Jadikan Pemakaian Pelitup Muka Norma Baru Kehidupan Seharian


Dr. Muzaffar Syah Mallow, Orang awam yang memakai pelitup muka setelah kerajaan mewajibkan
penggunaan di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula
1 Ogos hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tar,
Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN,
MULAI 1 OGOS, pemakaian pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum dalam negatra kita.
Orang awam boleh didenda RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu ini.
Langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka terpaksa dilakukan kerana peningkatan jumlah kes jangkitan Novel Koronavirus (Covid-19) dalam negara semenjak kebelakangan ini.
Langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka ini juga terpaksa diambil kerana terdapat pihak yang tidak mematuhi saranan untuk memakai pelitup muka ini.
Mulai 1 Ogos, pemakaian pelitup muka ini diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.
Orang ramai tidak seharusnya memiliki sebarang sikap ego atau berasa malu untuk mengelak daripada memakai pelitup muka.
Setiap orang harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri mereka dan orang sekeliling daripada dijangkiti dengan sebarang jenis penyakit berjangkit dan ini termasuklah jangkitan daripada Covid-19 yang sedang melanda dihampir semua negara dalam dunia pada ketika ini termasuklah Malaysia.
Virus Covid-19 adalah sejenis virus baru yang mudah menjangkiti antara manusia.
Tiada vaksin dan penawar yang boleh digunakan bagi mengubati virus terbabit pada masa ini.
Mereka yang dijangkiti dengan virus Covid-19 terdedah kepada kesan teruk terhadap tahap kesihatan mereka dan dalam kes-kes tertentu boleh menyebabkan kematian.
Berjuta-juta orang yang telah dilaporkan telah dijangkiti dengan virus terbabit dan beratus ribu orang yang telah dilaporkan maut akibat daripada jangkitan dengan virus berkenaan di serata dunia sehingga kini.
Memandangkan virus Covid-19 adalah sejenis virus yang amat bahaya dan mudah menjangkit adalah penting supaya orang ramai mengambil segala langkah yang perlu bagi mengelakkan diri mereka serta orang sekeliling dijangkiti dengan virus berkenaan.
Segala saranan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan khususnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) perlu dipatuhi pada setiap masa dan tanpa kompromi dan ini termasuklah saranan pemakaian pelitup muka.
Setiap orang harus ketahui, perang bagi melawan Covid-19 belum berakhir lagi. Sama ada mereka suka ataupun tidak, pemakaian pelitup muka harus dijadikan sebagai satu amalan atau norma baru pada kehidupan seharian semua orang pada masa kini sehingga vaksin atau penawar ditemui bagi mengubati virus Covid-19.
Pemakaian pelitup muka juga bukan tanda seseorang itu lemah, penakut atau tiada keyakinan terhadap diri sendiri. Pemakaian pelitup muka menunjukkan seseorang itu adalah seorang yang bijak dan berani untuk mengambil langkah bagi melindungi diri mereka sendiri dan orang lain daripada dijangkiti dengan virus berbahaya berkenaan.
Pemakaian pelitup muka  merupakan satu langkah yang paling mudah untuk dilakukan oleh semua pihak termasuk oleh golongan kanak-kanak. Oleh yang demikian, tiada sebab atau alasan bagi menafikan pengunaan pelitup muka ini dalam kehidupan seharian semua pihak.
Semua pihak hendaklah menggunakan pelitup muka yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Adalah penting juga untuk setiap orang menggunakan pelitup muka dengan betul supaya ianya benar-benar berkesan untuk melindungi diri mereka sendiri serta orang sekeliling
daripada jangkitan penyakit berjangkit.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil semasa hendak memakai pelitup muka ialah dengan memastikan terlebih dahulu bahagian luar dan dalam topeng muka berkenaan.
Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam pelitup muka terbabit. Bahagian luar pelitup muka biasanya berwarna dan bahagian yang lembut biasanya di atas untuk menutup bahagian hidung.
Pegang pelitup muka dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa. Pastikan pelitup muka dipasang kemas dengan tangan dan bernafaslah seperti biasa.
Adalah disarankan pelitup muka ditukar terutama apabila ianya telah lama digunakan ataupun setelah yakin ianya telah tercemar.
Akibat daripada penularan virus Covid-19 yang berlaku pada ketika ini, sudah pasti orang ramai akan mula berasa panik sekaligus akan berpusu-pusu membeli pelitup muka di
kedai – kedai.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil tindakan tegas melalui peruntukkan undang-undang sedia ada dalam negara kita terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga tidak munasabah terhadap pelitup muka yang dijual oleh mereka
seperti yang telah termaktub di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].- MalaysiaGazette
Dr. Muzaffar Syah Mallow,
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/jadikan-pemakaian-pelitup-muka-norma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemakaian Pelitup Muka 29 Individu Dikompaun Rm1 000 Dalam Masa 24 Jam Di Johor

Pemakaian Pelitup Muka 29 Individu Dikompaun Rm1 000 Dalam Masa 24 Jam Di Johor

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 230 hits
JOHOR BAHRU 2 Ogos Seramai 29 individu telah dikenakan kompaun RM1 000 atas kesalahan tidak memakai topeng pelitup muka di Johor Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata statistik yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan peman...
Hanya Pakai Sekali Dan Tak Lebih Lapan Jam Ini 7 Tip Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu

Hanya Pakai Sekali Dan Tak Lebih Lapan Jam Ini 7 Tip Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 947 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia sangat menyarankan agar orang awam memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam terutama sekali tempat tumpuan orang ramai Hal ini kerana peningkatan semula kes positif Covid 19 untuk beberapa hari ini me...
Pemakaian Pelitup Muka Tidak Diwajibkan Di Rumah Dan Di Dalam Kenderaan Sendiri

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Diwajibkan Di Rumah Dan Di Dalam Kenderaan Sendiri

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 206 hits
Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan persendirian Menerusi sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang diadakan sebentar tadi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa pelitup muka ...
Kerajaan Sedang Pertimbang Untuk Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Pm

Kerajaan Sedang Pertimbang Untuk Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Pm

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 285 hits
Dalam sidang media yang berkangsung hari ini kerajaan memaklumkan bahawa mereka sedang pertimbangkan tentang kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat awam Perkara ini khas disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Pelitup Muka Diwajib Di Kawasan Penjarakan Sosial Tidak Dapat Dipraktik

Pelitup Muka Diwajib Di Kawasan Penjarakan Sosial Tidak Dapat Dipraktik

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 257 hits
PUTRAJAYA 29 JULAI Peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka dikenakan terhadap kawasan awam yang penuh sesak dan penjarakan sosial tidak dapat dipraktikkan kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata p...
Pelajar Sekolah Di Selangor Diberi Pelitup Separuh Muka Percuma Mb

Pelajar Sekolah Di Selangor Diberi Pelitup Separuh Muka Percuma Mb

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 284 hits
SHAH ALAM 29 Julai Kerajaan negeri Selangor akan mengedarkan pelitup separuh muka jenis boleh guna semula secara percuma kepada kira kira sejuta pelajar sekolah bermula Ogos ini bagi membendung penularan pandemik COVID 19 Menteri Besar Datu...
Rayer Kecoh Bila Azeez Masuk Dewan Rakyat Tanpa Pelitup Muka

Rayer Kecoh Bila Azeez Masuk Dewan Rakyat Tanpa Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 230 hits
Ahli Parlimen Jelutong R Sanisvara Nethaji Rayer bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAKKUALA LUMPUR Tidak habis dengan isu penjualan aset Tabung Haji Dewan Rakyat hari...
Guna Pelitup Muka Hanya Di Tempat Awam Yang Sesak Noor Hisham

Guna Pelitup Muka Hanya Di Tempat Awam Yang Sesak Noor Hisham

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 248 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Penggunaan pelitup muka secara mandatori bermula 1 Ogos ini adalah untuk kawasan awam yang sesak serta tidak dapat dipratikkan penjarakan sosialnya Ketua Pengarah Kes...
Pelitup Muka Fabrik Satu Atau Dua Lapis Adalah Tidak Berkesan Kkm

Pelitup Muka Fabrik Satu Atau Dua Lapis Adalah Tidak Berkesan Kkm

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 353 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Datuk Dr Noor Hisham hari ini mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa penggunaan pelitup muka fabrik satu atau dua lapis adalah tidak berkesan Kita tidak menggalakkan penggunaan pelitup muka fabrik...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama