Cara Mudah Remove Background Gambar Guna Remove Bg
Cara Mudah Remove Background Gambar Guna Remove.bg | Hari ini terdapat pelbagai aplikasi membuang background gambar termasuk menggunakan Adobe Photoshop. Tapi, kalau korang nak cepat dan pantas Remove.bg adalah pilihan paling tepat bagi proses membuang background pada gambar. Remove.bg adalah cara paling mudah remove background pada gambar sepantas lima saat. Dengan Remove.bg korang boleh remove background gambar semudah ABC tanpa guna apa apa software.
Cara Senang Buang Background Gambar Kalau korang nak cara paling senang buang background gambar, korang boleh cuba ke laman sesawang Remove.bg . Hanya lima saat dengan satu klik, background gambar korang akan di buang secara automatik. Korang tak perlu lagi nak tumpu perhatian dan bagi perincian terperinci untuk buang background pada sekeping gambar bila dah ada cara senang ceggini. Paling penting ianya percuma. Yes! percuma. Korang boleh remove background gambar secara percuma sahaja. Takde nak kena bayar bagai.
Cara Hilangkan Background Gambar Sepantas 5 Saat KakYa tahu di kalangan sahabat KakYa suka mengedit gambar. Tapi part paling susah nak buat adalah remove background gambar untuk digantikan dengan background yang lebih menarik.
KakYa akan tunjukkan kat korang cara mudah remove background gambar tanpa menggunakan software dan jimat masa
Cara Cara Membuang Background GambarCara cara nak membuang background gambar. Korang ikut step kat bawah ni satu satu okey
• Mula mula sekali korang buka pautan ke laman sesawang Remove.bg• Upload gambar yang korang nak buang backgroud• Remoge.bg akan terus bekerja untuk buang background gambar korang• Lima saat jer, dah siap• Sila klik butang download dan save gambar yang dah siap
Tutorial Bergambar Cara Membuang Background GambarOk nak lagi padu, KakYa buat tutorial bergambar jugak untuk korang. Lagi mudah dan senang bila ada gambar. Opkos la entri KakYa kena ada gambar. Takde gambar tak best la kan? Kata nak ajar cara buang background gambar. Gambarnya mana?? Okey kita ke step by step guna gambar
Mari kita mulakan proses membuang background pada sekeping gambar. Mula mula korang cari gambar mana yang nak dibuang background.
KakYa pilih gambar Iman yang ni sebab dia nak gambar dia pakai baju AYTK untuk setkan gambar ukuran passport. Mujur gak la ada sekeping dua gambar dengan baju AYTK ni. Mudah korje Umi.
Sebenarnya Iman yang minta KakYa ajar dia camne nak buang background belakang gambar nak jadikan gambar ukuran passport.
Crop dulu gambar agak agak untuk ukuran passport cam gini. Edit jer guna phone buang mana yang tak berkenaan tinggal bahagian ni jer. Sebenarnya kena atas lagi tapi KakYa saja nak ebih kurang gini.
Dah ada gambar, dah siap crop gambar. Masuk ke laman sesawang Remove.bg . Upload gambar yang dah dipilih tadi. Tunggu kejap, tak sampai pon lima saat dah pon siap buang background
Tadaaa jadi cam gini transparent kat belakang. Kira jadi la camni. Dah takde dah backgroung kat belakang tu
Kalau korang nak terus save pon boleh nak edit dengan letak macam macam background yang tersedia kat laman Remove.bg pon boleh, takde masalah. Macam macam pilihan background yang korang boleh pilih dan macam macam warna yang ada.
KakYa try la jugak saja saja edit letak background berlainan. Saja la dah alang alang duk ajar Iman buat benda ni, banyak pulak dia duk main klik klik background.
Macam macam pulak dia duk save sebab cun katanya. Layankan ajer. Alang alang duk mengajar biar puas hati. Buat jer la ikut suka dia nak lagumana
Ni yang sebenar benarnya yang KakYa nak. Background biru untuk gambar ukuran passport. Kan dah jadi gambar ukuran passport dah tu. Bila dah siap boleh terus save jer.
Ni pilihan yang Iman duk klik klik sepanjang proses duk ajar dia cara buang background gambar. Dah macam macam jenis pulak dia duk buat. Kita masukkan jugak la bagi semangat.
Berbalik pada gambar kita yang dah siap edit background sepertimana kita nak, edit cecantik pastu simpan kat phone ke kat laptop ke ikut suka korang.
Nak guna nanti boleh print jer. Tapi yang ni belum adjust saiz lagi. Kalau nak guna yang ukuran passport kenalah adjust dia punya saiz dulu. Ni tunjuk gambar jer.
Korang buka Microsoft Words dan susun elok elok gambar tadi. Yang ni KakYa dah adjust saiz kepada gambar ukuran passport untuk Iman. Jangan lupa untuk setkan saiz gambar kepada 3.5cm (L) x 4.5cm (T)
Untuk kertas saiz A4 dapatlah 25 keping gambar ukuran passport. Banyak gak tu, kalau nak kena ambik gambar kat kedai dah berapa ringgit kena bayar. Buat sendiri boleh la jimat. Kalau anak 3 orang boleh la dapat 8 keping sorang untuk gambar ukuran passport
Kalau korang rasa nak print, terus jer print guna printer dan juga glossy paper. KakYa tak print lagi sebab glossy paper takde kat rumah ni. Dah habih duk cetak gambar dak kecik jer. Tapi kalau korang takde printer boleh jer print kat kedai.
Kalau nak simpan, korang simpan jer kat dalam pdf atau mana mana tempat yang berkenan di hati. Dah ada cam gini senang la sikit. Nak guna kita print jer. Takyah pening pening dah pahni
Sesuai sangat kalau nak buat untuk anak anak di awal permulaan sekolah. Masa awal persekolahan macam macam Cikgu minta termasuk la gambar ukuran passport kan?
Buat gini memudahkan mak ayah jugak sebenarnya. Tak perlu nak ke kedai gambar untuk tangkap gambar. Kalau anak ramai dan Cikgu nak guna lima keping contohnya. Boleh la buat cam gini. Sebaris untuk sorang anak. Satu A4 boleh muat dalam 25 keping la lebih kurang, ikut saiz kita pilih.
Jadi camne lulus ke idok ni tutorial KakYa kalini. Lau korang datang baca, singgah komen tu kira lulus la yoo. Ok selamat mencuba.
Semoga perkongsian Cara Mudah Remove Background Gambar Guna Remove.bg ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Terima kasih sudi singgah blog KakYa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/06/cara-mudah-buang-background-gambar-.html