Masjid Christchurch Brenton Tarrant Didakwa Hari Ini Apa Maksud Simbol Jarinya
WELLINGTON – NEW ZEALAND. Brenton Tarrant pengga nas kulit putih yang menyasarkan dua masjid di Christchurch muncul di Mahkamah Daerah Christchurch, hari ini.
Dalam kejadian semalam, 49 jemaah masjid terbu nuh manakala puluhan lagi kritikal.
Berbaju putih dan bergari, Tarrant, 28, berdepan dakwaan membu nuh.
Ketika dibawa masuk ke kamar mahkamah, Tarrant melemparkan senyuman sinis, malah riak wajahnya terlihat angkuh dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan.
MAKSUD APA SIMBOL DI JARINYA?
Tarrant juga terlihat membuat satu simbol di jarinya. Bahkan ramai tertanya apakah maksud disebalik simbol itu?Simbol tersebut seakan-akan simbol ‘OK’ terbalik yang membawa maksud ‘White Power’.
Tarrant disifatkan seolah-olah biadab dan angkuh tatkala memperagakan simbol tersebut . Hal ini seolah-olahnya beliau berbangga dengan tindakannya disamping mengagungkan idealisme perkau man iaitu Kuasa Kulit Putih
Kemunculannya di kandung tertuduh hanya bertahan selama lebih kurang 60 saat sebelum dibawa ke penjara sehingga dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 April.
Simbol Jari Yang Membawa Maksud White Power
Setakat ini, Tarrant berdepan satu dakwaan membu nuh, namun hakim Paul Kellar berkata Tarrant bakal berdepan banyak lagi pertuduhan selepas sera ngan berskala besar, semalam.
Media sebelum ini melaporkan, Tarrant memuat naik manifesto setebal 73 muka surat mengandungi alasan mengapa dia melakukan jena yah tersebut.
MANIFESTO THE GREAT REPLACEMENT
Manifesto ‘The Great Replacement’ menggambarkan Tarrant mengagung-agungkan ketuanan kulit putih dan keben-cian maksimumnya terhadap Islam.
Serangan itu juga bertujuan mengurangkan populasi pendatang asing .
Tarrant turut menyenaraikan alasan, penurunan kadar kelahiran orang kulit putih di Barat dan pengambilalihan demografi oleh umat Islam sebagai pemacu utama di sebalik tindakannya.
Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbu nuh dalam sera ngan rempuhan trak di Stockholm, Sweden pada 2017.
Ebba Akerlund merupakan mang sa termuda yang terkor ban dalam Sera ngan Trak di Stockholm pada April 2017
IBU EBBA AKERLUND TURUT MENGU TUK TINDAKAN TARRANT
Namun, ibu kanak-kanak terbabit Jeanette Akerlund mengu tuk ser@ngan itu dan menegaskan serangan berd@rah di Christchurch bertentangan dengan pendirian anaknya yang sentiasa menyebarkan kasih sayang dan keamanan. – Agensi
TARANT DIDAKWA DENGAN DAKWAAN MEMBU-NUH
Brenton Tarrant yang muncul di mahkamah hari ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan melakukan pembu nuhan, selepas serangan kega nasan di dua Masjid Christchurch yang menyebabkan 49 orang mat1.
Bergari dan memakai baju penjara berwarna putih, bekas pengajar kecergasan kelahiran Australia itu sekadar berdiam tanpa sebarang reaksi ketika hakim membacakan pertuduhan terhadapnya.
Tarrant tidak memohon ikat jamin dan dibawa ke penjara sehingga dihadapkan mahkamah berikutnya yang dijadualkan pada 5 April ini. – AFP
The post Masjid Christchurch : Brenton Tarrant Didakwa Hari Ini. Apa Maksud Simbol Jarinya? appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/masjid-christchurch-brenton-tarrant-didakwa-hari-ini-apa-maksud-simbol-jarinya/