Masak Dulu Lagi Baik 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan


Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak? Sudah semestinya bubur kosong yang dikisar halus menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak.

Inilah yang disarankan oleh pakar. Namun dalam pada itu, sesekali boleh juga diselang selikan dengan puri buah agar anak makan lebih khasiat. Pun begitu, buah apa yang baik untuk bayi kita. Perlukah ia dimasak terlebih dahulu?

Pilih Sayuran & Buah Untuk Bayi
Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan. Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini.
Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?
Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.
Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal. Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.

Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:
Mengurangkan risiko tercekik
Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah. Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.

Pencernaan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.

Reaksi Alahan
Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya. Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.
Pencemaran
Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan. Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
Rasa
Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.

Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan
Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul.
Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil. Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.
Epal
Avokado
Aprikot
Pisang
Mangga
Betik
Pic
Plum
Prun
Labu kuning
Tembikai
Nanas
Kiwi
Manakala senarai buah untuk bayi berikut lebih sesuai diberikan jika usia bayi sudah lebih 8 bulan.
Buah naga
Tomato
Laici
Anggur
Strawberi
Beri biru
 
 
The post Masak Dulu Lagi Baik, 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masak-dulu-lagi-baik-13-jenis-buah-ni-sesuai-untuk-bayi-6-bulan-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Jenis Buah Yang Bagus Untuk Kembalikan Worning Wook Suami Isteri

10 Jenis Buah Yang Bagus Untuk Kembalikan Worning Wook Suami Isteri

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 139 hits
Salur darah yang sihat adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan emosi mereka Salur darah yang sihat juga dapat mencegah penyakit penyakit seperti darah tinggi kencing manis strok dan disfungsi ereksi Salur darah...
Makanan Baik Untuk Buah Pinggang Ini 15 Contohnya

Makanan Baik Untuk Buah Pinggang Ini 15 Contohnya

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 274 hits
Sekiranya anda merupakan pesakit buah pinggang mengambil makanan baik untuk buah pinggang adalah penting bagi memastikan fungsi organ tersebut dalam keadaan baik Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan...
Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga Tak Sampai Sebulan Inci Berkurang

Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga Tak Sampai Sebulan Inci Berkurang

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 325 hits
Buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi mama yang ingin memiliki berat badan yang ideal Untuk mendapatkan hasil yang cepat amalkan buah naga sebelum makan Buah naga merupakan antara buah buahan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 371 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
Pasangan Kekasih Ditahan Beri Bayi 16 Bulan Dadah

Pasangan Kekasih Ditahan Beri Bayi 16 Bulan Dadah

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 152 hits
LIzz Laily Husseinam hmetro com myIskandar Puteri Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi lelaki berusia 16 bulan yang dipercayai anak mereka Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat A...
Panduan Makanan Bayi 6 Bulan Perlu Lengkap Dengan Nutrisi

Panduan Makanan Bayi 6 Bulan Perlu Lengkap Dengan Nutrisi

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 316 hits
Bayi sudah menginjak usia 6 bulan Ibu ayah pasti teruja untuk mula memberi makanan pejal kepada si kecil Persoalannya makanan apa yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan Takut juga kalau tersilap bagi Maklumlah dalam 6 bulan pertama anak men...
Bubur Nasi Siap Masak Dalam Masa 7 Minit Sesuai Untuk Mama Yang Sibuk

Bubur Nasi Siap Masak Dalam Masa 7 Minit Sesuai Untuk Mama Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 232 hits
Bubur nasi sebenarnya boleh siap dimasak hanya dalam hanya 7 minit sahaja Cara memasak ini sesuai untuk mama yang sibuk Apabila bayi sudah menjangkau usia 6 bulan jadual rutin mama pun berubah Penyediaan bubur untuk bayi menjadi keutamaan J...
Ryan Bakery Timang Anak Lelaki Susah Hati Bayi Masuk Nicu Lahir Tak Cukup Bulan

Ryan Bakery Timang Anak Lelaki Susah Hati Bayi Masuk Nicu Lahir Tak Cukup Bulan

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 194 hits
Pempengaruh terkenal Ryan Bakery timang anak lelaki dan memaklumkan hal tersebut di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur kerana sudah bergelar bapa Selamat bergelar bapa Difahamkan isteri tersayang Elyia Ibrahim selamat melahirka...
Bahaya Makan Ayam Tak Masak Sempurna

Bahaya Makan Ayam Tak Masak Sempurna

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 202 hits
Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna Pernah tak beli ayam goreng ke ayam panggang ke bila gigit sampai ke tulang ada merah merah dan kesan darah Daging sikit liat Ada orang suka makan daging yang tak berapa masak begitu Style omputih katany...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework