Rotan Kaki Murid Sampai Cedera Ustaz Muhammad Adib Dipenjara 6 Bulan Denda Rm2 000


Rotan kaki murid sampai cedera, Ustaz Muhammad Adib dipenjara 6 bulan & denda RM2,000




Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan seorang ustaz yang didapati bersalah mencederakan seorang anak muridnya di bahagian kaki kiri dan kanan dengan menggunakan rotan lima tahun lalu, menjalani hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa semalam.


Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengembalikan semula hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 yang dijatuhi terhadap Muhammad Adib Abd Halim, 28, oleh Mahkamah Majistret Kajang pada 16 November 2018.


Hakim itu turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Jun 2019 yang menggantikan hukuman penjara enam bulan kepada penjara sehari dan menaikkan jumlah denda daripada RM2,000 kepada RM4,000 terhadap Muhammad Adib.


Hakim Hanipah dalam penghakimannya berkata mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, denda maksimum yang boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 dan hukuman yang dikenakan ke atas Muhammad Adib selaku responden adalah menyalahi undang-undang.


"Dengan itu, keseluruhan hukuman (penjara sehari dan denda RM4,000) yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah tidak sah kerana tidak selaras dengan Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan ia perlu diketepikan oleh mahkamah ini," katanya yang turut bersidang bersama-sama Hakim Datuk P. Ravinthran dan Datuk Hashim Hamzah.


Menurut Hanipah, dalam kes itu, pihak pendakwa raya merayu terhadap keseluruhan hukuman oleh hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah mendapati mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, hukuman yang diperuntukkan tidak boleh melebihi setahun penjara atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


"Mengikut rekod rayuan, adalah jelas bahawa Mahkamah Majistret mengenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang. Faktor yang diambil kira oleh majistret dalam menentukan hukuman ke atas responden antara lain tahap kecederaan yang dialami oleh mangsa sehingga menyebabkan mangsa dimasukkan ke dalam hospital selama dua hari.


"Kami mendapati Mahkamah Majistret juga mengambil kira bahawa mangsa adalah di bawah jagaan responden selain mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan oleh responden dalam menjatuhkan hukuman," katanya.


Hakim Hanipah berkata mahkamah mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah mengganggu hukuman yang dijatuhkan oleh majistret dan tidak menyentuh langsung apakah kesilapan yang dibuat oleh majistret dan prinsip hukuman yang diguna pakai.


"Oleh itu, mahkamah ini wajar campur tangan keputusan hakim Mahkamah Tinggi. Dengan ini, hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret dikembalikan.


"Wang denda jika terlebih bayar oleh responden hendaklah dikembalikan kepadanya. Hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa dengan serta-merta dan waran komital dikeluarkan," katanya.


Muhammad Adib yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, sebelum ini dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang murid lelaki berusia 11 tahun di dalam kelas di sebuah sekolah rendah agama di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017 dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Pada prosiding semalam, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Shazwani Izyan Mohd Akhir manakala Muhammad Adib diwakili peguam Khairul Amin Abdullah.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/03/rotan-kaki-murid-sampai-cedera-ustaz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Antidadah Dipenjara 15 Bulan

Pegawai Antidadah Dipenjara 15 Bulan

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 255 hits
Dua pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan memulakan hukuman penjara 15 bulan hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhir mereka bagi tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada suspek yang didakwa terbabit dalam penyalahgunaan d...
Akibat Tumbuk Muka Abang Sendiri Penulis Blog Dipenjara 14 Hari Denda Rm 2 500

Akibat Tumbuk Muka Abang Sendiri Penulis Blog Dipenjara 14 Hari Denda Rm 2 500

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 164 hits
Akibat menumbuk muka abang kandung sehingga lebam kerana enggan memberikan RM400 kepadanya untuk membaiki motosikal seorang penulis blog dihukum penjara 14 hari dan denda RM2 500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini
Addy Kana Mengaku Salah Bayar Denda Rm10 000

Addy Kana Mengaku Salah Bayar Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 194 hits
SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau dikenali Datuk Addy Kana didenda maksimum RM10 000 di Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah tidak melapor permintaan rasuah sebanyak RM110 000 tiga tahun lalu Hakim Rozilah S...
Harga Emas Lebih Rm2 000 Satu Auns Di Asia

Harga Emas Lebih Rm2 000 Satu Auns Di Asia

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 245 hits
HONG KONG Emas diniagakan dengan harga lebih AS 2 000 untuk satu auns dalam dagangan Asia pada pagi Isnin ekoran tercetusnya perang antara Ukraine dan Rusia Harga itu juga meningkat disebabkan oleh pelabur mencari komoditi yang selamat kera...
Umat Nabi Muhammad Bercahaya Ustaz Wadi Annuar

Umat Nabi Muhammad Bercahaya Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 221 hits
Allah panggil umat Nabi Muhammad tujuh puluh ribu orang Kesemuanya seperti raja dan presiden dunia Cahaya yang paling terang di mahsyar adalah cahaya yang terbit dan terpancar daripada tujuh puluh ribu umat Nabi Muhammad yang masuk syurga t...
Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 199 hits
Saman fitnah Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak terhadap Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak sewajarnya berlaku di atas isu skandal Malaysia Development Berhad yang telah diketahui umum Menurut Ahli...
Ekspresi Jerinx Sid Saat Divonis Satu Tahun Penjara Dan Denda Rp25 Juta

Ekspresi Jerinx Sid Saat Divonis Satu Tahun Penjara Dan Denda Rp25 Juta

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 197 hits
Ekspresi Jerinx SID Saat Divonis Satu Tahun Penjara dan Denda Rp25 Juta Majelis Hakim Pengadilan Negeri Jakarta Pusat menjatuhkan vonis satu tahun penjara dan denda Rp25 juta subsider satu bulan kurungan terhadap terdakwa I Gede Aryastina a...
Yb Mencarut Dalam Parlimen Hadap Denda Rm20 Ribu

Yb Mencarut Dalam Parlimen Hadap Denda Rm20 Ribu

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 140 hits
Pelbagai syor penambahbaikan sistem Parlimen telah diutarakan Tan Sri Dr Rais Yatim sejak menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara antaranya mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen serta pindaan Akta Kuasa dan Keistimewaan Parlime...
Besaran Denda Bagi Kamu Yang Telat Lapor Pajak Tahunan

Besaran Denda Bagi Kamu Yang Telat Lapor Pajak Tahunan

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 169 hits
Batas waktu pelaporan SPT Tahunan untuk orang pribadi adalah 31 Maret 2022 Jadi jangan sampai telat ya
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord