Masa Scan Baru Tahu Tak Apalah Allah Nak Bagi Anak Syurga Maaf Jika Kisah Ini Menyentuh Emosi Semua


Setiap ibu bapa pastinya teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga. Bila disahkan hamil pasti tak sabar ingin melakukan ujian imbasan untuk mengetahui jantina bayi dan memastikan bayi dalam keadaan sihat dan baik.

Sama seperti Puan Fate’ah, namun ketika dia melakukan ujian imbasan kehamilan doktor memaklumkan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayinya kerana ukuran kepala bayi sedikit besar. Dia kemudianya di rujuk kepada pakar untuk mengetahui masalah sebenarnya. Ikuti perkongsian ini.
Saya nak berkongsi pengalaman bagaimana saya dan suami menjaga seorang anak yang dilahirkan cleft lip (sumbing) .

Assalamualaikum maaf jika kisah ni akan menyentuh emosi para ibu dan ada tak pengalaman jaga anak yang cleft.
Semua ibu bapa pasti excited nak tahu jantina baby kan?? Begitu juga dengan kami ketika kandungan 6 bulan, kami pun pergi klinik swasta nak tahu jantina .. doktor pun bagitahu tahniah dapat baby boy tapiii doktor ukur kepala baby besar sikit jadi doktor akan buat surat pergi jumpa pakar.
Doktor Sahkan Anak Sumbing
Bila dah jumpa doktor pakar, perasaan ni tak tahu nak bagitahu macammana takut semua ada ..doktor tanya “family ada yang cacat tak ?? Anak puan sumbing, puan jangan risau boleh repair ni”.
Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaanku, nak menangis masa tu tak boleh nak fikir apa-apa mugkin ini adalah uji aku, aku cuba tenangkan hati, dalam hati macam-macam, macam mana nak bagitahu family.
Terlampau Sedih
Sampai je rumah saya diam tak cakap sepatah pun sebab terlampau sedih, suami cerita semua dekat family. Mak pun cakap, “tak apalah nak buat macam mana, Allah nak bagi anak syurga kita terimakan. doktor cakap boleh repair”.
18 November 2016
Jam 6 pagi lagi nurse dah kejutkan suruh makan, jap lagi nak masuk labour room kena ada tenaga kejap lagi nak push baby 😅. Saya pun makan roti kering dengan air Milo. Dah siap makan semua nurse pun tolak masuk labour room .. agak lama jugak la dalam labour room tu ..
Tepat Jam 1.05pm Lahirlah Putera Kami
Muhammad Aufa Amsyar lahir secara normal. Masa keluar je Amsyar terus saya tengok betul ke baby saya sumbing. Ternyata betul apa yang doktor pakar beritahu cuma doktor tak tahu cleft lip atau cleft palate.. nurse pun bagitahu anak puan sumbing sikit puan jangan risau je nanti kita repair, saya pun jawap saya dah tahu masa kandungan 6 bulan.

Di Refer Ke Klinik Plastic
Selepas je lahir Amsyar, doctor akan refer ke plastic clinic dan saya tak penah missed follow-up.. cukup berat 6kg doktor akan bagi date untuk operation .. saya menunggu agak lama sebab Amsyar ada jantung berlubang tapi tak serius lepas je jumpa doctor pakar jantung diorang cakap amsyar boleh buat oparation. Doktor plastic surgery terus bagi date
Mula sekali saya akan jaga kesihatan Amsyar, if dia ada demam selsema or batuk pihak hospital akan tunda ke date lain. Amsyar buat operation ketika usia 10 bulan agak lewat sikit sebab ada masalah jantung perlu refer pada pakar jantung ..pada hari Amsyar nak menjalani pembedahan saya yang teman masuk ke dalam bilik pembedahan. Saya teman dia kejap ja lepastu nurse mintak tunggu di luar ..

3 jam lebih baru selesai pembedahan, nurse panggil masuk tengok keadaan masa tu sebak tak tahu nak cakap…. Dia menangis menahan rasa sakit tu. Seminggu juga berkampung di hospital ..
Penyusuan Berbeza
Oh ya, bagi yang belum tahu untuk kanak-kanak seperti mereka cara penyusuan agak bebeza mereka ada botol susu khas untuk membantu memudahkan bayi minum susu.

Kos Pembedahan
Kos hospital pula sangat murah, untuk kos pembedahan tak sampai RM100 amount yang perlu kami bayar.

Jangan Beza-Bezakan Anak
Saya rasa bertuah semasa kandungan 6 bulan dah tahu anak yang bakal lahir cleft. Jangan sedih atau beza-bezakan dengan ank-anak yang lain.

Anak-anak cleft adalah anank-anak yang bertuah, anak yang manja, anak yang pembawa semangat… semoga ibu-ibu disana kuat dan tabah menghadapi dugaan.

Ini adalah gambar terkini Amsyar. Membesar dengan sihat dan comel. Semoga kisah ini menjadi penguat buat ibu bapa lain yang diuji.

Kredit:Nur Fate’ah
Follower Pa&Ma yang nak dapatkan barangan dengan harga murah boleh klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini 
FREE je tau Webinar ni!!
The post “Masa Scan Baru Tahu. Tak Apalah, Allah Nak Bagi Anak Syurga” Maaf Jika Kisah Ini Menyentuh Emosi Semua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-scan-baru-tahu-tak-apalah-allah-nak-bagi-anak-syurga-maaf-jika-kisah-ini-menyentuh-emosi-semua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Liat Nak Makan Semua Diluahkan Balik Guna Petua Semulajadi Ini Selera Makan Anak Boleh Bertambah

Anak Liat Nak Makan Semua Diluahkan Balik Guna Petua Semulajadi Ini Selera Makan Anak Boleh Bertambah

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 298 hits
Anak liat nak makan mama dah masak macam macam pun tetap anak tak nak makan Kadang kadang timbul rasa stress sebab mama dah usaha untuk bangkitkan selera makan anak tapi tetap tak menjadi Sedih bila sedikit pun anak tak nak jamah Situasi in...
Tiga Kali Induce Baru Rasa Nak Bersalin Pilih Nama Ringkas Ain Edruce Kongsi Wajah Nama Anak

Tiga Kali Induce Baru Rasa Nak Bersalin Pilih Nama Ringkas Ain Edruce Kongsi Wajah Nama Anak

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 496 hits
Selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya akhirnya Ain Edruce tampil berkongsi cerita pengalaman kelahiran indahnya menerusi Youtube Ain sebelum ini membuka soalan untuk seluruh pengikutnya di Instagram yang ingin bertanyakan pelbagai so...
Masa Nak Masukkan Doh Tu Matikan Jap Api Baru Masukkan Rahsia Burger Malaysia Jadi Cantik Bulat

Masa Nak Masukkan Doh Tu Matikan Jap Api Baru Masukkan Rahsia Burger Malaysia Jadi Cantik Bulat

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 552 hits
Ramai yang tertanya tanya bagaimana cara nak menghasilkan adunan doh burger Malaysia yang cantik dan bulat tanpa hangit Bukan mudah nak menghasilkanya kerana adunan ini sangat mudah untuk masak dibahagian luar tetapi tidak masak sepenuhnya ...
Hiburan Kemain Seronok Nak Dapat Adik Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

Hiburan Kemain Seronok Nak Dapat Adik Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 357 hits
Hanya tinggal menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat tidak lama lagi penyanyi Siti Sarah memanjatkan rasa syukur kerana diberikan rezeki ini bersama suaminya AdvertisementMenerusi video hantaran terbaru di akaun Instagramnya Sar...
Ni Cara Nak Setting Youtube Supaya Anak Tak Buka Video Berunsur Sensitif

Ni Cara Nak Setting Youtube Supaya Anak Tak Buka Video Berunsur Sensitif

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 347 hits
Zaman sekarang dah tak sama macam zaman kita dibesarkan dulu dulu Ibaratanya penggunaan gajet pada masa kini sebagai satu keperluan dan semakin meluas digunakan bukan sahaja kepada yang bekerja tetapi anak anak pun perlu disebabkan proses p...
Rakyat Semua Cuba Pakat Pakat Fikir Apa Yang Cuba Di Lakukan Gamaknya Dah Dapat Kesan Kerajaan Nak Tumbang Kot

Rakyat Semua Cuba Pakat Pakat Fikir Apa Yang Cuba Di Lakukan Gamaknya Dah Dapat Kesan Kerajaan Nak Tumbang Kot

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 247 hits
Ceta nya macam ni Agong titah pemimpin pembangkang menghadap baginda tak ada niat nak jatuhkan institusi beraja yang menjadi paksi dinegara ini TETIBA
Ya Allah Kalau Kau Nak Cabut Nyawa Aku Janganlah Musim Covid 19

Ya Allah Kalau Kau Nak Cabut Nyawa Aku Janganlah Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 284 hits
Memasuki usia 68 tahun bulan hadapan pelakon Fauziah Nawi meluahkan rasa bimbang dengan situasi Covid 19 melanda negara apatah lagi kes semakin tinggi Pelakon itu turut marah dengan sikap penting diri pihak yang tidak mahu mengambil suntika...
Thank You Allah Pakai Baju Pink Sambut Kelahiran Anak Pu Amin Timang Anak Keempat

Thank You Allah Pakai Baju Pink Sambut Kelahiran Anak Pu Amin Timang Anak Keempat

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 341 hits
Tahniah diucapkan buat pencetus ummah atau PU Amin yang telah selamat menimang cahaya mata keempatnya semalam Menerusi Instagramnya PU Amin berkongsi khabar gembira itu kepada umum malah amat bersyukur dengan kurniaan rezeki memperoleh zuri...
Risau Sangat Nak Bagi Anak Pegang Gunting Biar Saja Lama Lama Anak Pandai

Risau Sangat Nak Bagi Anak Pegang Gunting Biar Saja Lama Lama Anak Pandai

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 305 hits
Tugasan yang melibatkan aktiviti menggunting selalu menjadi masalah pada anak anak kecil kita Tidak biasa memegang gunting malah kurang mahir memegang gunting dengan cara tepat membuatkan kita terpaksa membantu anak Sekali dua mungkin tidak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities