Masak Nasi Lemak Udang Besau


 Assalamualaikum WBT 


YEY! Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Dari akhir tahun lepas dok tunggu cuti Tahun Baru Cina ni sebab tak sabar nak bercuti panjang. Sk plan cuti panjang ni bolehlah nak declutter barang penuh kenangan dalam rumah tu sebelum bulan puasa tapi nampaknya Pak Inche dah gatal tapak kaki pulak nak jalan-jalan. Ku turutiiiii..




Lepas sarapan Capati di Warong Tujuh Pagi, ahad lepas, PI ajak jalan-jalan ke pasar tani sekejap. Tengok udang besar dia murah sikit dari harga udang kat Pasar Larkin semalamnya. Ketam pun murah dari Pasar Larkin, terliur tengok ketam tapi hari tu pun baru makan, kan.. jadi, kami beli udang aje la. PI pulak suruh masak nasi lemak, terus terbayang nak buat udang goreng. PI kan tak gemar ada haiwan dalam sambal tumis nasi lemak, jadi kena masak asing. Lepas zuhur baru mula masak nasi diikuti masak sambal, goreng kacang tanah, ikan bilis dan udang




Kacang tanah ni Sk sorang je makan. PI tak makan nasi lemak dengan kacang tanah. Ikan bilis pulak, PI suka, Sk kurang suka sebab masin. Sekor dua bolehlah tapi sedap pulak ikan bilis mata biru beli kat Tanjung Dawai ni, tak masin sangat.Terus termakan banyak jugak ikan bilisnya




Udang ni sekilo RM39. Murah, kan.. sebab udang kolam (bela).  Kalau udang laut manalah dapat harga macam ni. Sk pilih yang besar-besar tapak tangan, jadi taklah dapat banyak sekilo tu. Kalau nak banyak, kena pilih yang kurang besar, tapi tetaplah memang besar-besar udangnya, lagi besar dari yang beli kat pasar Larkin. Oh, yang beli kat pasar Larkin tu RM48 tau sekilo. Yang tu Sk beli tak sampai sekilo, kena RM34. Yang ni, sekilo lebih sikit, RM41. Beza banyak eh harga pasar tani dengan pasar Larkin. Sk goreng udang 4 ekor jer, perap garam dan kunyit sekejap, terus goreng. PI makan sekor jer, Sk la bedal dua ekor. Malam tu repeat lagi makan nasi lemak, Sk habiskan lagi sekor udang tu sebab PI tak nak, dia suka sambal udang jer makan dengan nasi putih. Puas hati betul kali ni dapat makan nasi lemak dengan udang besau. Kadang tengok jugak yang viral-viral jual nasi lemak lobster la, sotong jahat la, gerammmm jer. Tapi, kalau pergi makan nasi lemak, tetaplah ambil sambal paru jer, tachod nak ambil lauk sotong dengan udang ui




Hari tu, Sk dah blend cili kering siap tanpa bawang. Sk dapati, kenapa tah, kalau Sk kisar asing cili dan bawang, nanti sambal Sk jadi macam tak cantik tekstur dia. Jadi, Sk masukkan bawang besar dua biji dalam jug blender (tak besar sangat bawangnya) dan masukkan lima sudu cili kisar, masukkan minyak masak dan air sikit, blend bersama. Aaaa.. barulah dapat sambal yang cantik teksturnya. Yang terjongol sikit dalam sambal tu, asam keping, hehehe. Sk letak asam keping kali ni, tak guna pes asam jawa. Ada tengok tips kat TT, letak asam keping lagi sedap, ya, lagi sedap.. ke.. memang Sk masak sedap ek? Hahaha




Tugas melenggang telur kali ini diserahkan kepada PI. Sk dah cuci siap-siap tiga biji telur, rupanya dia tambah lagi sebiji. PI memang suka telur banyak kalau makan nasi lemak. Selain telur lenggang, Sk buat telur rebus dua biji jugak. Tapi bukan rebus la, macam biasa Sk guna kaedah kukus telur sambil masak nasi. Ingat lagi dulu-dulu zaman bujang, pergi Batu Layar dengan kawan-kawan (Along dan Ucu), kami tidur chalet dan sediakan sarapan sendiri, dorang ajar Sk masukkan telur terus dalam periuk masa masak nasi. Senang jugak tapi tu la, berlomoih pulak telur dengan santan, hehehe. Zaman tu rasanya kalau beli periuk nasi memang dapat inner periuk aje, tak dapat pengukus macam periuk nasi zaman sekarang. Itupun hari tu nampak kat mana tah, ada yang tanya, apa fungsi pengukus tu bila beli periuk nasi? Haishhh.. itupun tak boleh fikir sendiri, makan jadi apa agaknya




Nasi lemak Sk wajib ada halba. Selain halba, Sk juga masukkan bawang merah dan halia, tapi tu la, daun pandan pulak tak ada., tapi tetaplah harum baunya. Masak nasi ni 2 1/2 pot habis licin dua kali makan, hahaha. Ingatkan nak buat bekal ke, tak sempatttt!  Yang dalam mangkuk merah tu, timun, dah siap nak makan baru teringat timun, hehehe. Lengkap condiments nasi lemak Sk kali ni, syukur Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/masak-nasi-lemak-udang-besau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum Yayyy Bestnya dapat masak masak kat rumah Resepi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang ni saya buat masa dua minggu lepas Cuti sekolah baru sahaja bermula Saya memang tak sabar nak tunggu cuti ini Seja...
Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm

Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 224 hits
Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm When I was younger I had this understanding that Nasi Lemak is exclusively to be eaten during breakfast After some time Nasi Lemak is no longer exclusive for breakfast time only it can be enjoyed throu...
Resepi Udang Masak Diraja

Resepi Udang Masak Diraja

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 149 hits
RESEPI UDANG MASAK DIRAJABahan bahan dikisar 4 biji bawang besar4 ulas bawang putih4 tangkai cili kering2 inci lengkuas1 inci haliaBahan bahan 2 batang serai diketuk1kpg asam1 2 sudu serbuk kunyit1 sudu gula1 2 sudu garam1 cawan santan peka...
Nasi Lemak Halba Sarapan Hari Ini

Nasi Lemak Halba Sarapan Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum Berjaya jugak SA buat nasi lemak halba kali ni di bantu oleh Nia Nia gorengkan ikan bilis kacang tanah dan hiris timun mama masak nasi dan sambal telur rebus dah rebus masa basuh beras rebus lama sikit sebab memang nak kunin...
Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 176 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Siapa sini yang suka makan Nasi Lemak macam Maha sila tinggal komen Memang Nasi Lemak menjadi makanan kesukaan hampir semu...
Masak Ketam Lemak Cili Api

Masak Ketam Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum WBT NAMPAK ketam lawa lawa kat Pasar Tani terus pilih tiga ekor ketam betina Selain ketam beli sotong tak besar sangat total RM54 Tak pasti harga setiap satu Aduh patut hari tu snap pic kat pasar tu tapi lupa hihi Balik teru...
Nasi Lemak Abang

Nasi Lemak Abang

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 273 hits
Nasi Lemak Abang Quick sarap kat sini sebelum kelas tambahan OKlah Cuaca pun sejuk aje Hujan masih tak berhenti mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek ...
Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 201 hits
Resipi nasi jagung ini boleh jadi pengganti nasi minyak atau nasi beriani kerana hidangan lauknya lebih kurang sama Boleh dimakan dengan ayam masak merah daging beriani dan dalca Cuma nasi jagung ini lebih berasa dan sedap kerana siap denga...
Resepi Cara Buat Nasi Lemak Pandan Hijau

Resepi Cara Buat Nasi Lemak Pandan Hijau

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 228 hits
Resepi Cara Buat Nasi Lemak Pandan Hijau Resepi Cara Buat Nasi Lemak Pandan Hijau Nasi lemak merupakan makanan tradisional Malaysia yang terkenal dengan rasa lemak santan dan aroma daun pandan Bagi yang ingin mencuba kelainan nasi lemak pan...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh