Masya Masyitah Tewaskan 3 000 Peserta Seluruh Asia



Sejarah tercipta apabila penyanyi berbakat besar yang menawan industri muzik Cina di Malaysia, Masya Masyitah, 20, diangkat sebagai juara pertandingan bakat bertaraf antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 pada 25 Oktober lalu.
Penyanyi yang pernah merangkul Anugerah Muzik Asia 2019 bagi kategori Artis Muda Paling Berpotensi yang berlangsung di Shenzhen, China, tahun lalu itu berjaya mengalahkan penyanyi, Phem dari Filipina dalam peringkat akhir menerusi pertandingan dalam talian anjuran platform media sosial, Yippi.
Bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff memenangi hadiah wang tunai sebanyak AS40,000 (RM160,000).
Sebelum ini, Masya yang mahir bertutur dalam berbahasa Mandarin berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama platform Yippi.
Juara program Ceria Popstar musim kedua itu berkata, dia tidak menyangka boleh mampu mengalahkan 3,000 peserta dari seluruh rantau Asia.
"Saya bersyukur beroleh kejayaan menerusi pertandingan yang cukup sengit sepanjang empat bulan lalu. Jujurnya, saya menempuh saat sukar pada peringkat suku akhir untuk melepasi ke peringkat seterusnya.
"Markah yang diperoleh tidak jauh berbeza dengan peserta lain. Bagaimanapun, rezeki tidak pernah tersalah alamat apabila akhirnya diangkat sebagai juara. Saya terharu menerima sokongan bukan hanya daripada rakyat Malaysia, tetapi seluruh rantau Asia," katanya kepada BH Online.
Gadis kelahiran Kulim, Kedah itu berkata, kefasihan dan kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin memberi kelebihan apabila menjadi pilihan utama dalam platform berkenaan.
Masya berkata, dia bersyukur mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chio Min, Kulim. Jika tidak, mana mungkin pandai berbahasa Mandarin dan memenangi hadiah wang tunai RM160,000.
"Alhamdulillah, kefasihan bertutur dalam bahasa Mandarin membawa saya melangkah sejauh ini. Saya tak menafikan salah satu faktor kejayaan disebabkan boleh bertutur dalam bahasa Mandarin sehingga menarik perhatian masyarakat di China.
"Malah, mereka juga memuji keupayaan sebutan bahasa Mandarin. Melihat penyanyi bertudung dan berbangsa Melayu, tetapi mahir bertutur serta menyanyikan lagu bahasa Mandarin membuatkan mereka menganggap saya istimewa dan mempunyai keunikan tersendiri. Kejayaan ini secara tidak langsung mengharumkan nama Malaysia di mata dunia," katanya.
Di dalam tempoh empat bulan bertanding secara 'live streaming', Masya menjadi peserta kegemaran mengalahkan 3,000 peserta lain hingga ke peringkat akhir.
Ia disebabkan perwatakan penyanyi yang popular menerusi lagu Mawar Terbiar dan Hapus itu yang menyenangkan hingga penonton pelbagai bangsa di rantau Asia Tenggara mengundinya.
Tambah Masya, penyanyi, Layla Sania juga antara salah peserta dari Malaysia. Bagaimanapun, dia hanya berjaya ke peringkat top 24.
"Layla lagi fasih bertutur bahasa Mandarin berbanding saya, tetapi rezekinya setakat top 24 sahaja. Selain saya dan Layla, rasanya tiada peserta Melayu lain kerana pertandingan ini kebanyakannya di dominasi peserta berbangsa Cina," katanya.
Bertanya mengenai hadiah wang tunai yang dimenangi, Masya berkata, wang kemenangan akan disimpan untuk kegunaan pada masa depan.
Masya berkata, kemenangan itu membuka ruang dan peluang lebih luas untuknya melebar sayap perjuangan ke China.
Katanya, dia menerima beberapa tawaran dari China, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.
"Saya bercita-cita mahu melebarkan sayap seni ke China seperti menyertai program realiti, The Voice of China, tetapi terpaksa ditangguhkan, tahun hadapan.
"Jujurnya, saya belum bersedia untuk melangkah ke sana. Saya mahu belajar lebih mendalami bahasa Mandarin daripada segi pertuturan dan pendengaran.
"Ia lebih mudah sekiranya ada temubual memandangkan ramai tidak tahu berbahasa Inggeris. Jadi, saya perlu mengambil inisiatif belajar lebih banyak lagi," katanya yang berkolaborasi dengan syarikat pengurusan Onmuse di China.
Dalam perkembangan lain, Masya merancang mengeluarkan single bahasa Mandarin dalam masa terdekat.
"Jika diikutkan, saya akan merakamkan single bahasa Mandarin, bulan ini, tetapi ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami terpaksa tunggu dahulu. Insya-Allah, saya akan menyanyikan lagu ciptaan komposer dari China," katanya.
Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, Masya menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia berdasarkan pilihan penonton.
Manakala, Masya mendendangkan 16 lagu termasuk lagu Living On A Prayer, nyanyian asal Bon Jovi dan lagu berbahasa Mandarin dan Tagalog pada peringkat akhir.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/11/masya-masyitah-tewaskan-3000-peserta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 324 hits
Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata semua tahanan baru perlu mempunyai keputusan ujian saringan Covid 19 sebelum dimasukkan ke penjara sebagai mencegah penularan wabak itu KUALA LUMPUR Sejumlah 43 lebihan banduan iaitu 20 3...
Gaya Pemakaian Tudung Masya Masyitah Dipersoal Netizen

Gaya Pemakaian Tudung Masya Masyitah Dipersoal Netizen

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 621 hits
Penyanyi Masya Mashitah baru baru ini menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik satu rakaman video dan foto menunjukkan dia telah tampil dengan imej baru telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen source
Hiburan Tampil Dengan Imej Baru Netizen Persoal Gaya Pemakaian Tudung Penyanyi Masya Masyitah

Hiburan Tampil Dengan Imej Baru Netizen Persoal Gaya Pemakaian Tudung Penyanyi Masya Masyitah

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 323 hits
Penyanyi Masya Mashitah yang baru baru ini ada memuat naik satu rakaman video dan foto menunjukkan dia telah tampil dengan imej baru telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen Menurut peminat mereka berasa keliru kerana imej M...
More Than 1 000 Schoolchildren Contract Covid 19 In Third Wave

More Than 1 000 Schoolchildren Contract Covid 19 In Third Wave

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 360 hits
The country has recorded more than 1 000 Covid 19 cases among schoolchildren since the beginning of the third wave of the outbreak last month Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said for those aged seven to 12 the total...
Gelombang Ketiga Covid 19 Jangkiti Lebih 1 000 Pelajar

Gelombang Ketiga Covid 19 Jangkiti Lebih 1 000 Pelajar

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 408 hits
Sejak gelombang ketiga Covid 19 melanda negara bulan lalu lebih 1 000 kes positif membabitkan pelajar direkodkan kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Menurutnya untuk kumpulan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun sebanyak ...
Covid 19 Over 1 000 School Going Children Infected Since Outbreak Of Third Wave Says Health Dg

Covid 19 Over 1 000 School Going Children Infected Since Outbreak Of Third Wave Says Health Dg

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 336 hits
PUTRAJAYA More than 1 000 school going children have been infected with Covid 19 since the third wave of the outbreak in the country began a month ago Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said from Sept 20 to Oct 21 about...
Win A Custom Jeep Wrangler Rubicon From Deberti 20 000 Cash

Win A Custom Jeep Wrangler Rubicon From Deberti 20 000 Cash

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 454 hits
Cool factor alert This 2020 Jeep Wrangler Unlimited Rubicon fully customized by Brad and Doug DeBerti is officially up for grabs There are few DeBerti rides like this but Omaze as part of a benefit campaign for the Warrior Built Foundation ...
Covid 19 Ex Education Minister Worried At Over 1 000 Schoolchildren Infected

Covid 19 Ex Education Minister Worried At Over 1 000 Schoolchildren Infected

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 331 hits
Former education minister Maszlee Malik has expressed concern over 1 000 schoolchildren testing positive for Covid 19 in the third wave of infections Reading this fills my heart with worry and sadness thinking about the plight of children a...
11 000 Chicks Killed In Coop Fire

11 000 Chicks Killed In Coop Fire

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 211 hits
IPOH Some 11 000 chicks died when the coop they were in caught fire in Sitiawan A Fire and Rescue Department spokesperson said a distress call was made at 5 36am on Friday He said the coop measuring 9 2m by 183m with the chicks being reared...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chelsea Pasukan Tidak Popular Punca Penonton Kurang Netizen

Vaksin Tdap Kini Percuma Untuk Semua Ibu Hamil Di Malaysia

Pro Player Balik Kafa Terus Tukar Baju Netizen Terkenang Zaman Nakal Dulu Dulu

5 App Terbaik Untuk Simpan Duit Melabur Secara Automatik

Pemergian Tok Ngah Awal Pagi Tadi

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot