Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam Diturunkan Berperingkat



Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata tindakan segera diambil pihaknya dengan menurun dan menggantikan papan tanda tulisan Cina dengan bahasa Melayu sahaja. (Bernama) – Kerja menurunkan papan tanda tulisan Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat, demikian menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata tindakan segera diambil pihaknya dengan menurunkan papan tanda itu hari ini.
“MBSA menjunjung titah Sultan Selangor agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina digantikan dengan papan tanda jalan yang memaparkan bahasa Melayu sahaja,” katanya.
Semalam, Sultan Sharafuddin dilaporkan menitahkan semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan Cina digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa sahaja, iaitu bahasa Melayu.
Titah itu disampaikan Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Menurut kenyataan itu, operasi penukaran papan tanda jalan itu hendaklah dilaksanakan dengan segera dan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-73 Sultan Selangor pada 11 Disember ini.
Sebelum ini, seorang penduduk Shah Alam memuat naik catatan di Twitternya mempersoalkan kewajaran papan tanda jalan di kawasannya dalam bahasa Cina.
Kenyataan itu yang tular dalam media sosial turut mempersoalkan kedudukan tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda jalan tersebut.
MBSA ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter tersebut memaklumkan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Januari 2017 memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa, selain tulisan Rumi.
Menurut MBSA, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi, manakala di kawasan kampung baharu menggunakan tulisan Cina bersesuaian komuniti penduduk di kawasan tersebut.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/20/papan-tanda-tulisan-cina-di-shah-alam-diturunkan-berperingkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Arah Tanggal Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam

Sultan Selangor Arah Tanggal Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 747 hits
Diterbitkan 19 Nov 2018 5 04 petangSultan Selangor menitahkan supaya semua papan tanda yang menggunakan dua bahasa di Shah Alam diturunkan dan digantikan dengan bahasa Melayu secepat mungkin Menurut satu kenyataan setiausaha sulitnya Mohama...
Mbsa Mula Turunkan Papan Tanda Jalan Tulisan Cina

Mbsa Mula Turunkan Papan Tanda Jalan Tulisan Cina

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 613 hits
MAJLIS Bandaraya Shah Alam hari ini dilapor memulakan kerja kerja bagi menurunkan papan tanda nama jalan yang ditulis dalam bahasa Mandarin selepas ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Dalam satu kenyataan media yang d...
Ganti Papan Tanda Tulisan Cina Sultan S Ngor

Ganti Papan Tanda Tulisan Cina Sultan S Ngor

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 802 hits
KUALA LUMPUR Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda jalan dalam Bahasa Melayu Titah itu disampaikan pada hari ...
Sultan Selangor Titah Papan Tanda Tulisan Cina Ditanggalkan

Sultan Selangor Titah Papan Tanda Tulisan Cina Ditanggalkan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 614 hits
THE MALAYSIAN TIMES SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iait...
Tahniah Pahang Tulisan Jawi Untuk Papan Tanda Jalan Premis Perniagaan Dan Taman Perumahan

Tahniah Pahang Tulisan Jawi Untuk Papan Tanda Jalan Premis Perniagaan Dan Taman Perumahan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 510 hits
Tahniah Pahang kerana mendaulatkan tulisan jawi tulisan jawi adalah tulisan untuk bahasa kebangsaan selain tulisan rumi sila rujuk seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 PEMANGKU Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Menteri...
Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


High Voltage High Speed Utility Giant Tnb Makes Rtd S Fast And Furious List Of Shame

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Unreciprocated Handshake Between Pm Anwar With Thai Girls Draw Scrutiny Pr Disaster Or Just A Small Issue

Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Violence In Schools Caning Is Not The Answer

Banning Smartphones For Under 16s Unrealistic Doesn T Address Root Causes Of School Violence