Masalah Gempa Tun M Kerat Bedah Jahit A Hadi



KUALA LUMPUR 11 MARCH 2017. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi dialog di Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa. NSTP/KHAIRULL AZRY BIDIN.
Tun M tengoklah mana boleh ‘kerat’

MARANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang pemimpin yang lebih tahu siapa di kalangan anggota Kabinet yang perlu ditukar mahupun dikekalkan.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Dr Mahathir seorang yang berpengalaman lama dalam pentadbiran negara sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga Tun Razak.Justeru, kata beliau, terpulang kepada Perdana Menteri itu sendiri bagi membuat perubahan yang sesuai dan mereka layak menganggotai Kabinetnya.“Itu terpulang kepada PM. Dia lebih tahu, dalam pengalaman dia. Dia lihat sendirilah kabinet dia. Dia lama jadi Perdana Menteri, dia (dapat) saksikan mana anggota Kabinet yang boleh menjalankan tugas, yang tak mampu menjalankan tugas, yang lemah, yang kuat dan terpulang kepada beliaulah untuk tentukan siapa.“Sekarang ini, Tun sudah buat kenyataan, dia kata perlu (tukar) dan memang kita melihatnya, perlulah. Itu terpulang kepada Perdana Menteri untuk buat perubahan, kerana dia yang mengepalai. Dia kena cari anak buah yang sesuai dengan dia untuk menjalankan tugas,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.Katanya, PAS menyokong hasrat Perdana Menteri itu tetapi tidak boleh menentukan kerana terpulang kepada Tun Dr Mahathir sendiri.Beliau turut membuat anologi dalam masalah kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dengan seorang doktor merawat penyakit.“Saya tidak boleh menentukan senarai (anggota) Kabinet, itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dia yang tahu mana yang layak dan yang tak layak.“Dia macam penyakit, kalau kita tahu penyakit dan tak ubat sekarang. Jadi berjangkitlah. Kalau perlu pembedahan kena buat pembedahan. Kalau perlu rawatan, kena buat rawatan.“Nampak kenyataan Perdana Menteri itu perlukan pembedahan. Dia seorang doktor dan dia tahulah, nak bedah dekat mana. Dia pula seorang ahli politik paling lama, sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), zaman Tun Razak. Jadi, dia boleh tengoklah mana yang boleh ‘kerat’, mana yang kena ‘bedah’, mana yang kena ‘jahit’,” jelasnya.Namun, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau yakin Tun Dr Mahathir mampu menyelamatkan keadaan dalam menghadapi situasi tersebut.“Kalau lihat kepada ‘gempa’ yang berlaku itu dan kalau tengok pada merintihnya itu sakit besar. (ketawa) Penyakit besar. Tapi boleh diselamatkan, insya-Allah. Saya percaya Perdana Menteri boleh menyelamatkan keadaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/11/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/masalah-gempa-tun-m-kerat-bedah-jahit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Pupr Siap Bedah 5 700 Rumah Warga Korban Gempa Palu

Kementerian Pupr Siap Bedah 5 700 Rumah Warga Korban Gempa Palu

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 451 hits
Menurut Khalawi program BSPS merupakan salah satu upaya pemerintah untuk meningkatkan kualitas rumah masyarakat yang tidak layak huni
Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 347 hits
Astro Awani Jelas Perdana Menteri jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan Foto Astro AWANI PETALING JAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Tun M Perlu Buat Pembedahan Besar Saran Hadi

Tun M Perlu Buat Pembedahan Besar Saran Hadi

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 297 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membuat pembedahan besar berdasarkan gempa yang berlaku dalam Kabinetnya dalam usaha menyelamatkan kerajaan dan negara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jika melihat kepada rintih...
Rombakan Kabinet Perlu Susulan Kalah Besar Ph Tun M

Rombakan Kabinet Perlu Susulan Kalah Besar Ph Tun M

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 315 hits
Rombakan Kabinet mungkin sebelum APEC tahun depan Dr MahathirPETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan akan melakukan rombakan Kabinet sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik tahun depan Pengumuman Perdan...
Jom Jana Pendapatan Sebagai Jtt Ambassador Dengan Jamu Tun Teja

Jom Jana Pendapatan Sebagai Jtt Ambassador Dengan Jamu Tun Teja

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 744 hits
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Terima Kasih kerana berminat menjadi sebahagian daripada team Jamu Tun Teja Sebagai JTT Ambassador HQ akan memberi tawaran yang sangat berpatutan untuk memulakan perniagaan anda bersama sama kami...
Tun M Mungkin Bubar Parlimen Halang Anwar Jadi Pm

Tun M Mungkin Bubar Parlimen Halang Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 400 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI 23 Rabiulawal 1441H Rabu Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yakin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membubarkan Parlimen atau memenjarakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim b...
Kabinet Mungkin Dirombak Tun Mahathir

Kabinet Mungkin Dirombak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 400 hits
Ekoran dari kekalahan besar Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Sabtu lalu Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menimbang agar rombakan kabinet dibuat Beliau menegaskan akan mendengar pandangan dari Majlis Presiden Ph berka...
Anwar Jumpa Tun M Bincang Isu Peralihan Kuasa

Anwar Jumpa Tun M Bincang Isu Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 345 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad senada dan sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman dan teratur Presiden PKR dan Perdana Menteri itu...
Tun Mahathir Angkuh Apec Satu Tahun Lagi Rakyat Susah Hari Ini

Tun Mahathir Angkuh Apec Satu Tahun Lagi Rakyat Susah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 348 hits
1 Kenyataan Tun Mahathir semalam bahawa PH perlu memecatnya sekiranya mahukan transisi segera jelas satu kenyataan angkuh dan tidak berpijak dibumi nyata 2 Saya sudah jangkakan dalam kenyataan saya sebaik PRK Tg Piai bahawa Tun Mahathir tid...
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Levels Of Investments

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards

Rm40 Juta Untuk Kasut Buruk Bunyi Tak Masuk Akal Kan Tapi Ini Adalah Kisah Benar Yang

Dahi Murid Tahun Dua Berlubang Dilanggar Pemandu Cabut Lari