Masak Asam Pedas Ikan Siakap Yang Pekat Dan Sedap Style Orang Melaka


Dengan Bismillah, 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Masak Asam Pedas Ikan Siakap Yang Pekat dan Sedap Style Orang Melaka-Yup.Saya orang Joho sejati. Tapi bab masak-masak, saya ikut je style negeri sapa-sapa, asalkan sodap memikat selera Tok laki saya kat rumah.hiks. Sebenarnya banyak versi masak asam pedas ni, cuma saya nak kongsikan resepi yang saya pernah tengok kat Instagram, katanya tu cara emaknya masak, yang berasal dari negeri Laksamana Hang Tuah tu.So, bila kita ikut resepi tu, jadi sedap pulak asam pedas kita, dia ikut selera kita, so ngamlah resepi itu saya pergunakan sehingga suami dan anak-anak ikut suka dengan asam pedas versi pekat dan memikat selera sep kito.heh

Asam pedas Ikan siakap style pekat dan pasti sedap. Saya kalau makan lauk berkuah ni, cerewetnya ialah saya suka yang pekat.Misalnya masak kari, masak lemak putih atau masak cili api, mesti nak yang pekat.Kalau kari cair atau masak lemak cili api kuahnya cair, memang potong mood nak makan.haha.Kalau nak kuah cair, baiklah kita makan sup sayur atau sup ayam kan.Siapa yang selera macam saya ? Tu belum lagi jumpa mi rebus, mi bandung atau mi kari yang kuahnya cair.Sakit hati kita tau. Tapi tulah, selera orang kan lain-lain.Semua nak ikut dia.Macam dia betul semua.aduuhh Cik Matahariku oiii

Orait, kita kembali ke niat asal saya berkongsi resepi asam pedas ikan siakap. Sebenarnya, bukanlah takat ikan siakap,boleh juga kita tukar ikan tu kepada ikan kembung, ikan tenggiri, ikan jenahak atau ikan mayong sekalipun. Itu ikut bajet tok laki dan selera sekeluarga

Tok laki saya kalau bab kacang bendi dalam asam pedas ni, dia tak suka kalau batang/ tangkai bendi tu ada sekali. Dia suka saya potong habis bahagian tangkai dan juga bahagian hujungnya. Jadi, begitulah kejadian akhir bendi saya

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Yang Pekat dan SedapOleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahanIkan siakap 7 ketul dah siap potong dan cuci bersih1 labu bawang besar saiz sederhana dihiris nipissatu batang serai diketuk
Bahan-bahan kisar :cili kering dah siap blend setengah cawan/ satu mangkuksatu inci haliasatu inci lengkuas5 ulas bawang merah3 ulas bawang putihsatu batang serai1 inci belacansatu sudu teh lada hitamsatu biji tomato ( untuk pekatkan kuah )Air asam jawa secukupnyaDaun kesom, kacang bendi dan bunga kantan,  ( option kalau suka )Minyak secukupnya untuk menumis bahan kisarGaram, gula, serbuk perasa secukupnya
Cara Menyediakan Asam Pedas Ikan Siakap1. Panaskan minyak secukupnya.Biasanya kalau kita masak apa-apa yang ada guna cili kering, kita kena lebihkan sedikit minyak untuk menumis sebab nak bagi cili itu masak elok
2. Masukkan bawang yang dihiris dan serai yang diketuk dalam kuali/ periuk. Tujuannya nak bagi minyak menumis dengan rasa manis bawang. Ini tips rahsia asam pedas kita lebih mantap rasanya.hiks
3.Bila dah naik bau bawang tadi, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau semua bahan hingga sebati.Biarkan seketika hingga terbit minyak.Boleh masukkan air setengah cawan supaya bahan kisar tadi dapat blend well dengan cili kering blend
4. Sebenarnya cili kering tu boleh je blend sekali dengan bahan kisar lain. style saya pula sebab saya dah siap cili blend dalam fridge, maka saya masukkan secara berasingan dengan bahan kisar
5. Bila dah terbit minyak, kita tambah air dalam dua cawan setengah.kalau suka kuah cair sedikit, boleh masukkan tiga cawan air
5. Biarkan air tadi mendidih, barulah masukkan ikan, kacang bendi, atau daun kesom/ bunga kantan
6. Perasakan ikut citarasa masing-masing.Bagi saya asam pedas yang sedap selain kuahnya pekat, ia mestilah ada rasa masam, masin dan manis yang seimbang.Kalau asam pedas terlebih manis, itu bukan asam pedas ya, itu pengat pisang.adeehh
7. Biarkan dalam 15 minit, dah boleh tutup api.Tips masak ikan, kalau nak tahu ikan dah masak betul ialah kita tengok mata dia.Kalau mata dah terjojol atau kita tekan bahagian badan isinya ke dalam, maka ikan tu dah masak ya. Masak ikan ni, kena jaga jangan sampai overcook, kalau tidak alamat hancurlah isi ikan tu.Sebab isi ikan ni lembut je bukan macam kita masak daging ya

Selamat mencuba ya, Kalau ada orang Melaka yang pandai buat asam pedas yang lagi power, mehlah kongsi kat komen.Kita boleh belajar sama-sama :)
Cik Matahariku,Seni memasak ni kadang takde pun yang betul atau salah, asalkan hujung-hujungnya air tangan kita tu dapat gembirakan orang tersayang, itu sudah rezeki besar bagi si Tukang masak:)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/11/masak-asam-pedas-ikan-siakap-yang-pekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ikan Keli Menu Lunch Hari Ni

Asam Pedas Ikan Keli Menu Lunch Hari Ni

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum wrt Dah malam baru nak up entry menu lunch hari ni SA kepenatan huhu Hari ni SA share pengalaman healing dalam dapur SA Tiba tiba teringin sangat nak makan lauk kampung yang power punya Bukan setakat teringin tapi dah sampai...
Makanan Dikata Tak Sedap Lelaki Tikam Mati Tukang Masak

Makanan Dikata Tak Sedap Lelaki Tikam Mati Tukang Masak

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 146 hits
Tukang masak warga Myanmar maut manakala suami dan rakannya cedera di badan Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata tiga lelaki Myanmar ditahan termasuk suspek dan abangnya bagi membantu siasatan PETALING JAYA Makanan dihidangkan tid...
Ikan Goreng Sambal Berlado Pedas Menyengat Resipi Paling Padu Menggoda Selera

Ikan Goreng Sambal Berlado Pedas Menyengat Resipi Paling Padu Menggoda Selera

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 199 hits
Ikan Goreng Sambal Berlado memang antara lauk pedas yang tak pernah mengecewakan Sambal merahnya yang wangi pedas menyengat dan seimbang dengan rasa masam asam keping memang membuatkan kita automatik tambah nasi Ringkas cepat dan rasanya se...
Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum WBTKALAU tahun tahun sebelum ni hati gumbira setiap kali tiba hari khamis sekarang ni hati gumbira setiap kali tiba hari Jumaat Macam selesai satu masaelah Lagi bila dah petang tu rasa lega sangat sebab dua hari lepas tu tak...
Resipi Agar Agar Santan Gula Melaka Sedap Dan Mudah Dibuat Di Rumah

Resipi Agar Agar Santan Gula Melaka Sedap Dan Mudah Dibuat Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 228 hits
Agar Agar Santan Gula Melaka memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut Tak guna banyak bahan tetapi hasilnya sangat sedap dan menarik Hidangan ini juga sesuai untuk majlis keraian atau jamuan keluarga ...
Masak Kari Ikan Merah Goreng Ikan Kembung

Masak Kari Ikan Merah Goreng Ikan Kembung

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum WBTPAGI ni pergerakan kenderaan agak perlahan selepas persimpangan lampu isyarat Taman Laman Setia Pukul 7 masih belum lepas lagi masuk lebuhraya Layan aja la mengesot pelan pelan lama lama sampai jugak office tapi nampaknya...
Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap Tiga Rasa

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 229 hits
IKAN SIAKAP TIGA RASA KUAH BANJIR HEHE Masak awal sebab harini ada temujanji dengan doktorNOTA KAKI IKAN NI BILA BELI MINTA DISIANG TAU TAU ORANG TU POTONG KECIL ALAHAI SABAR JE LA
Tips Sukatan Air Yang Sebenar Untuk Buat Agar Agar Tali Yang Lembut Dan Sedap

Tips Sukatan Air Yang Sebenar Untuk Buat Agar Agar Tali Yang Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 177 hits
Dengan Bismillah Assalamualaikum Semua Tips Sukatan Air Yang Sebenar Untuk Buat Agar Agar Tali Yang Lembut dan Sedap Mungkin dah tak ramai orang yang buat agar agar jenis yang tali kan Sekarang ni boleh buat agar agar hanya dengan serbuk sa...
Air Soda Herba Sedap Resipi Menyegarkan Rahsia Khasiat Lemon Yang Menakjubkan

Air Soda Herba Sedap Resipi Menyegarkan Rahsia Khasiat Lemon Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 136 hits
Air Soda Herba sedap ini memang sangat menyegarkan bila meminumnya Lebih lebih lagi bila cuaca panas Nak buatnya tak susah langsung Bahan pun taklah banyak sangat Bila buat sendiri rasa lebih puas kerana kita boleh masukkan bahan bahan yang...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Pertarungan Sengit Di Separuh Akhir Fifae World Cup 2025 Efootball Mobile Menunjukkan Kehebatan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord