Masyarakat Akur Disiplin Guna Pelitup Muka Patuhi Sop


KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Masyarakat umumnya akur dengan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berkuat kuasa mulai hari ini.
Pemerhatian Bernama di sekitar ibu kota hari ini mendapati masyarakat sudah mula serius memakai pelitup muka khususnya di kawasan tumpuan dengan memakainya sebaik sahaja keluar dari kenderaan masing-masing.
Jurujual, M. Sri Mathavan, 18, berkata keluarganya yang agak besar dan mempunyai adik kecil di rumah merupakan faktor yang mendorong beliau untuk sentiasa beringat memakai pelitup muka semasa bekerja.
“Saya ada tujuh adik-beradik dan adik bongsu saya masih bayi, saya bimbang akan bawa Covid-19 ke rumah, jadi saya ikut semua saranan yang ditetapkan kerajaan seperti cuci tangan dan mandi sebelum berkumpul bersama mereka.
“Apa yang kerajaan buat ini adalah tepat, semestinya saya akan patuh kerana tidak mampu untuk membayar denda itu. Setiap hari saya akan bawa bersama sekurang-kurangnya tiga pelitup muka,” katanya.
Senada dengan Sri Mathavan, seorang peniaga kedai jam, Ng Nam Fooi, 62, berkata penguatkuasaan pelitup muka adalah bagi menjamin keselamatan orang ramai.
“Setiap hari saya berurusan dengan pelanggan. Ini memerlukan saya untuk memakai pelitup muka. Sebelum penguatkuasaan ini dilakukan lagi, saya telah memakainya setiap hari ketika bekerja atau berada di tempat awam.
“Ketika ini, bekalan pelitup muka untuk keluarga mencukupi iaitu kami mempunyai 50 keping pelitup muka. Jika bekalan ini berkurangan, saya akan segera menambahnya mengikut keperluan. Setakat ini, harga pelitup muka yang saya beli adalah berpatutan dan penjual tidak mengaut keuntungan yang berlebihan,” katanya.
Puteri Nur Anisa Megat Ismail, 29, pula berkata kebersihan dan kesihatan menjadi keutamaan kepada diri serta keluarganya pada ketika ini.
“Masing-masing kena ingat dan kawalan kendiri itu penting kerana wabak ini musuh paling bahaya dan digeruni. Saya sendiri mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengenangkan yang tinggal sebumbung dengan saya adalah ibu yang berusia 65 tahun. Anak saudara saya berusia empat tahun juga sering ke rumah,” katanya.
Bagi mengambil langkah kebersihan dan keselamatan, beliau sentiasa menyediakan bekalan lebihan pelitup muka di dalam kenderaan dan membawa cecair pembasmi kuman bersama serta mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam.
Sementara itu, di George Town, PULAU PINANG, orang ramai didapati mematuhi arahan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal di kawasan tumpuan seperti pasar awam dan kedai-kedai makanan.
Seorang pengunjung Pasar Awam Jelutong, Tan Lean Yee, 54, berkata beliau berasa lebih selamat dengan semua pengunjung memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
“Sebelum ini, saya agak risau bila berkunjung ke tempat orang ramai kerana ada yang tidak memakai pelitup muka namun hari ini, saya dapati selain tempat makanan, semua orang telah mula memakai pelitup muka,” katanya.
Pada 23 Julai lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak tumpuan umum susulan kes jangkitan pandemik Covid-19 yang kembali mencatat peningkatan di peringkat global, termasuk di Malaysia.
Ismail Sabri dilaporkan berkata orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/08/masyarakat-akur-disiplin-guna-pelitup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Pertama Perintah Wajib Pakai Pelitup Muka Masyarakat Akur Disiplin Diri

Hari Pertama Perintah Wajib Pakai Pelitup Muka Masyarakat Akur Disiplin Diri

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR 1 Ogos Masyarakat umumnya akur dengan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak bagi mengekang penularan wabak COVID 19 berkuat kuasa mulai hari ini Pemerhatian Bernama di sekitar ibu kota hari...
Sedih Guna Pelitup Muka Kotor Berjahit Berulang Kali

Sedih Guna Pelitup Muka Kotor Berjahit Berulang Kali

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 277 hits
UMUM tahu pelitup muka hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam tempoh masa kurang daripada lapan jam dan perlu ditukar jika rosak Namun tidak semua orang di negara ini mampu berbuat demikian apatah lagi apabila pelajar yang pergi ke sekol...
Pelitup Muka Sop Selamatkan Tragedi Kluster Gunting Rambut

Pelitup Muka Sop Selamatkan Tragedi Kluster Gunting Rambut

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 577 hits
YANG DEGIL TIDAK MAHU PAKAI PELITUP MUKA WAJIB BACA 139 SELAMAT DARIPADA JANGKITAN COVID 19 KERANA TUKANG GUNTING RAMBUT DAN PELANGGAN PAKAI PELITUP MUKA DAN PATUH SOP 2 orang tukang gunting di sebuah salun gunting rambut di Springfield tel...
Guna Pelitup Muka Hanya Di Tempat Awam Yang Sesak Noor Hisham

Guna Pelitup Muka Hanya Di Tempat Awam Yang Sesak Noor Hisham

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 289 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Penggunaan pelitup muka secara mandatori bermula 1 Ogos ini adalah untuk kawasan awam yang sesak serta tidak dapat dipratikkan penjarakan sosialnya Ketua Pengarah Kes...
Pakai Pelitup Muka Atau Denda Rm1 000

Pakai Pelitup Muka Atau Denda Rm1 000

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 556 hits
KUALA LUMPUR 2 OGOS Bermula semalam 1 Ogos 2020 masyarakat mula memakai pelitup muka khususnya semasa berada di dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak berikutan langkah kerajaan mewajibkan pemakaiannya untuk membendung wabak Covid 19 Rat...
Jadikan Pemakaian Pelitup Muka Norma Baru Kehidupan Seharian

Jadikan Pemakaian Pelitup Muka Norma Baru Kehidupan Seharian

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 241 hits
Dr Muzaffar Syah Mallow Orang awam yang memakai pelitup muka setelah kerajaan mewajibkan penggunaan di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tar Kuala Lu...
Pemakaian Pelitup Muka 29 Individu Dikompaun Rm1 000 Dalam Masa 24 Jam Di Johor

Pemakaian Pelitup Muka 29 Individu Dikompaun Rm1 000 Dalam Masa 24 Jam Di Johor

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 267 hits
JOHOR BAHRU 2 Ogos Seramai 29 individu telah dikenakan kompaun RM1 000 atas kesalahan tidak memakai topeng pelitup muka di Johor Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata statistik yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan peman...
315 Individu Ditahan 127 Individu Lagi Tidak Memakai Pelitup Muka

315 Individu Ditahan 127 Individu Lagi Tidak Memakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 216 hits
Semakin ramai nampaknya kita dapat lihat yang ditahan dan dikenakan kompaun RM1 000 selepas didapati tidak memakai pelitup muka sejak ia dikuatkuasa pada 1 Ogos Terbaru memetik laporan Harian Metro seramai 315 individu telah ditahan melangg...
20 Individu Pertama Dikenakan Kompaun Rm1 000 Hari Ini Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

20 Individu Pertama Dikenakan Kompaun Rm1 000 Hari Ini Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 317 hits
Berita 20 individu dikenakan kompaun RM1 000 hari ini kerana tidak mengenakan pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial Ini menjadikan 20 individu tersebut sebagai yang pertama dikenakan kompaun kerana mengingkari Perintah Kawala...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba