Masak Nasi Cepat Basi Dalam Rumah Tak Selesa Anak Kerap Menangis Bacalah Ayat 9 Surah Yasin


Pernah tak bila kita duduk dalam rumah, rasa macam tak selesa dan serba tak kena. Jika ada anak kecil, kerap menangis. Lepas tu bila masak nasi atau makanan, mudah basi.
Menurut Ustaz Mujahidin dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin, mungkin ada yang tak kena dan perlu dilakukan sesuatu agar seisi keluarga sentiasa berada dalam rahmat-Nya sepanjang masa.
Ramai tanya saya balik..Ustaz bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya? Saya pernah buat pagar rumah dengan garam dan lada hitam ada cara lain lagi nak pagar rumah macam mana??
“Ok bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalami nya Sebenarnya.Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan..Di bawah saya share kan Tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan:
– Kerap ternampak seperti bayangan hitam berdiri,kerap ternampak bayangan hitam@putih melintas laju , kerap ternampak seolah anak kecil berlari..
– Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita.. Kebiasaannya suara yang kita kenali..
– Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah,bunyi tarik kerusi meja atas rumah,bunyi lesung batu.Terutama rumah flat, kondo, apartment..Bunyi ketuk pintu,bunyi pasir@batu di baling atas bumbung rumah

– Masuk rumah jadi sakit badan, sakit kepala, sakit belakang, sesak nafas bila keluar rumah jadi ok masuk rumah sakit balik..
– Kerap berbahang panas dalam rumah, pasang Air-cond malam rasa panas..Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan pula dengan sejuk..
– Di dalam rumah kerap panas bergaduh perkara kecil jadi besar sekeluarga..Ada sahaja tak kena..Anak jadi tak dengar cakap melawan apa kita cakap.Suami isteri jadi serba tak kena ada je masalah..

– Masak nasi dan lauk cepat basi..Baru masak pagi tengahari dah basi.. Kadang-kadang tak sampai tengahari dah basi…
– Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumah dah bersih sapu,kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah…Tak tahu keluar dari mana punca.. Kadangkala bau kemenyan,colok ,bau Setanggi dan bau wangi..
Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap di kongsi oleh pesakit pada saya.Sebelum ini saya ada ajar pagar rumah melalui garam dan lada hitam kali ini saya ajar ada Tiga cara mudah untuk elakkan gangguan di dalam rumah kita oleh makhluk halus..
Cara pertama:
Masuk je ke dalam rumah@ke mana sahaja yang kita pergi nak masuk jangan lupa memberi salam “Assalamualaikum”ada orang ke tak mesti kena bagi salam..Selesai bagi salam baca Surah Al-Ikhlas3x kemudian masuk dalam di mulakan dengan kaki kanan..
InshaAllah jika buat dengan yakin jika ada makhluk halus yang ada ikut kita dari luar tak akan dapat ikut kita masuk di dalam rumah kita sekali jika kita amalkan cara begitu..Paling mudah la tu..
Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam)Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam..
Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,

Cara kedua:
Jika kita nak tinggalkan rumah.. Sebagai contoh kita nak keluar rumah..Bagus juga di buat selalu sebenarnya..Cara nya letakkan Tapak tangan kita di pintu Utama rumah kita seperti di dalam gambar kemudian baca:
Al Fatihah 1x
Al ikhlas 3x
Selawat 3x dan sambung ayat di bawah
Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin 1x
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Buatlah dengan penuh yakin InshaAllah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus.. Sebagai Contoh di elakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan di elakkan dari gangguan makhluk halus..

Cara ketiga yang terakhir sekali:
Amalkan Solat berjemaah di dalam rumah bersama sekeluarga. Kerapkan mengaji AlQuran,Solat Tahajjud bersama-sama sekeluarga ..Cara begini lagi bagus untuk elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus.Sentiasa hidup kan suasana di dalam rumah dengan ayat Suci Al-Quran.InshaaAllah Jin iblis tidak akan mudah memasuki rumah kita..
Bila makan di dalam rumah bersama-sama ,jangan lupa baca doa makan..Jika terlupa baca sekali pun jangan lupa baca bismillah ketika hendak makan..
“Nabi SAW Bersabda:
Di saat ia makan (dengan membaca doa makan), maka syaitan pun berkata (pada teman-temannya): “Kalian semua tidak ada bahagian makan”
Jadi sebaiknya jangan la lupa doa makan ketika hendak makan.Itu adalah rezeki kita semua..Rezeki datang dari Allah..Lepas makan pastikan tudung tutup makanan terutama Sebelum tidur..Takut ada lalat hinggap pada makanan akan jadi kotor..Bila kotor makanan yang terdedah makhluk halus amat suka.
Jika Sebelum tidur pastikan jangan lah berlonggok pinggan dalam singki penuh dengan sisa makan lagi tak di buang akan nampak kotor dan bau yang busuk.. Makhluk halus memang suka benda yang kotor dan busuk..Jika ada sampah ikat sebaiknya agar tidak berbau busuk dan ulat.
Bila masuk Tandas jangan lupa baca doa. Masuk dan keluar tandas. Bila dah keluar tandas  pastikan pintu tandas sentiasa tutup jangan di buka.
Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Doa hendak masuk tandas
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Allahumma inni a’udzu bika minal khubutshi wal khabaa’its.
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
Doa hendak keluar tandas
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Ghufraanaka Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
“Aku memohon ampun daripada Engkau Ya Allah,Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku”
Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas.Di dalam tandas bila lepas di gunakan pastikan di cuci dengan bersih sebelum keluar meninggalkan tandas. Pastikan memakai selipar bila memasuki ke dalam tandas.
Anak-anak juga tidak di galakkan bermain di luar rumah terutama waktu senja maghrib..Ketika ini banyak makhluk halus yang berkairan di luar rumah terutama ketika masuk waktu Azan berkumandang pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah ketika itu..
Jika sidai baju juga jangan sidai baju sampai di tengah maghrib dan malam baru nak angkat walaupun ada bumbung di luar rumah tak elok..Jika ada baju pastikan angkat baju di ampaian sebelum masuk senja…
Moga info ini bermanfaat pada mereka semua yang memerlukan..Saya hanya share sahaja mana yang saya tahu..Semua sebagai Ikhtiar sahaja..Jika kita buat dengan yakin penuh dengan istiqomah InshaAllah pasti di permudahkan segalanya dari Allah..
Moga diri kita dan family kita di elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus dan di elakkan dari sebarang musibah Aamiin3x Ya Rabbal Allamin.
Kredit: Ustaz Mujahidin (Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Masak Nasi Cepat Basi, Dalam Rumah Tak Selesa & Anak Kerap Menangis, Bacalah Ayat 9 Surah Yasin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masak-nasi-cepat-basi-dalam-rumah-tak-selesa-anak-kerap-menangis-bacalah-ayat-9-surah-yasin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebak Bapa Ini Menangis Rindukan Anak Cucu Lama Tak Jumpa Sebab Pkp Bila Nak Balik

Sebak Bapa Ini Menangis Rindukan Anak Cucu Lama Tak Jumpa Sebab Pkp Bila Nak Balik

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 370 hits
Ibu Bapa mana tidak rindukan anak mahupun cucu mereka lagi lagi masa Perintah Kawalan Pergerakan pada ketika iniMungkin daripada kita beranggapan ia boleh buat video call namun ia tidaklah sama kerana perasaan rindu berjauhan itu tetap dira...
Kerap Terdengar T4ngisan Anak Kecil Akhirnya Jiran Tampil Buka Mulut Dedahkan Apa Yang Mereka Nampak

Kerap Terdengar T4ngisan Anak Kecil Akhirnya Jiran Tampil Buka Mulut Dedahkan Apa Yang Mereka Nampak

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 315 hits
Apabila anak saya melambai ke arahnya dan ajak bersembang dia tidak membalas dan segera masuk ke dalam rumah
Sedih Selepas 4 Bulan Isteri Pergi Suami Menangis Diminta Pindah Rumah Sewa

Sedih Selepas 4 Bulan Isteri Pergi Suami Menangis Diminta Pindah Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 596 hits
Kehilangan insan tersayang terutama pasangan hidup amatlah perit untuk dilalui dan dugaan tersebut bukanlah mudah untuk dihadapi Tiada lagi senyum tawa yang menghiasi hari hari mendatang apabila suami atau isteri pergi selamanya 4 bulan ist...
Lelaki Ini Menangis Ketika Masak Selepas 60 Bungkus Makanan Dibatalkan Secara Tiba Tiba

Lelaki Ini Menangis Ketika Masak Selepas 60 Bungkus Makanan Dibatalkan Secara Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 262 hits
Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis ketika memasak menjadi tular di media sosial Cerita mengenai nasib yang menimpa lelaki ini agak menyedihkan Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama heppy08 itu memaparkan seorang l...
Sedihnya Menangis Tak Berhenti Warganet Sebak Tengok Arrian Tomok Hantar Pembantu Rumah Balik Kampung

Sedihnya Menangis Tak Berhenti Warganet Sebak Tengok Arrian Tomok Hantar Pembantu Rumah Balik Kampung

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 642 hits
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan Berat bagi kita sebagai orang dewasa namun berat lagi bagi anak kecil yang baru merasai erti perpisahan sebenar Perkongsian sebuah video yang dikongsikan penyanyi Tomok mengenai perpisahan pengasuh dan ...
Dapur Fiezasani Masak Ayam Goreng Guna Air Fryer Lebih Mudah Dan Cepat

Dapur Fiezasani Masak Ayam Goreng Guna Air Fryer Lebih Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 357 hits
Masak ayam goreng guna air fryer je uolls Senang mudah cepat Budak sekolah rendah pun boleh buat Orang yang malas pun boleh buat Kalau malas lagi tak tahu lah weiii Tahap senang dah ni goreng ayam guna air fryer Lebih sihat sebab tak guna m...
Mudah Sedap Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

Mudah Sedap Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 372 hits
Sesekali masak hidangan istimewa untuk keluarga memang puas hati Enoh lebih lagi kalau suami dan anak anak makan dengan penuh berselera Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang di hari ni Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara ya...
Saniah Dapat Rumah Tak Perlu Lagi Usung Anak Oku Cari Rezeki Annuar

Saniah Dapat Rumah Tak Perlu Lagi Usung Anak Oku Cari Rezeki Annuar

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 189 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa meluangkan masa menziarahi adik Siti Nurasyikin Johari yang juga Orang Kelainan Upaya sambil diperhatikan ibunya Saniah Taib di Lorong Haji Taib 2 Chow Kit Kuala Lumpur Foto AFFAN FAUZI KUALA ...
Pengedar Sabu Jaringan Internasional Kerap Jemput Barang Di Rumah Sakit

Pengedar Sabu Jaringan Internasional Kerap Jemput Barang Di Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 237 hits
Pengedar sabu jaringan internasional yang ditangkap di Pekanbaru Riau kerap melakukan penjemputan barang di parkiran rumah sakit Pada 1 Februari 2021 petugas menangkap jaringan tersebut di parkiran RS Awal Bros Jalan Sudirman Kota Pekanbaru...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp