Masih Tak Tau Nak Layan Drama Apa Kami Bawakan Menu K Drama C Drama Khas Untuk Anda



Sekarang ni banyak betul pilihan drama yang best tau. Kalau dulu selalu kita layan K-drama je kan. Sekarang C-drama pun tak kurang hebat juga tau.
Apa yang Kimchi Daily perasan, drama dari kedua-dua negara ni selalu membawakan plot yang segar, pemandangan memukau dan kostum yang cantik. Sampaikan penonton terpaut hatilah!
Jadi sebab tu, kali ni kami nak kongsikan beberapa drama yang boleh masuk list ‘menu’ untuk ditonton anda . Sambil-sambil luangkan masa dengan family bolehlah layan sekali!
‘Menu’ Kdrama apa yang best sekarang? The Veil
Sejak mula ditayangkan, The Veil berjaya menarik perhatian ramai terutama apabila Namgoong Min mentransformasi dirinya menjadi lebih sasa.
Drama ini mengisahkan Han Ji-hyuk seorang ejen lapangan elit di National Intelligence Service (NIS). Memiliki rekod yang sempurna dan kehebatan menyelesaikan misi, dia diidolakan oleh rakan sekerja sehingga tidak sedar bahawa ada mata yang mencemburui.
Permulaan episod menyaksikan Ji-hyuk dalam keadaan kusut masai sehingga tidak dikenali. Daripada seorang ejen elit, satu ‘tragedi’ hitam telah membuatkan Ji-hyuk menghilangkan diri selama setahun.
Dia kemudian nekad untuk bangkit dan kembali semula ke NIS bagi mencari dalang kepada individu yang mengkhianatinya. Kalau korang nak tengok bagaimana Namgoong Min yang tersakiti berubah mencari musuhnya. Korang boleh disaksikan The Veil di Oh! K (CH 395).
The Road: Tragedy of One
Pengkhianatan demi pengkhianatan. Kalau korang sukakan cerita yang penuh drama dan kebencian, The Road: Tragedy of One ni memang untuk korang.
Kematian Choi Jun-young mendedahkan kepincangan akibat perasaan tamak dan sifat dusta dalam perhubungan yang mahu ditutupi dek kerana populari diri. Baek Soo Hyun (Ji Jin-hee) seorang wartawan terkenal berkahwin dengan anak seorang yang berpengaruh Seo Eun Soo (Yun Se-ah).
Tragedi yang bermula dari satu pembohongan kemudian bertambah parah sehingga melondehkan sisi gelap keinginan dan niat jahat golongan elit di Royal the Hill. Kalau nak tau siapakah dalang disebalik kematian Choi Jun-young korang boleh saksikan di tvN (CH 395).
Police University
Mengisahkan tentang seorang bekas detektif Yoo Dong Man (Cha Tae Hyun) yang kini menjadi pengajar di Universiti Kepolisan.
Dia telah bertemu dengan seorang bekas penggodam Kang Sun Ho (Jinyoung B1A4) dan Oh Kang Hee (Krystal) yang baru memasuki universiti itu. Hubungan mereka tidak hanya sekadar pelajar dan pensyarah apabila mereka menjalin bekerjasama menyelesaikan jenayah.
Lebih menghiburkan karakter Yoo Dong Mang yang bagaikan anjing dengan kucing setiap kali bersama Kang Sun Ho. Berbaki beberapa episod, korang boleh saksikan Police Universiti di saluran KBS World (CH 391) atau strim secara On Demand di Ultra Box dan aplikasi Astro GO.
Lovers of The Red Sky
Lovers of The Red Sky ni mengisahkan seorang lelaki, Ha Ram yang mempunyai kelebihan membaca bintang walaupun buta. Takdir mempertemukan dia dengan seorang gadis yang memiliki kemahiran melukis.
Namun takdir begitu rumit kerana mereka merupakan mangsa sumpahan Ma Wang (Dewa Kematian) dan ‘mata’ yang dimiliki gadis itu (yang dilahirkan tanpa penglihatan) sebenarnya adalah milik Ha Ram.
ONE (CH 393) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
Hometown
Satu lagi drama thriller misteri yang mendebarkan, Hometown mengisahkan tentang sebuah kampung terpencil berlatar belakangkan tahun 1999.
Choi Hyung-in (Yoo Jae-myung) seorang detektif, melakukan siasatan berhubung kes pembunuhan pelik yang berlaku di kampung itu dan dia kemudian bertemu dengan Jo Jung-hyun (Han Ye-ri) yang sedang mencari anak saudaranya yang diculik.
Kehidupan mereka tersimpul dengan Jo Kyung-ho (Um Tae-goo) merupakan abang kepada Jo Jung-hyun yang meringkuk dalam penjara dan dalang disebalik insiden serangan gas pada 1987 yang mengorbankan isteri Choi Hyung-in.
Penonton pada awal cerita dapat menyaksikan konflik yang berlaku di kampung ini yang menunjukkan pembunuhan, penculikan kanak-kanak perempuan, rakaman kaset yang pelik dan berkemungkinan ia merupakan satu ajaran sesat.
Bagi yang gemar drama yang suspense korang boleh menyaksikan Hometown di tvN (CH 395) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO.
One The Women
Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang korup. Kerana sebuah kemalangan, kehidupannya berubah 180 darjah dan dia telah kehilangan ingatan.
Lebih sulit, kehidupannya telah tertukar dengan seorang menantu konglomerat yang mempunyai wajah sepertinya.
ONE (CH 393) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
The Devil Judge
Drama ini berlatar belakangkan dunia alternatif (alternate universe) atau Korea versi distopia di mana seluruh negara menyertai perbicaraan dalam mahkamah menerusi siaran langsung.
Ji Sung membawa watak Kang Yo-han, ketua hakim yang menyimpan satu keinginan misteri dan bergandingan bersama Kim Min-jung yang membawa watak Jung Sun-ah, musuh ketat Kang Yo-han dan merupakan pengarah di pertubuhan CSR (tanggungjawab sosial korporat).
Jung Sun-ah yang kelihatan baik pada luaran, mempunyai rancangan jahat menjatuhkan Kang Yo-han dan memusnahkan kehidupan lelaki itu. Kisah yang penuh dendam dalam dunia di mana manusia hidup dalam persepsi ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan kerana plot cerita yang tak cliche.
Korang boleh catch up drama ni dengan strim secara On Demand di Ultra Box atau aplikasi Astro GO.
Voice 4
Musim terbaru ini membawa penonton menyaksikan pasukan “Golden Time” berlawan dengan seorang pembunuh kejam yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.
Permulaan episod penonton dikejutkan dengan notis yang dihantar oleh pembunuh bersiri ‘Circus Man’ di mana ia hanya boleh didengari oleh Lee Ha-na (Kang Kwon-joo)  menerusi kelebihan istimewanya. Circus Man mula memanipulasi Lee Ha-na dan pasukan Golden Time hingga membawa mereka ke tempat di mana segalanya bermula.
Sepanjang musim ini korang dapat merasai debaran Ha-na dan pasangan terbarunya Derek Jo cuba merungkai misteri yang berlaku hingga membawa kepada satu persoalan baru dihujung cerita.
Untuk menonton korang boleh strim secara On Demand di Ultra Box dan aplikasi Astro GO.
‘Menu’ Cdrama… Enjoy! The Ideal City
Kisah ini membawakan Su Xiao seorang jurutera kos yang dijadikan mangsa kambing hitam kerana kesalahan yang tidak dilakukan dan dipecat.
Enggan mengalah dia terus memperjuangkan tempatnya dalam dunia seni bina yang dikuasai oleh lelaki dan telah membuatkan ketua unit ekonomi jatuh hati kepadanya.
iQIYI (CH 300) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
Song of Youth
Berlatar belakangkan Dinasti Ming, drama ini berkisarkan Lin Shaochun, seorang puteri kepada  bekas pegawai pemerintah yang dikhianati. Untuk meneruskan kelangsungan hidup dia telah menyertai kumpulan penghibur jalanan.
Dia bertemu dan kemudiannya berkahwin dengan Sun Yulou yang kaya.Semasa ingin membuat perancangan membalas dendam untuk ayahnya, mereka telah menyingkap satu rahsia yang mengejutkan.
Strim secara secara eksklusif On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
Demi Gods & Semi-Devils
Menggunakan latar masa di bawah pemerintahan Maharaja Zhe Zong, Song. Drama ini membawa kisah Qiao Feng, pemimpin kepada klan pengemis, Duan Yu, seorang putera Dali dan Xu Zhu, seorang sami Shaolin. Mereka bersumpah menjadi saudara dalam perjalanan mereka di dunia pugilistik.
Strim secara secara eksklusif On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
The Kwoks and What
Kisah suka duka hidup berkeluarga, keluarga Kwok memaparkan kisah keluarga yang mempunyai masalah dalaman dan juga daripada orang luar. Bersama mereka menyelesaikan kemelut yang melanda.
Strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
The Line Watchers
The Line Watchers membawakan kisah tentang pegawai kastam Hong Kong. Mengangkat kisah pegawai dan anak buahnya yang berkhidmat demi negara disebalik kemelut dalaman dan keluarga.
Strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
The Summer Temple Fair
Xia Zhi Xun kembali ke kampung halamannya di Daxi bersama dengan juniornya, Nuan Nuan setelah melanjutkan pelajarannya di Taipei.
Selepas 7 tahun dia gembira kerana dapat kembali semasa perayaan Temple Fair musim panas, festival paling penting dalam masyarakat bagi meraikan hari kelahiran Raja Suci, Dewa Guan.
Hua Hee Dai atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
Psycho Detective 1 & 2
Psycho Detective membawakan kisah sebuah jabatan rahsia polis Hong Kong, yang dikenali sebagai “Seventh Action Group”. Pasukan ini mempunyai skop tanggungjawab unit iaitu menyelesaikan kes ghaib dan misteri.
Wah Lai Toi atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
Limited Education
Lo Man Tat adalah seorang cikgu kontrak di Ma Sau College yang mempunyai masalah untuk mengekalkan pekerjaannya setelah 5 tahun berurusan dengan pelajar kurang berkemampuan, diasingkan oleh rakan-rakan dan selalu digunakan oleh pihak atasan.
Memburukkan lagi keadaan apabila Pengetua Leung yang baru dilantik, telah memperkenalkan sistem penilaian yang ketat di mana guru kontrak yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan akan disingkirkan.
Wah Lai Toi atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO
Penuhi selera anda dengan ‘menu’ hidangan Kdrama & Cdrama hanya di Astro! Haaaa.. Macam mana? Banyakkan senarai yang kami bantu sediakan untuk anda? Semua rancangan ini, anda boleh nikmati hanya dengan Astro tau!
Waktu anda berkumpul dengan keluarga untuk makan bersama, sambil tu bolehkan layan sekali hidangan daripada Astro ni. Kalau ‘menu’ yang kami sertakan ni tak cukup, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di SINI.
Untuk mengetahui lebih banyak drama menarik yang disiarkan, anda boleh ikuti Facebook, Instagram dan laman sesawang rasmi Astro. Jangan biarkan hidup anda suram tanpa drama, langgan Astro untuk keceriaan seisi keluarga.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/masih-tak-tau-nak-layan-drama-apa-kami-bawakan-menu-k-drama-c-drama-khas-untuk-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Western Yang Padu Dan Ketagih Nak Makan

Menu Western Yang Padu Dan Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 435 hits
Buat yang bosan dengan masakan lauk pauk apa kata kata ubah selera dengan menu western simple dan mengenyangkan Hari minggu begini kita gantung kuali dengan menikmati hidangan kegemaran Walaupun dah boleh nak dine in SOP jangan dilupakan Mu...
Dah Besar Tapi Masih Nak Melekat Anak Nak Berkepit Manja Sampai 6 Tahun Biarkan

Dah Besar Tapi Masih Nak Melekat Anak Nak Berkepit Manja Sampai 6 Tahun Biarkan

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 201 hits
Anak kita nak manja berlebih kita mulalah rasa rimas Jangan rimas dulu ini baik untuk perkembangan anak kita Itu tanda anak percaya pada kita walaupun umurnya sudah menjangkau usia enam tahun Parenting Influencer berkongsi mengenai perihal ...
Nampak Macam Ada Drama Sikit Situ Sempat Lagi Nak Jual Beli Keh Keh

Nampak Macam Ada Drama Sikit Situ Sempat Lagi Nak Jual Beli Keh Keh

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 170 hits
Krisis Melaka TYT dikuarantin belum terima surat PH mohon jumpa October 4 2021 Mohd Ali Rustam sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 30 Sept lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid 19 MELAKA Is...
Afdlin Shauki Kias Penerbit Drama Nak 1 Juta Followers Jangan Sampai Jadi Peserta Squid Game

Afdlin Shauki Kias Penerbit Drama Nak 1 Juta Followers Jangan Sampai Jadi Peserta Squid Game

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 571 hits
Baru baru ini seorang penerbit drama tempatan mendedahkan yang follower di laman sosial menjadi antara faktor yang menarik pelakon itu untuk ditawarkan berlakon Pelbagai reaksi diberikan oleh pelakon pelakon hebat yang tidak bersetuju denga...
Tok Imam Siap Nak Masuk Ladang Lupa Kena Nikahkan Pengantin

Tok Imam Siap Nak Masuk Ladang Lupa Kena Nikahkan Pengantin

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 193 hits
Melalui satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang bernama Nikafiq official apabila dia berkongsi momen lucu semasa hendak bernikah tempoh hari nikafiq officialtok imam terlupa fyp fyp foryoupage original sound Nikafiq Of...
Ramai Dapat Mesej Hattan Nak Pinjam Duit Rupa Rupanya T1pu Telefon Kena Hack Mereka Guna Nama Dan Gambar Saya

Ramai Dapat Mesej Hattan Nak Pinjam Duit Rupa Rupanya T1pu Telefon Kena Hack Mereka Guna Nama Dan Gambar Saya

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 253 hits
BENGANG dan sakit hati itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperd4ya orang ramai Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin 57 menyedari identitinya digunakan s1ndiket pen1...
Idea Dan Perancangan Yang Nak Membeban Dan Menyusahkan Rakyat

Idea Dan Perancangan Yang Nak Membeban Dan Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 177 hits
Idea mundur ke belakang sebagai kaedah menyelesaikan masalah masih digunapakai idea bodoHadkan sekatan bebankan kerenah pentadbiran sudah tidak sesuai di era digital Kenapa diskriminasi umur jadi amalan sedangkan penyelesaian masalah perlu ...
Kita Tengok Dia Handal Main Bola Sepak Lepas Tu Kita Nak Jadikan Idola Apa Hukumnya

Kita Tengok Dia Handal Main Bola Sepak Lepas Tu Kita Nak Jadikan Idola Apa Hukumnya

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 338 hits
Soalan Apa hukum kita idolakan orang kafir tapi bukan sebab saja saja ustaz contoh sukan kita minat sukan bola sepak Kita tengok dia handal main bola sepak lepas tu kita nak jadikan idola apa hukum dia Berdosa atau tidak kita sudah sebut ha...
Kutuk Gemuk Gedempol Menyesal Bila Dapat Tahu Isteri Usaha Nak Kurus Terlambat Dia Dah Pergi Selamanya

Kutuk Gemuk Gedempol Menyesal Bila Dapat Tahu Isteri Usaha Nak Kurus Terlambat Dia Dah Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 250 hits
Kadang kadang betul kata orang bila dah tak ada baru kita teringat ingat Waktu itulah kita mengharapkan kalau dia kembali akan kita hargai Semasa hayatnya masih ada haruslah kita tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada pasangan kita Jika...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta