Mayat Dua Remaja Yang Di Lapor Hilang Dua Minggu Lalu Telah Di Temui Di Dalam Alphard


 

KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan dua remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing, minggu lalu terjawab selepas mayat kedua-duanya ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di ruang parkir bawah tanah sebuah bangunan residensi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Ahad lalu.
Kedua-dua mayat remaja berusia 19 tahun ditemui selepas polis menerima aduan daripada orang awam pada jam 8.26 malam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata susulan laporan diterima, sepasukan anggota polis dari Bandar Salak Selatan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui mayat seorang seorang perempuan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki di bahagian penumpang belakang kenderaan terbabit.
"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua mangsa serta tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Idzam berkata, dua laporan polis mengenai kehilangan dua mangsa diterima daripada keluarga masing-masing pada 23 dan 24 Mei lalu, masing-masing di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.
Katanya, laporan polis dibuat selepas keluarga gagal menghubungi kedua-dua mangsa.
Menurut beliau, seorang mangsa adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam manakala seorang lagi bakal masuk ke sebuah maktab perguruan.
"Siasatan awal mendapati hubungan kedua-dua mangsa adalah rakan dan bukan penduduk di residensi terbabit.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut diteruskan," katanya.
Kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat dan pada masa ini laporan penuh bedah siasat belum konklusif.
Muhammad Idzam berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.
Maklumat boleh disalurkan terus kepada Ketua Polis Balai Salak Selatan, Inspektor Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051.
Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/mayat-dua-remaja-di-lapor-hilang-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Warga Emas Dari Temerloh Di Temui Mati Lemas Di Kemaman Isteri Masih Hilang

Lelaki Warga Emas Dari Temerloh Di Temui Mati Lemas Di Kemaman Isteri Masih Hilang

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 284 hits
CHUKAI Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki kira kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk Kijal di Kemaman dekat sini awal pagi semalam Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir 60 ditemui pada jarak kira kira d...
Mayat 2 Sahabat Ditemui Dalam Toyota Alphard Dipercayai Telah Mati Sejak 4 5 Hari Lalu

Mayat 2 Sahabat Ditemui Dalam Toyota Alphard Dipercayai Telah Mati Sejak 4 5 Hari Lalu

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 172 hits
Kehilangan dua sahabat yang dilaporkan hilang di Kuala Selangor pada 25 Mei lalu akhirnya terjawab apabila orang awam menemui mayat mereka di dalam sebuah kenderaan MPV di kawasan tempat letak kereta bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisu...
Dua Lelaki Temui Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit

Dua Lelaki Temui Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 185 hits
KUALA SELANGOR Dua lelaki termasuk seorang kakitangan Kementerian Kesihatan yang sedang menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 11 5 Jalan Kuala Selangor Kuala Lumpur dekat Bukit Rotan di sini maut dirempuh sebuah lori semalam Dalam k...
Sambal Balado Resipi Asli Dari Indonesia Boleh Tahan Dua Minggu

Sambal Balado Resipi Asli Dari Indonesia Boleh Tahan Dua Minggu

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 137 hits
Kalau resipi sambal balado dari Indonesia semestinya menjadi kalau dicuba Macam resipi sambal balado ni yang dikongsikan Mazliana Mazlan di Facebooknya Kalau korang peminat sambal gerenti nak cuba resipi ni simpan resipi ni elok elok sebelu...
Hilang Ketika Open House Ibu Terduduk Lihat Mayat Anak Ditemukan Lemas

Hilang Ketika Open House Ibu Terduduk Lihat Mayat Anak Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 112 hits
Kanak kanak perempuan yang dilaporkan hilang di rumah rakit milik bapanya di Bukit Rangin Kuantan sejak Jumaat ditemukan lemas di sungai berhampiran kira kira jam 11 35 pagi tadi Menurut laporan Utusan Online mangsa Siti Nur Athhiya Sofea M...
Sempat Suap Lemang Rendang Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya

Sempat Suap Lemang Rendang Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 116 hits
Kanak kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang ketika majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin Kuantan malam 27 Mei Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Siti N...
Video Ramai Terhibur Reaksi Almy Nadia Bila Anak Meng4du Kasut Hilang

Video Ramai Terhibur Reaksi Almy Nadia Bila Anak Meng4du Kasut Hilang

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 162 hits
Tidak dinafikan kadang kadang telatah kanak kanak boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka Sesekali bila melayan telatah mereka kita akan merasa lega dan terasa tekanan akan hilang bila berdepan dengan kanak kanak yang comel...
Side Income Yang Hilang

Side Income Yang Hilang

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 158 hits
Sila download sebelum kami buangOk Hari ni saya nak cerita bab Side Income Yang Hilang Buku ini saya buat khas untuk anda Saya berusaha untuk berkongsi dengan apa yang saya sedang buat sekarang ini Sebelum ia dipadamkan Sila Sistem ini yang...
Siti Nur Athhiya Soffea Ditemui Lemas 1 5 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Siti Nur Athhiya Soffea Ditemui Lemas 1 5 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 210 hits
Siti Nur Athhiya Soffea Muhammad Sukri yang dilaporkan hilang ketika majlis jamuan hari raya yang dianjurkan keluarganya pada malam Jumaat lalu ditemui lemas pagi Ahad 29 Mei 2022 Pegawai Perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malays...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang