Masih Panjang Umur Terkejut Anak Di Tengah Lebuh Raya Selepas Kereta Dilanggar


Masih panjang umur! Itulah yang boleh digambarkan mengenai nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terselamat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), beberapa hari lalu.
Walaupun terkeluar dari kereta dipandu bapanya, mangsa bernasib baik apabila pemandu kereta lain di belakang menghentikan kenderaan sebaik menyedari kelibat kanak-kanak terbaring di lorong kanan lebuh raya.

Kejadian dilaporkan jam 3.21 petang kelmarin, di Kilometer (KM) 235.5, Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Linggi, Negeri Sembilan.
Difahamkan, kanak-kanak itu tercampak selepas kenderaan dipandu bapa mangsa dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain yang dipandu secara melulu dan berbahaya.
Insiden itu menarik perhatian umum selepas video kemalangan berkenaan tular di media sosial.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir, berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.21 petang membabitkan dua kenderaan Perodua Myvi dan Honda Jazz yang dipandu secara berbahaya.
“Ketika melalui KM 235.5 Lebuhraya Senawang-Ayer Keroh arah utara, kenderaan Perodua Myvi dipandu di lorong kiri lebuh raya manakala kereta jenis Honda Jazz memandu di lorong kanan.

“Kedua-dua kenderaan terbabit kemudian mengubah haluan dan menghimpit kereta Honda Civic yang berada di lorong kanan.
“Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta Honda Civic hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang lebuh raya dan kemudiannya terlanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi di lorong tengah.
“Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mana anak?
Dalam pada itu, ibu kanak-kanak tersebut, T Citra, 26, berkongsi detik cemas yang berlaku pada anaknya secara tiba-tiba.
“Saya tanya suami anak di mana. Apabila di tempat duduk belakang tiada, saya jadi panik dan cemas.
Suri rumah itu berkata, kejadian yang berlaku begitu pantas membuatkan dia tidak dapat berfikir apa yang terjadi pada anaknya selepas terkejut susulan kereta dipandu suaminya, K Satthiaseenan, 31, dilanggar kereta lain.

“Secara tiba-tiba bunyi hentaman kuat di bahagian kiri kereta kami yang menyebabkan cermin hadapan sebelah penumpang pecah. Saya hanya mendengar anak sulung saya dan dua anak saudara yang duduk di tempat duduk belakang menjerit.
“Saya terkejut anak yang tidur di pangkuan tercampak keluar melalui cermin sisi kereta yang pecah itu. Saya segera bertanya suami di mana anak kami.
“Sebaik kereta kami berhenti saya terus keluar dan mendapati anak berada di lebuh raya. Ada pengguna nampak anak saya berguling beberapa kali selepas tercampak dari kereta.
“Saya terus meluru ke arahnya dan lihat ada darah pada mukanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ).
Berdasarkan rakaman video berdurasi selama 59 saat itu, sejurus tercampak keluar, mangsa diselamatkan seorang pemandu lori yang berhenti di lokasi kejadian.
Sumber: Berita Harian
The post Masih Panjang Umur! Terkejut Anak Di Tengah Lebuh Raya Selepas Kereta Dilanggar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masih-panjang-umur-terkejut-anak-di-tengah-lebuh-raya-selepas-kereta-dilanggar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 877 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
Bayi Tercampak Ke Tengah Lebuh Raya

Bayi Tercampak Ke Tengah Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 352 hits
Mohd Khidir Zakaria BAYI perempuan berusia 18 bulan nyaris maut apabila tercampak di tengah jalan selepas kereta dipandu bapanya terbabit kemalangan di Kilometer 235 5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh Senawang dekat Rembau petang semalam Ketua Pol...
Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 406 hits
Luluh hati seorang bapa apabila bayi yang baru berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota Kuantan tengah hari tadi Bapanya sendiri menemui mangsa di dalam kereta yang ketika itu mahu keluar d...
Tinggal 5 Anak Masih Kecil Mak Ayah Mati Dilanggar Pemandu Mabuk

Tinggal 5 Anak Masih Kecil Mak Ayah Mati Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 475 hits
Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur...
Pemerintah Masih Mendata Anak Wni Eks Isis Yang Terpencar Di Timur Tengah

Pemerintah Masih Mendata Anak Wni Eks Isis Yang Terpencar Di Timur Tengah

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 228 hits
Pemerintah Masih Mendata Anak WNI Eks ISIS yang Terpencar di Timur Tengah Pemerintah kata dia masih mendata anak anak WNI eks ISIS yang kini terpencar di berbagai negara Timur Tengah Setelah proses itu selesai barulah pemerintah akan memutu...
Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 469 hits
Mendaki gunung atau bukit sudah menjadi satu trend masa kini untuk aktiviti riadah bersama keluarga Alangkah indahnya apabila menikmati permandangan dari arah atas gunung bersama orang tersayang Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi...
Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 441 hits
Seorang imam digantung jawatan selepas didapati bersalah berkahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan imam iu sendiri Menurut akhbar Uganda Daily Monitor imam dari Masjid Noor Kampisyi di daerah Kayunga Sheikh Mohammed Mutumba dikatakan t...
Ibu Terkejut Dakwa Taska Bagi Anak Makan Nasi Kicap Dan 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6 Orang

Ibu Terkejut Dakwa Taska Bagi Anak Makan Nasi Kicap Dan 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6 Orang

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 655 hits
Sebagai ibu bapa harapan kita hanya untuk melakukan yang terbaik untuk anak anak Kerana kesibukan bekerja sebagai ibu bapa terpaksa hantar anak anak ke taska atau tempat asuhan untuk dijaga dengan baik sementera mereka bekerja Banyak taska ...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak