Mb S Gor Arah Wujudkan Polisi Papan Tanda Jelas



Menteri Besar Selangor Amirudin Shari telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han membuat kajian terperinci berkenaan papan tanda supaya wujud satu polisi yang jelas untuk memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau menambah, isu itu timbul berikutan pelaksanaan papan tanda tidak mendapat pelepasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika Mesyuarat Kerajaan Negeri dijalankan pada 2017, dan beliau mengambil sikap tidak mahu menuding jari siapa yang patut dipersalahkan.


Loading...
"Saya sudah menyemak isu ini, dan perkara itu (pelaksanaan papan tanda) tidak pernah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sepatutnya perlu melepasi DBP dahulu sebelum diluluskan kerajaan negeri. Isu ini timbulpun di kawasan majoriti Cina dan saya tidak mahu fokus siapa yang patut dipersalahkan.

"Jadi saya telah mengarahkan Exco Kerajaan Tempatan (Ng) untuk membuat kajian terperinci supaya satu polisi yang jelas dan seragam dapat direncanakan dalam usaha memartabat bahasa kebangsaan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah satu blok pangsapuri kos sederhana di Kuala Lumpur hari ini.



Beliau turut mengumumkan melalui pembentangan Bajet Negeri Selangor pada Jumaat ini bahawa satu rangka berkaitan pembiayaan perumahan dengan pakej 'hampir sempurna' adalah untuk memudahkan rakyat memilik rumah mampu milik melalui projek Rumah Selangorku 2.0.

"Kerajaan negeri dengan kerjasama Menteri Besar Diperbadankan (MBI) akan mengumumkan dalam Bajet Negeri Selangor berkaitan satu rangka kaedah pembiayaan perumahan bagi rakyat melalui projek Rumah Selangorku 2.0."

Kita harap dengan inisiatif ini dapat memudahkan rakyat membeli rumah mampu milik berikutan harga tanah dan rumah yang sangat mahal di kawasan bandar di negeri ini, dan juga menangani masalah mereka untuk mendapatkan pendahuluan perumahan sebanyak 10 peratus,” katanya.

Berkaitan projek pangsapuri itu, ia adalah kesinambungan daripada sebahagian rancangan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada 2004 untuk memajukan tanah di kawasan sekitar Mukim Batu, Daerah Gombak bagi menempatkan semula penduduk asal yang mendiami setinggan rumah panjang di tapak projek itu.

Menurutnya, blok pangsapuri kos sederhana yang akan dibina berhadapan dengan Pangsapuri Permai itu akan turut dilengkapi pelbagai fasiliti untuk bakal pemilik.

Beliau berkata Projek Fasa 2A ini akan membabitkan pembinaan 340 unit pangsapuri 10 tingkat yang terbahagi kepada tiga blok dan sebanyak 120 unit dijangka akan mula dibina dalam masa terdekat termasuk surau, dewan serbaguna dan tadika.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/mb-sgor-arah-wujudkan-polisi-papan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Arah Turun Papan Tanda Pelbagai Bahasa

Sultan Arah Turun Papan Tanda Pelbagai Bahasa

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 428 hits
Sultan Selangor menitahkan supaya semua papan tanda yang menggunakan dua bahasa di Shah Alam diturunkan dan digantikan dengan bahasa Melayu secepat mungkin Menurut satu kenyataan setiausaha sulitnya Mohamad Munir Bani penukaran tersebut dih...
Sultan Selangor Arah Tanggal Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam

Sultan Selangor Arah Tanggal Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 606 hits
Diterbitkan 19 Nov 2018 5 04 petangSultan Selangor menitahkan supaya semua papan tanda yang menggunakan dua bahasa di Shah Alam diturunkan dan digantikan dengan bahasa Melayu secepat mungkin Menurut satu kenyataan setiausaha sulitnya Mohama...
Kerja Ganti Papan Tanda Bahasa Cina Sedang Dilakukan Mbsa

Kerja Ganti Papan Tanda Bahasa Cina Sedang Dilakukan Mbsa

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 383 hits
SHAH ALAM Kerja kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat demikian menurut Majlis Bandaraya Shah Alam Dalam satu kenyataan di sin...
Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam Diturunkan Berperingkat

Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam Diturunkan Berperingkat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 961 hits
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata tindakan segera diambil pihaknya dengan menurun dan menggantikan papan tanda tulisan Cina dengan bahasa Melayu sahaja Kerja menurunkan papan tanda tulisan Cina di sini ...
Penguatkuasaan Lebih Tegas Isu Bahasa Melayu Di Papan Tanda

Penguatkuasaan Lebih Tegas Isu Bahasa Melayu Di Papan Tanda

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Tidak mahu polemik penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda berpanjangan selepas ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dalam usaha mengkaji semula polisi lama berhubung perkara itu Menterinya Zuraida Kamaruddin ...
Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan

Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 269 hits
Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda DitanggalkanSeorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya