Penguatkuasaan Lebih Tegas Isu Bahasa Melayu Di Papan Tanda


KUALA LUMPUR - Tidak mahu polemik penggunaan  bahasa Melayu pada papan tanda berpanjangan selepas ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dalam usaha mengkaji semula polisi lama berhubung perkara itu.



Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, untuk itu kementeriannya selepas ini akan mengeluarkan peraturan yang lebih tegas berhubung penggunaan bahasa Melayu itu bagi memastikan bahasa Kebangsaan diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Dalam pada itu katanya, ketegasan itu perlu dilakukan kerana penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda iklan telah lama ditetapkan.
“Buat masa ini polisi berhubung pemasangan papan tanda jalan adalah di peringkat negeri, bukan Persekutuan.
“Insya-ALLAH kementerian akan mengkaji semula dan mengeluarkan garis ketetapan lebih tegas,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, aktivis masyarakat, Datuk Mohd Razlan Rafii menerusi media sosial mempersoalkan kewujudan papan tanda jalan yang menggunakan dwibahasa termasuk bahasa Mandarin, sedangkan kebiasaannya menggunakan bahasa Melayu menerusi prosedur kelulusan pihak berwajib.
Beliau turut menempelak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kini dilihat seperti tiada kuasa dalam proses kelulusan penggunaan bahasa pada papan tanda sebelum menyarankan agar institusi itu ditutup sahaja jika sudah tiada kuasa dalam bidangnya.
Rentetan itu,  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda menggunakan hanya bahasa Melayu.
Arahan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dengan salinan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Penukaran papan tanda itu hendaklah dilakukan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan pada 11 Disember depan.
Sumber : Sinar Harian
Kita tidak pernah membantah penggunaan bahasa dan tulisan ibunda bangsa lain bahkan toleransi yang terjamin ini tidak ada di negara lain melainkan di negara ini tetapi perlulah rasional jangan kerana nak sama rasa sama rata kita menghina rasa kebangsaan bahasa kita, bahasa Melayu... 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/penguatkuasaan-lebih-tegas-isu-bahasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Papan Tanda Bahasa Cina Keputusan Kerajaan Negeri Khalid Samad

Isu Papan Tanda Bahasa Cina Keputusan Kerajaan Negeri Khalid Samad

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 377 hits
Astro Awani KHALID Kalau Sultan sudah keluarkan titah kita kena akur BERNAMA Fail PUTRAJAYA Penggunaan papan tanda nama jalan dalam bahasa Cina adalah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor kata Menteri Wilayah Persekutua...
Sultan Arah Turun Papan Tanda Pelbagai Bahasa

Sultan Arah Turun Papan Tanda Pelbagai Bahasa

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 422 hits
Sultan Selangor menitahkan supaya semua papan tanda yang menggunakan dua bahasa di Shah Alam diturunkan dan digantikan dengan bahasa Melayu secepat mungkin Menurut satu kenyataan setiausaha sulitnya Mohamad Munir Bani penukaran tersebut dih...
Sultan Selangor Menegur Prihal Papan Tanda Yang Ada Bahasa China Mbsa Terus Ambil Tindakan

Sultan Selangor Menegur Prihal Papan Tanda Yang Ada Bahasa China Mbsa Terus Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 429 hits
MBSA mula buang semua papan tanda jalan dua bahasa PETALING JAYA Majlis Bandaraya Shah Alam mula mengeluarkan semua tanda jalan dua bahasa dan menggantikannya dengan hanya Bahasa Melayu Tindakan segera telah diambil oleh pegawai kami untuk ...
Kerja Ganti Papan Tanda Bahasa Cina Sedang Dilakukan Mbsa

Kerja Ganti Papan Tanda Bahasa Cina Sedang Dilakukan Mbsa

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 376 hits
SHAH ALAM Kerja kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat demikian menurut Majlis Bandaraya Shah Alam Dalam satu kenyataan di sin...
K Jaan Dulu Sekarang Tak Ada Pendirian Jelas Isu Bahasa Melayu

K Jaan Dulu Sekarang Tak Ada Pendirian Jelas Isu Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 364 hits
Kerajaan perlu menyatakan pendirian yang tegas mengenai kedudukan bahasa Melayu agar tidak terpinggir dalam mendepani cabaran semasa kata Sasterawan Negara Dr Anwar Ridhwan Anwar berkata kerajaan terdahulu dan sekarang tidak memberi isyarat...
Penelitian 11 Tanda Otakmu Lebih Encer Daripada Kebanyakan Orang

Penelitian 11 Tanda Otakmu Lebih Encer Daripada Kebanyakan Orang

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 170 hits
11 Tanda kecerdasan yang menunjukkan otakmu lebih encer daripada kebanyakan orang Antara lain lahir sebagai anak pertama memiliki selera humor bagus bisa bermain alat musik punya rasa ingin tahu tinggi dan mudah gelisah
Sandiaga Lebih Tertarik Sembako Mahal Ketimbang Jokowi Mau Tabok Penyebar Isu Pki

Sandiaga Lebih Tertarik Sembako Mahal Ketimbang Jokowi Mau Tabok Penyebar Isu Pki

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 285 hits
Presiden Joko Widodo kesal dan ingin mencari serta menabok orang yang menyebarkan isu dirinya adalah aktivis PKI Calon wakil presiden nomor urut 02 Sandiaga Salahudin Uno menolak menanggapi pernyataan Jokowi itu
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri