Kutuk Gemuk Gedempol Menyesal Bila Dapat Tahu Isteri Usaha Nak Kurus Terlambat Dia Dah Pergi Selamanya


Kadang-kadang betul kata orang, bila dah tak ada baru kita teringat-ingat. Waktu itulah kita mengharapkan kalau dia kembali, akan kita hargai. Semasa hayatnya masih ada, haruslah kita tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada pasangan kita. Jika tidak, takut menyesal di kemudian hari.
Begitulah perkongsian seorang suami, Eddie Dieana yang menceritakan tentang seorang kawannya yang ralat kerana tidak menghargai isterinya semasa masih hidup. Isterinya kini sudah meninggal dunia.
Artikel Menarik: [Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya]
Dia pernah ‘kantoi’ menghantar mesej kepada perempuan lain. Apabila isterinya bertanya tentang hal itu, suami tersebut mengakuinya kerana tak suka dengan bentuk tubuh si isteri yang gemuk. Dia juga membandingkan isterinya dengan perempuan tersebut yang ramping dan cantik.
Menurut kawannya itu, dia sempat minta maaf dengan isterinya sebelum meninggal dunia tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia sangat sedih dan rasa menyesal. Tambah kawannya lagi, dia baru saja melihat-lihat telefon isterinya dan terjumpa ‘sesuatu’.
Dalam tempoh dua bulan, isterinya hanya mencari tentang cara-cara menguruskan badan. Banyak carian tentang kurus, air detoks dan sebagainya. Juga melalui sebuah aplikasi membeli-belah, isterinya banyak letakkan pelbagai jenama ubat menguruskan badan di troli kerana tak mampu membelinya.
Artikel Menarik: [Keluar Suara ‘High Pitch’ Waktu Panggil Anak, Mak-Mak Mesti Boleh Relate Dengan Cara Adira Ni!]
Ikuti perkongsian penuh kisah ini;
Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption.
“Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yg telah tiada.”
Sebagai seorang sahabat yg mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata² semangat pada beliau.
“Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa.
Semoga roh arwah tenang disana.”
“Thanks Eddie, kebetulan kau text aku.
Boleh aku call kau?.”
“Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya.
Sedang rancak berbual di talian. Tiba² Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat² dan seolah² sedang bersedih.
“Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.”
“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?”
“Macam ni bro,
2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal.
Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising². Aku pun terus lah cakap.
‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam.
Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon.
‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’
Allahuakbar, terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata² semangat kepada Zack.
“Allah, sedihnya aku dengar Zack.
Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?”
“Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. “
“Tapi kenapa bro”
Sahabat saya terus mendiamkan diri.
Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.”
“Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi.
Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia.
Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.”
“Kau jumpa apa bro?”
Aku tengok apa yg dia search 🔎 dekat YouTube dia.
‘Cara² untuk kurus dalam tempoh sebulan.’
‘Cara² untuk turunkan berat badan.’
‘Cara² bakar lemak.’
‘Cara buat air Detox untuk kurus’
‘Cara² tahan lapar.’
Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”

Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni.
“Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak² kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.”
“Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat.
And aku harap kau tulis apa yg aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
Artikel Menarik: [“Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya.” Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap]
1 lagi, kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yg patot supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yg sepatotnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yg aku buat sebelum ni.”
Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni.
Setuju dengan apa yg kau cakap.
Setiap orang metabolisma dia tak sama. Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemok².Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin.
Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.*
Penulis:- Eddie Dieana

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kutuk Gemuk Gedempol, Menyesal Bila Dapat Tahu Isteri Usaha Nak Kurus. Terlambat, Dia Dah ‘Pergi’ Selamanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kutuk-gemuk-gedempol-menyesal-bila-dapat-tahu-isteri-usaha-nak-kurus-terlambat-dia-dah-pergi-selamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Anak Selesa Niat Bantu Perbelanjaan Suami Isteri Tak Berani Berhenti Kerja

Nak Anak Anak Selesa Niat Bantu Perbelanjaan Suami Isteri Tak Berani Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 261 hits
Setiap hari isteri balik dengan melangkah longlai kerana terlalu penat bekerja Dia penat namun bila mana memikirkan kemahuan dirinya dan niat untuk membantu suami dalam menguruskan perbelanjaan rumah isteri tegar bertahan Isteri terus kuat ...
Duit Tinggal Rm2 80 Ini Ikhtiar Suami Bantu Isteri Jalani Pembed4han J4ntung Impian Saya Nak Ambil Lesen Motor

Duit Tinggal Rm2 80 Ini Ikhtiar Suami Bantu Isteri Jalani Pembed4han J4ntung Impian Saya Nak Ambil Lesen Motor

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 389 hits
SAYA risau sangat duit saya cuma tinggal RM2 80 saya perlu duit untuk bawa isteri saya ke hospital hari ni
Isteri Pergi Tanpa Berita Lelaki Gigih Dukung Anak Merata Tempat Mencari Rezeki

Isteri Pergi Tanpa Berita Lelaki Gigih Dukung Anak Merata Tempat Mencari Rezeki

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 308 hits
Baru baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mendukung anak perempuannya ketika sedang meniaga di serata media sosial Indonesia Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki memakai T shirt berwarna kelabu membawa sebuah ...
Isteri Kadang Dia Malu Nak Meminta Bila Suami Bawa Keluar Beli Barang Dapur Seronok

Isteri Kadang Dia Malu Nak Meminta Bila Suami Bawa Keluar Beli Barang Dapur Seronok

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 365 hits
Isteri walaupun dia tak minta apa apa daripada suami jika sesekali diberi hadiah atau belanja apa apa yang disukai pasti berbunga bunga hati Tak semestinya yang mahal pun asalkan ikhlas daripada suami Sebab itu orang kata bila isteri dapat ...
Uai Pesan Kalau Suami Nak Isteri Topup Belanja Rumah Jangan Terus Suruh Isteri Bayar

Uai Pesan Kalau Suami Nak Isteri Topup Belanja Rumah Jangan Terus Suruh Isteri Bayar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 450 hits
Bila dah berumah tangga sepatutnya tiada rahsia antara pasangan suami isteri Sebaik baiknya suami perlu berterus terang dengan isteri begitu juga isteri perlu beritahu apa yang patut pada suami Begitu jugalah dalam bab perbelanjaan keluarga...
Makin Ramai Anak Makin Susah Nak Kurus Yatt Hamzah Akui Mencabar Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin

Makin Ramai Anak Makin Susah Nak Kurus Yatt Hamzah Akui Mencabar Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 261 hits
Mengekalkan bentuk badan dengan berat ideal seperti sebelum mengandung pastinya cukup sukar Bagi Yatt Hamzah dia mengakui untuk mengekalkan beratnya selepas bersalin seperti bersalin anak pertama dan kedua jauh bezanya dengan sekarang Kata ...
Selalu Aminkan Doa Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin Bakal Sambut Baby 27 September Azmi Caliph Buskers Teruja

Selalu Aminkan Doa Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin Bakal Sambut Baby 27 September Azmi Caliph Buskers Teruja

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 467 hits
Bapa mana yang tidak merasa teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya Lebih lebih lagi setelah menanti hampir 10 tahun Penyanyi Azmi Caliph Buskers juga mengakui rasa teruja yang sama malah menyifatkan ia sebagai bakal hadiah ulang ta...
Hiburan Nak Solat Tiba Tiba Ada Imam Zizi Kirana Malu Malu Kongsi Pengalaman Jadi Isteri

Hiburan Nak Solat Tiba Tiba Ada Imam Zizi Kirana Malu Malu Kongsi Pengalaman Jadi Isteri

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 370 hits
Sedia maklum secara diam diam pasangan merpati dua sejoli iaitu penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin telah selamat disatukan pada Ahad lalu tanpa perlu menghebohkan kisah percintaan mereka ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBagaimanapu...
Allah Gerakkan Hati Dia Patah Balik Nak Tunjuk Kecurangan Isteri Khianat Seorang Kawan

Allah Gerakkan Hati Dia Patah Balik Nak Tunjuk Kecurangan Isteri Khianat Seorang Kawan

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 301 hits
Kecoh di media sosial ketika ini sebuah video memaparkan seorang isteri yang ditangkap ketika bersama dengan seorang lelaki lain didalam rumah oleh suaminya sendiri Kejadian yang berlaku tanpa sengaja itu oleh kerana suaminya yang ingin kel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba