Tempoh Cuci Reban Ayam Daging Sampai Masuk Balik
Berapa Lama Tempoh Masa Dari Jual Ayam Hingga Nak Masuk Ayam?
Proses tangkap ayam
Ayam masuk dalam bakul
Proses timbang ayam dan nak ke atas loriBiasanya, selepas kita jual ayam. Dari hari terakhir jualan ayam, kita ada masa sekitar 3 minggu untuk persiapkan reban ayam untuk masuk anak ayam baru pusingan seterusnya.
Part ni tricky sikit.
Biasanya kita ambil masa 7-10 hari untuk korek tahi ayam dan clearkan tahi ayam dari reban.
Pekerja sedang korek tahi ayam
Lori ready nak keluarkan baja tahi ayam
Lepas tu, kita perlukan 2-3 hari untuk cuci reban ayam.
Cuci reban guna water compressor
Proses meracun kawasan reban ayam
Kemudian, kita perlukan 1-2 hari untuk biarkan reban ayam kering.
Kemudian kita racun reban untuk bunuh kuman dalam dan luar reban.
Kemudian, kita ready nak masukkan habuk kayu / sekam padi untuk ketibaan anak ayam baru.
Pukui pi pukui mai, dalam 20 hari juga la.
Tips Nak Cepatkan Proses Ni:
Ambil pekerja tambahan dari luar untuk korek taik ayam. Satu beg upah 50-60 sen. Ikut saiz beg nak isi.Cari siap ready buyer utk baja tahi ayam tu. Kalau tahi ayam ada 2000, kena cari buyer lebih kurang 2500 awal awal siap siap. Sebab takut ada yang cancel last minit. Ambil pekerja tambahan luar untuk proses cuci reban ayam.
Apa saya kongsikan ni adalah anggaran asas yang diperlukan untuk cuci reban.
Sejujurnya, boleh buat cepat lagi. Boleh jer buat lambat lagi. Ikut management penternak tu lah.
Sebaiknya, kita bagi masa untuk reban ayam tu "berehat". Kita jangan kalut kalut lepas basuh terus nak masuk anak ayam.
Jemput Follow FB Saya Mohd Firdaus Mat Saad untuk lebih banyak story kisah ayam daging.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2022/03/tempoh-cuci-reban-ayam-daging-sampai.html