Masa Scan 21 Minggu Nampak Jantung Tak Normal Sejak Lahir Umar Guna Oksigen


Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka, tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal jadi hari ini, esok dan seterusnya. Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini, impian mereka untuk melihat anak lahir dengan sihat tak kesampaian apabila mengetahui baby Umar mengalami masalah jantung.
Detail scan 21 minggu dapat tahu jantung Umar tak normal
Umar Ammar dilahirkan pada 24 April lalu. Ketika 21 minggu dalam kandungan, ibunya, Puan Nor Hafiza melakukan detailed scan di Hospital Kuala Lumpur. Detik sukar buat ibu dan bapanya apabila keputusan imbasan tersebut menunjukkan jantung baby Umar tidak normal. Puan Hafiza terus dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.

Tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ketika baby Umar disahkan mengalami Simple Transposition of Great Arteries (TGA), iaitu salur darah utama di jantung dalam keadaan terbalik yang boleh menyebabkan kadar oksigen kurang daripada kebiasaanya.
Hancur luluh hati ibu apabila terkenangkan setiap baris ayat yang dikatakan oleh doktor. Menurut doktor, baby Umar perlu segera menjalani pembedahan sejurus selepas lahir kerana oksigen di badannya tidak akan mencukupi tanpa pembedahan.
Dengan keadaan yang sarat mengandung, Puan Hafiza berulang alik ke Hospital Serdang untuk menjalani rawatan susulan bersama pakar jantung sehingga kandungannya memasuki usia 36 minggu.

Bersalin 39 minggu secara normal
Debaran kian terasa, penantian mereka selama ini telah berakhir. Umar selamat dilahirkan pada usia kandungan 39 minggu secara normal di Hospital Kuala Lumpur. Berat badannya ketika lahir adalah 2.8kg.
Umar dibawa terus ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana keadaannya tidak stabil. Pada hari ketiga Umar lahir, doktor memasuki belon (balloon catheter) di jantungnya untuk membesarkan ruang jantung namun selepas itu Umar mula berak berdarah sehingga terpaksa menangguhkan pembedahan.
Kesedihan yang dirasai masih belum reda, hidup Umar bergantung pada mesin oksigen. Kadar oksigennya tidak seperti bayi lain yang normal. Hakikatnya sehingga kini, Umar masih berada di NICU. Hospital sudah menjadi rumah kedua buat ibu bapanya kerana terpaksa berulang alik.

Selamat jalani pembedahan, kos perubatan belum bayar
Umar perlu menjalani pembedahan segera bagi membetulkan saluran jantungnya yang terbalik. Alhamdulillah pembedahan telah selamat dijalankan pada 10 Mei yang lalu namun kos tersebut masih belum dilunaskan. Kos RM70,000 sangat tinggi nilainya bagi mereka sekeluarga, ditambah pula perbelanjaan harian mereka hanya bergantung kepada pendapatan bapa.

Untuk membantu meringankan beban keluarga adik Ummar, MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Umar. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua.
Bantu kami penuhi kos pembedahan dan rawatan baby Umar. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapa baby Umar untuk melihat anak mereka membesar sihat seperti orang lain.

Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga.
Bagi anda yang ingin membantu dan memberi sumbangan pada adik Ummar Ammar, boleh terus klik link myfundaction untuk dapatkan maklumat lanjut.
Latar belakang adik Ummar
Nama: Ummar Ammar B Muhammad Alif Ammar
Tarikh Lahir: 24 April 2021
Nama bapa: Muhammad Alif Ammar
Nama ibu: Nor Hafiza
Tempat Tinggal: Lembah Pantai, Kuala Lumpur
MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Kos: RM70,000
Jenis: Arterial Switch
Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Tarikh pembedahan: 10 Mei 2021
Kredit: MyHeart Volunteers
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Masa Scan 21 Minggu Nampak Jantung Tak Normal. Sejak Lahir Umar Guna Oksigen appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-scan-21-minggu-nampak-jantung-tak-normal-sejak-lahir-umar-guna-oksigen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Nampak Kalau Tipu Rider Makanan Berang Pelanggan Guna Nama Tuhan Masa Order

Allah Nampak Kalau Tipu Rider Makanan Berang Pelanggan Guna Nama Tuhan Masa Order

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 335 hits
Sebelum ini sering tular di media sosial pelanggan meninggalkan mesej menggunakan nama tuhan khususnya melalui pesanan yang dibuat kepada penghantar makanan Pada mulanya perkara ini memang nampak lawak tapi memang tak patut lah kalau ramai ...
Apa Punya Zalim Masa Kau Ndak Bawa Menikah Masa Tak Ndak Kau Guna Wassap Ja Cerai Kau Memang Tak Guna La Lebai

Apa Punya Zalim Masa Kau Ndak Bawa Menikah Masa Tak Ndak Kau Guna Wassap Ja Cerai Kau Memang Tak Guna La Lebai

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 557 hits
Panas Pemimpin Ulamak PAS didakwa ceraikan isteri guna aplikasi whatsapp June 4 2021 Ketua Dewan Muslimat Pas Ustazah Nuridah Salleh diminta mengesahkan apakah benar cerita seorang pemimpin kanan Pas telah berkahwin seorang lagi di sebuah m...
Masa Scan Baru Tahu Tak Apalah Allah Nak Bagi Anak Syurga Maaf Jika Kisah Ini Menyentuh Emosi Semua

Masa Scan Baru Tahu Tak Apalah Allah Nak Bagi Anak Syurga Maaf Jika Kisah Ini Menyentuh Emosi Semua

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 343 hits
Setiap ibu bapa pastinya teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga Bila disahkan hamil pasti tak sabar ingin melakukan ujian imbasan untuk mengetahui jantina bayi dan memastikan bayi dalam keadaan sihat dan baik Sama sep...
Sepatutnya Lahir Secara Czer Tiba Masanya Dipaksa Normal Ibu Bayi Temui Ajal

Sepatutnya Lahir Secara Czer Tiba Masanya Dipaksa Normal Ibu Bayi Temui Ajal

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 371 hits
Saat tahu diri hamil sehinggalah nak melahirkan ibu akan melalui beberapa fasa yang tak sama dengan ibu hamil yang lain Mungkin bagi orang lain cabarannya pula berbeza Sebab itu orang kata ibu hamil yang akan melahirkan anak pengorbanannya ...
Dia Kental Berani Tapi Dalam Jiwa Ada Taman Dua Kali Scan Nampak Perempuan Alih Alih Keluar Lelaki

Dia Kental Berani Tapi Dalam Jiwa Ada Taman Dua Kali Scan Nampak Perempuan Alih Alih Keluar Lelaki

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 360 hits
Siapa yang tidak berharap anak perempuan selepas dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata Pasti hati berbunga riang bila mana doktor mengesahkan jantinanya perempuan selepas melakukan imbasan sebanyak dua kali Pun begitu Allah lebih menget...
Anak Tiri Najib Disaman Salah Guna Dana 1mdb

Anak Tiri Najib Disaman Salah Guna Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 331 hits
Riza ShahrizKuala Lumpur 1Malaysia Development Berhad dan tiga subsidiarinya memfailkan saman terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan salah guna dana berjumlah US 250 juta bag...
Cara Mudah Remove Background Gambar Guna Remove Bg

Cara Mudah Remove Background Gambar Guna Remove Bg

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 705 hits
Cara Mudah Remove Background Gambar Guna Remove bg Hari ini terdapat pelbagai aplikasi membuang background gambar termasuk menggunakan Adobe Photoshop Tapi kalau korang nak cepat dan pantas Remove bg adalah pilihan paling tepat bagi proses ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi