Masuk Cuci Kaki Kemudian Sembang Pishangggg




 By DR MUJAHID YUSUF RAWA / March 3, 2022
Sebagai Timbalan Menteri Agama, Yb Marzuk telah mengelirukan dewan parlimen kelmarin (1March 2022) dalam jawapannya tentang TH Plantation. Saya heran bagaimana pegawai TH yang bertanggungjawab membekalkan jawapan yang tidak profesional ataupun Timbalan Menteri itu dari Pengkalan Chepa yang menjawab ikut selera politik beliau.
Pertama beliau mendakwa zaman PH ladang-ladang tidak di baja dengan baik sedangkan masalah ini ditanggung sejak 2016 lagi kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh TH Plantation. Soal hutang, kos pelaburan yang tinggi, kos operasi menyebabkan kedudukan kewangan THP menyempit. Pada tahun 2015, THP dalam menangani masalah hutang membuat keputusan menjual TH Bakti bernilai RM16.3 juta dan TH Gemas bernilai RM154 juta kepada sebuah syarikat swasta Dupont. Dalam kenyataan semasa penjualan tersebut CEO nya waktu itu memberikan alasan mengurangkan beban hutang THP.
Masalah hutang sangat menekan kewangan THP menyebabkan sukuk TH yang membiayai hutang THP gagal dilunaskan pada waktunya menyebabkan kesan kepada pendeposit. Faktanya yang gagal dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Agama ialah pada tahun kewangan 2018, THP menanggung hutang RM 1.24b dan pada suku ke 3 hutang meningkat kepada RM1.29b. Pegangan tunai menyusut dari RM50.6juta kepada RM43.8juta. Keadaan ini memerlukan THP membuat rasionalisasi aset untuk memastikan kestabilan kewangannya dan melunaskan hutang sukuknya kepada badan induk TH.
Soalnya bukan jual aset seperti diapi-apikan tetapi ianya soal menstrukturkan semula hutang THP dan kegagalan bayar balik hutang kepada induk TH. Kegagalan ini menyebabkan rosot nilai yang akan menjejaskan keseimbangan antara aset dan liabiliti dan akan terkesan kepada pengeluaran dividen kepada pencarum. Itulah yang kami cuba atasi untuk menjaga kepentingan aset lain yang membawa pulangan.
Soalan saya ialah apakah kedudukan hutang THP hari ini lebih baik? Apakah THP mampu membayar hutang sukuk kepada TH induk mengikut jadual kematangannya? Apakah kos operasi perladangan kini lebih baik dan apakah semua ladang TH yang dibeli sebelum PH ambil alih semuanya tanah yang baik? Soal harga sawit yang tinggi bukan menjamin keuntungan tetapi kos operasi, tanah yang baik dan tekanan hutang perlu dibuat perkiraan. Yb Marzuk harus jujur menjawab masalah THP tanpa perlu berdalih secara politik untuk menaikkan sentimen dan mengelirukan dewan.
Jualan aset untuk penstrukturan hutang bukan menggadaikan aset orang Islam tetapi keperluan menjaga aset- aset lain yang menguntungkan supaya tidak terjejas pulangan menyeluruh kepada harta umat Islam. Jika trend kenyataan seperti yang dibuat oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada TH dibiarkan, pengoperasian THP yang tertakluk kepada perundangan Suruhanjaya Sekuriti dan tersenarai di Bursa Saham akan terjejas kerana campurtangan politik. THP tertakluk kepada semua obligasi fidicuary yang bebas politik.


                                                     TH PLANTATION
Selagi Yb Marzuk tidak menjelaskan kedudukan kewangan THP dan tahap keberhutangannya serta mendedahkan berapa peratus tanah THP yang tidak boleh ditanam sawit dan berapakah kos operasi THP saya menganggap dakwaan hasil lebih baik dari zaman PH hanyalah dakwaan setengah masak. Hakikatnya Yb Marzuk menutup sebelah mata kepada masalah lebih besar iaitu penstrukturan semula hutang dan kos operasi yang tinggi dan itulah yang cuba dilakukan oleh saya semasa PH menjadi kerajaan.
THP tidak dapat memenuhi jadual pembayaran sukuknya kerana tidak mampu dan dalam keadaan berterusan begini, rosot nilai aset TH induk akan menyumbang kepada keadaan kewangan TH dan sekaligus tidak dapat memberi dividen yang seimbang kepada pendeposit umat Islam. Saya cabar pihak pengurusan THP untuk menjelaskan bagaimana dilunaskan hutang-hutang ini tanpa penjualan aset serta bagaimana rosot nilai dikira sehingga melayakkan dividen dikeluarkan 3.1%? Apakah duit reserve TH diambil lagi untuk tujuan tersebut?
Berhentilah meratib PH jual aset TH, PH jual ladang TH, PH jual aset orang Islam kerana apa yang dilakukan ialah penstrukturan semula untuk tujuan supaya Tabung Haji terus unggul dan berkembang dan pada waktu yang sama memenuhi pematuhan akta TH dan obligasi fiducary yang bebas politik. Alhamdulillah niat asal kami dibuktikan hari ini dengan kedudukan Tabung Haji yang lebih baik, YB Marzuk masuk cuci kaki sahaja tapi sayang dia keliru dan telah mengelirukan dewan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/masuk-cuci-kakikemudian-sembang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempoh Cuci Reban Ayam Daging Sampai Masuk Balik

Tempoh Cuci Reban Ayam Daging Sampai Masuk Balik

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 803 hits
Berapa Lama Tempoh Masa Dari Jual Ayam Hingga Nak Masuk Ayam Proses tangkap ayamAyam masuk dalam bakulProses timbang ayam dan nak ke atas loriBiasanya selepas kita jual ayam Dari hari terakhir jualan ayam kita ada masa sekitar 3 minggu untu...
Tak Perlu Sental Begini Cara Cuci Kain Lap Kotor Kembali Bersih Cantik Memang Macam Baru

Tak Perlu Sental Begini Cara Cuci Kain Lap Kotor Kembali Bersih Cantik Memang Macam Baru

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 177 hits
Selain tisu kain pengelap kotor antara kelengkapan yang cukup penting ketika di dapur Tanpanya mood memasak boleh jadi suram Begitu juga dengan kesan tumpahan makanan anak kain pengelap tetap jadi pilihan Pun begitu adakalanya kain lap yang...
B I Masuk Agensi Wasserman Di Us Sertai Coldplay Ed Sheeran Ramai Lagi

B I Masuk Agensi Wasserman Di Us Sertai Coldplay Ed Sheeran Ramai Lagi

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 135 hits
B I telah bekerjasama dengan agensi untuk mengembangkan promosinya di Amerika Syarikat B I telah menandatangani kontrak dengan agensi Amerika Wasserman dan akan memulakan aktiviti globalnya Agensinya IOK M baru baru ini mengumumkan berita i...
Tak Perlu Cuci Selalu Kalis Air Rambut Tidak Boleh Disikat Sindrom Rare Bayi Ni Tarik Perhatian

Tak Perlu Cuci Selalu Kalis Air Rambut Tidak Boleh Disikat Sindrom Rare Bayi Ni Tarik Perhatian

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 144 hits
Rambut selembut rambut bayi Itulah ungkapan yang sering kita gunakan dalam kecantikan rambut wanita Sememangnya rambut bayi teramatlah lembut malah lurus dan senang diuruskan Namun lain pula halnya dengan seorang kanak kanak Locklan Samples...
Rotan Kaki Murid Sampai Cedera Ustaz Muhammad Adib Dipenjara 6 Bulan Denda Rm2 000

Rotan Kaki Murid Sampai Cedera Ustaz Muhammad Adib Dipenjara 6 Bulan Denda Rm2 000

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 175 hits
Rotan kaki murid sampai cedera Ustaz Muhammad Adib dipenjara 6 bulan denda RM2 000Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan seorang ustaz yang didapati bersalah mencederakan seorang anak muridnya di bahagian kaki kiri dan kanan dengan menggunak...
Pemimpin Pas Kaki Gotel

Pemimpin Pas Kaki Gotel

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 153 hits
PEMIMPIN PAS KAKI GOTEL Bukankah Hudud NYAWA Pas Pas masih ada Nyawa ke sekarang NYAWA Pas boleh di GOTEL sesuka hati oleh pemimpin Pas Sekejap on sekejap off Kl menggotel menjadikan bulat menggenteli Nyawa Pas sudah ditukar dgn jawatan bes...
Mazlan Sahkan Terima Tawaran Masuk Warisan

Mazlan Sahkan Terima Tawaran Masuk Warisan

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 146 hits
Mazlan sahkan terima tawaran masuk Warisan Bekas Ketua Bersatu Bahagian Tebrau Mazlan Bujang mengesahkan menerima tawaran untuk menyertai Warisan namun mengambil pendekatan tunggu dan lihat Memang ada tetapi saya masih tunggu dan lihat teng...
Profil Doni Salmanan Orang Yang Diduga Cuci Uang Dan Terjerat Kasus Binary Option

Profil Doni Salmanan Orang Yang Diduga Cuci Uang Dan Terjerat Kasus Binary Option

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 169 hits
Sama seperti Indra Kenz Doni Salmanan merupakan seorang anak muda yang disebut sukses dari dunia trading
Hal Hal Ini Yang Biasa Bikin Resah Cewek Saat Masuk Ke Toko Kosmetik

Hal Hal Ini Yang Biasa Bikin Resah Cewek Saat Masuk Ke Toko Kosmetik

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 186 hits
Kalau Hipwee seringnya resah karena isi dompet kosong tapi sok sok mau window shopping
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep