir Sebagai Pm

Bila Pula Orang Bukan Pas Tidak Islam Mahathir Makin Merapu Setelah Tersingkir Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 217 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata DAP telah berubah dan tone down permintaan berdasarkan realiti politik Bukan persepsi saya berubah tetapi mereka yang berubah kata Dr Mahathir kepada Sinar Harian dalam satu wawancara yang d...
Tun M Dakwa Orang Melayu Tolak Dsai Kerana Berfahaman Liberal

Tun M Dakwa Orang Melayu Tolak Dsai Kerana Berfahaman Liberal

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 317 hits
Ahmad Zulfadzli Tun M dakwa orang Melayu tolak DSAI kerana berfahaman liberal Ni satu lagi tuduhan dangkal dari seorang so called negarawan Di pengakhiran hidup pada umur yang nak masuk 100 tahun dia memilih untuk memburukkan rakan politikn...
Perlu Bijaksana Satukan Umat Melalui Elemen Islam Presiden Pas

Perlu Bijaksana Satukan Umat Melalui Elemen Islam Presiden Pas

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 268 hits
Bijaksana pemimpin bawa umat kepada IslamKUALA LUMPUR Kepimpinan yang menerajui sistem pentadbiran pemerintahan memerlukan kebijaksanaan ke arah menyatukan manusia berdasarkan kepada elemen elemen yang wujud dalam ajaran Islam Demikian itu ...
Melayu Tolak Anwar Tidak Betul Abdullah Sani

Melayu Tolak Anwar Tidak Betul Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 374 hits
Abdullah Sani Gambar kecil Muka depan Sinar Harian semalam SHAH ALAM Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna