Masa Menggayakan Kostum Karakter Komik Dc Kegemaran Anda Pada Hari Adiwira Dc
Pernahkah rasa untuk terbang lebih pantas daripada sebutir peluru laju? Mempertahankan kotaraya daripada penjahat? Berjuang demi maruah penduduk Amazon? atau rasa seperti pahlawan kebenaran? Pada 30 Jun 2019 ini anda boleh jadi seperti itu, malah akan diberi ganjaran bersempena Hari Adiwira DC yang akan diraikan di Resorts World Genting
Pertaruhkan imaginasi dan kreativiti anda untuk menguji diri menjadi karakter adiwira DC dan menangi pelbagai hadiah serta ganjaran pada hari tersebut. Pilih ikon global sama ada Superman, Batman dan Wonder Woman, atau karakter adiwira lain seperti Martian Manhunter, Swamp Thing, John Constantine serta Blue Beetle. Anda juga boleh memilih sisi gelap diri dengan mengenakan kostum watak penjahat seperti Joker, Harley Quinn, Lex Luther atau Black Manta. Pilih sama ada untuk memakai pakaian kostum penuh atau sekadar berbaju-T adiwira, Resorts World Genting mengalu-alukan kedatangan semua peminat DC pada Hari Adiwira DC
Terdapat pelbagai ganjaran dan hadiah untuk tema yang ditetapkan. Hadir dengan kostum lengkap adiwira dan terima pas “Pay-Per-Ride” Taman Tema Tertutup Skytropolis di kios lukisan wajah Skytropolis dari pukul 10 pagi hingga 2 petang, siapa cepat dia dapat. Sertai rakan-rakan cosplayers di Pentas Time Square dari pukul 4 hingga 4.30 petang untuk Perhimpunan Cosplayers.
Seramai 90 peserta pertama yang lengkap berkostum akan menerima hadiah. Buat mereka yang berbelanja RM100 dan ke atas, maksimum gabungan tiga resit di kedai-kedai yang mengambil bahagian di First World Plaza, akan turut menerima hadiah misteri. Adiwira dan penjahat DC turut boleh menikmati tawaran beli 1 percuma 1 untuk semua jenis piza panas di Motorino Pizzeria di SkyAvenue bermula pukul 7 hingga 8 malam
Hari Adiwira DC akan berlangsung pada 30 Jun 2019 bertempat di Resorts World Genting. Mereka yang hadir digalakkan memakai kostum adiwira dan akan menerima ganjaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603-2718 1118
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2019/06/masa-menggayakan-kostum-karakter-komik.html