Masak Kari Ikan Merah Goreng Ikan Kembung


 Assalamualaikum WBT


PAGI ni pergerakan kenderaan agak perlahan selepas persimpangan lampu isyarat Taman Laman Setia. Pukul 7 masih belum lepas lagi masuk lebuhraya. Layan aja la mengesot pelan-pelan, lama-lama sampai jugak office tapi nampaknya hari ni tak dapatlah balik pukul 4.30, hihihi.




Meh la tengok rupa Kari Ikan Merah yang Sk masak hari ahad lepas. Hari sabtu tu, sekali lagi PI meratib nak balik kampung angkat. Sk cakap, kita kan dah janji nak pergi kenduri En Nas. Ehhh, nak pergi lepas kenduri, dia kata. Malas Sk nak layan. Tapi tu la, bila tak ke mana-mana, dia pulak mengidam nak makan macam-macam. Pagi-pagi ahad tu, dah keluar ke pasar tani, baliknya bawa bawang besar, bawang kecik, serai, halia, timun, cili padi merah, limau nipis, bendi, ikan merah dua keping (badan dan ekor), ikan kembung 2 ekor, udang 16 ekor kot dan roti canai 4 keping buat sarapan. Udang tu buat stock la, ikan merah minta buatkan kari dan ikan kembung suruh goreng garing-garing. 



Resipi Kari Ikan Merah Sk

Bahan-bahan:
Ikan merah 2 potongBawang besar merah sebiji dimayang Halia seinci dihiris nipisRempah 4 sekawan Daun kari 2 pelepahRempah tumisRempah kari ikan 2 1/2 suduSerbuk cili setengah suduSerbuk kunyit 1 sudu kecikAir anggaran 4 cawanSantan kotak (Kara) 30mlAsam gelugor 2 keping (kecik)Minyak masak untuk menumisBendiTomatoCili padiGaramAjinomoto 

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak secukupnya anggaran 1/2 cawan.
2. Masukkan bawang, halia dan rempah empat sekawan, tumis hingga bawang layu, kemudian masukkan daun kari, kacau sekejap.
3. Masukkan rempah tumis, kacau sekejap.
4. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tuang air setengah cawan, kacau rata, biar hingga terbit minyak, kemudian tambahkan lagi air setengah cawan, kacau dan biar hingga terbit minyak, tambahkan air lagi. Ulang-ulang prose's ini sehingga Kari cukup pekat dan cantik.
5. Masukkan santan pekat dan tambahkan air, kacau lagi dan tambah air.
6. Masukkan ikan dan bendi, kacau-kacau sikit. Letak asam gelugor, garam dan ajinomoto. Masak anggaran 10 minit atau hingga ikan empuk.
7. Akhir sekali masukkan cili padi dan tomato, kacau sekejap, tutup api.




Selalu nampak orang share di medsos, lalat masuk ikut lubang penutup periuk macam ni. Walaupun belum pernah berlaku dan rumah Sk jarang banyak lalat, tapi kadang-kadang ada jugak sekor dua yang sesat. Risau jugak kalau kita tak nampak dia masuk, kan. Biasa Sk sumbat lubang ni dengan tisu tapi hari tu ada yang kongsi idea bernas, masukkan bunga cengkih. Cantiklah rupanya dari kita sumbat dengan tisu, hihi. 



Ikan kembung Sk perap dengan garam dan serbuk kunyit. Serbuk kunyit tu beli dekat Pekan Sari Temerloh. Ni goreng sekor jer, sekor lagi simpan




Petua elakkan ikan melekat di kuali, panaskan kuali dulu, baru masukkan minyak. Sebelum goreng ikan masukkan asam keping dahulu. Tu pun sebelum-sebelum ni ada masa melekat jugak sikit. Hari tu tengok Madam Musfirah kongsi petua, asam keping tu kena gosok kat kuali sebelum masukkan ikan, Sk buat, memang tak melekat langsung. Tq, madam share. Abaikan la kuali legend tu ya, tu baru tengok depan, belum tengok belakangnya, hahaha. 



Ikan goreng memang wajib la untuk PI. Kami dulu, makan ikan dalam gulai aje dah cukup. Kadang-kadang aje la ada ikan goreng ni. Oh, jangan tanya Sk la ikan kembung apa? Sk tak kenal, yang Sk tahu semuanya kembung, hehehe




PI tanya, bendi dia beli elok tak? Sebenarnya bendi dia beli tu besar-besar, tengok aje dah tahu tua bendinya. Nak tegur tapi nanti dia merajuk pulak. Bila PI tanya, baru Sk cakap, ada yang tua. Ni nanti lain kali kalau dia nak beli bendi kena pesan, beli yang comel-comel. Tapi, rasa macam dah selalu cakap, agaknya lama tu tak membeli, PI lupa




Ada ulam timun dan sambal belacan jugak, lupa nak posingkan sekali, hihi. Timun PI baru beli, sambal belacan stock sedia ada, nasib baik elok lagi sambal belacannya sebab PI tak membeli lada, dia beli cili padi merah tu jer. Aaa.. malam tadi repeat lauk yang sama la. Goreng ikan lagi sekor dan panaskan kari, ada sekeping lagi ikannya. Cuma tak ambil gambar, heheh




PI buat jus tembikai. Tu takpe, dia masuk dapur nak buat jus tu, dia tanya blender mana? Masa tu, Sk dah macam... apa ni, setiap kali nak tanya, hahaha. Sekejap lagi dengar bunyi benda pecah pulak. "La haula walakuata illabillah" jenguk kat dapur tengok balang garam celtic Sk dah kat lantai. Nasib baik bungkusan garamnya tu Sk masukkan dalam balang, tak tuang terus dalam tu. Jadi, selamatlah garam, balang jer wassalam. Ni masalah kalau nak ambil barang kat belakang, pakai tarik aje, barang kat depan pun jatuh laa.. yassalam. Anak mak mentua begitulaaaahhhh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/masak-kari-ikan-merah-goreng-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Kari Daging Peria Goreng Berlada Untuk Lunch Hari Ini

Kari Daging Peria Goreng Berlada Untuk Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 208 hits
Assalamualaikum wrt Lepas SA berurut tadi SA kena rehat dalam 1 jam sebelum buat kerja lain la takut sendi2 sakit balik kata tukang urut sementara tu SA dah rendam daging cincang dan daging pejal nak buat kari daging suami dah keluar pi bua...
Ikan Goreng Sambal Berlado Pedas Menyengat Resipi Paling Padu Menggoda Selera

Ikan Goreng Sambal Berlado Pedas Menyengat Resipi Paling Padu Menggoda Selera

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 201 hits
Ikan Goreng Sambal Berlado memang antara lauk pedas yang tak pernah mengecewakan Sambal merahnya yang wangi pedas menyengat dan seimbang dengan rasa masam asam keping memang membuatkan kita automatik tambah nasi Ringkas cepat dan rasanya se...
Masak Asam Pedas Ikan Siakap Yang Pekat Dan Sedap Style Orang Melaka

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Yang Pekat Dan Sedap Style Orang Melaka

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 201 hits
Dengan Bismillah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Masak Asam Pedas Ikan Siakap Yang Pekat dan Sedap Style Orang Melaka Yup Saya orang Joho sejati Tapi bab masak masak saya ikut je style negeri sapa sapa asalkan sodap memikat selera Tok l...
Masak Kari Ayam Bersantan

Masak Kari Ayam Bersantan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum WBT SIAP dah Sk masak Kari Ayam dan Ayam Goreng untuk lunch hari ni Bukan siap masak aje Tapi dah siap makan hehehe Masak awal sebab awal pagi tadi PI bertugas membuat liputan Larian Johor International Marathon 2025 di Data...
Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 227 hits
Jika ada satu snek ringkas yang sentiasa menang dari segi rasa aroma dan kepuasan jawapannya sudah tentu Tempe Goreng Pedas Daun Limau Hidangan ini asalnya popular dalam komuniti peminat tempe di Jawa Indonesia tetapi kini sudah menjadi keg...
Daging Goreng Ketumbar Cili Padi Resipi Pedas Paling Padu Menggiurkan

Daging Goreng Ketumbar Cili Padi Resipi Pedas Paling Padu Menggiurkan

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 204 hits
Daging Goreng Ketumbar Cili Padi ialah pilihan tepat jika anda peminat lauk daging yang pedas wangi dan kaya aroma Resipi ini bukan sahaja ringkas bahkan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati di dapur Kombinasi ketumbar sangai cili pa...
Goreng Pisang Cheese

Goreng Pisang Cheese

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat Bagaimana dengan cuaca tempat awak harini Tempat saya mendung dan nampak macam dah nak hujan sangat dah ni Time hujan ni mata pun akan layu je kejap lagi kan Jemaah lelaki balik dari solat Jumaat biasanya suka m...
Kudapan Kacang Goreng Salut Tepung

Kudapan Kacang Goreng Salut Tepung

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum Kadang kala terasa nak kudap sesuatu tapi malas nak keluar membeli Saya ni bukan peminat kacang tanah Kacang tanah dalam nasi lemak atau dalam soto pun saya tak makan Tapi jika kudapan yang ini memang laju saya makan Dah mul...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Roti Sardin

Hattusa Keajaiban Kota Yang Terukir Dalam Batu Dan Keheningan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri