Beto Kusyairy Dan Azhan Rani Dalam Adaptasi Puisi Ke Telefilem Sesekali Khas Hari Bapa Di Rtm


Beto Kusyairy dan Azhan Rani Dalam Adaptasi Puisi Ke Telefilem “Sesekali”, Khas Hari Bapa di RTMKarektor seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan daripada segala sudut.Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa.Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi.Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun ini, pukul 9.30 malam di TV2.Menariknya, Sesekali diadaptasi daripada puisi dengan judul sama karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2006.Ia mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya.Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi yang terbaik untuk Kemboja.Namun ketika Kemboja membesar, Amrin menyembunyikan pekerjaannya sebenarnya dari pengetahuan Kemboja kerana tidak mahu anaknya itu malu. Akhirnya Kemboja mengetahui juga pekerjaan ayahnya sebagai penghibur jalanan bukannya kerja pejabat sepertimana pakaian yang dipakainya.Amrin menerangkan situasi dirinya kepada Kemboja, anaknya itu perlahan-lahan menerima penjelasan ayahnya. Ketika ikatan dua beranak ini kembali normal, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis.Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.Kemboja mengalami pendarahan organ dalaman, berjuang untuk hidup namun tewas akhirnya. Amrin tidak dapat menerima kematian anaknya Kemboja. Manakala Adeng tertangkap setelah kepantasan pihak polis memburu Adeng.Amrin bertekad untuk membalas dendam atas kematian Kemboja, namun langkahnya terhenti apabila sentuhan Wahyudi menghentikan setiap perilaku niatnya. Mampukah sentuhan mengubah hati seseorang, Wahyudi yang mengalami masalah mata, menganggap Amrin bapanya tanpa mengetahui Adeng telah ditangkap. Apakah nasib Wahyudi menerima nasib yang sama seperti Kemboja atas situasi yang berbeza. Ikuti kesudahannya mengisi slot Citra di TV2.Selain Beto dan Azhan Rani, telefilem ini turut dibintangi oleh Noorkhiriah, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, dan Shazman Isaac.Sumber : RTM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/06/beto-kusyairy-dan-azhan-rani-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beto Kusyairy Sesekali Bawa Impak Kuat

Beto Kusyairy Sesekali Bawa Impak Kuat

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 981 hits
Anak seni sejati selalunya bersungguh sungguh bekerja untuk hasilkan karya yang berkualiti Itulah yang diperjuangkan pelakon Beto Kusyairy dalam perjalanan kerjayanya Menurutnya selaku pelakon dia tidak menolak jika ada stesen TV yang hasil...
Muat Naik Video Sempenan Hari Bapa Ketampanan Papa Ayda Jebat Curi Tumpuan Netizen

Muat Naik Video Sempenan Hari Bapa Ketampanan Papa Ayda Jebat Curi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 374 hits
Hari ini merupakan hari bapa jadi ramailah yang mula membuat ucapan buat bapa masing masing dengan menzahirkan pelbagai rasa syukur dan sayang terhadap pengorbanan seorang bapa Tidak ketinggalan juga penyanyi cantik Ayda Jebat yang kini nam...
Selamat Hari Bapa Buat Semua Ibu2 Yang Besarkan Anak Tanpa Seorang Lelaki Rita Rudaini

Selamat Hari Bapa Buat Semua Ibu2 Yang Besarkan Anak Tanpa Seorang Lelaki Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 612 hits
Selamat hari bapa buat semua ibu2 yang besarkan anak tanpa seorang lelaki Rita Rudaini Sempena hari bapa yang jatuh pada hari ini media sosial dipenuhi dengan ucapan selamat hari bapa oleh seluruh netizen Para selebriti dan artis juga tidak...
25 Koleksi Kiriman Ucapan Sempena Hari Bapa Yang Banyak Berkorban Dalam Membesarkan Kita

25 Koleksi Kiriman Ucapan Sempena Hari Bapa Yang Banyak Berkorban Dalam Membesarkan Kita

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 778 hits
Bapa Ayah daddy papa apa juga panggilan namanya jasa dan pengorbanan seorang bapa memang tidak ternilai harganya Seperti hari ibu hari bapa juga disambut di seluruh dunia yang selalunya di sambut pada hari ahad kedua bulan jun Jadi seiring ...
Tiga Hari Selepas Sampai Di London Ainul Tiba Tiba Sesak Nafas Dan Keluar Darah Daripada Mulutnya Bapa

Tiga Hari Selepas Sampai Di London Ainul Tiba Tiba Sesak Nafas Dan Keluar Darah Daripada Mulutnya Bapa

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 557 hits
Ainul Mardhiah buah hati kesayangan ramai rakyat Malaysia kini semakin menunjukkan perkembangan positif setelah selamat menjalani pembedahan membuang tumor selasa lalu Besar harapan dan doa rakyat Malaysia agar anak syurga itu akan terus si...
Koleksi Khas Vans X Harry Potter Dilancarkan Hari Ini

Koleksi Khas Vans X Harry Potter Dilancarkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 417 hits
Vans telah memberi sneak peak koleksi Harry Potter hasil kolaborasi Warner Bros dan Vans kepada peminat semenjak bulan lalu lagi Koleksi ini akan mula menemui pengguna di Malaysia hari ini Something magical coming soon https t co Ug5xKWJXTD...
Nabila Huda Bengang Ibu Tiri Kaitkan Hari Bapa Dengan Agama

Nabila Huda Bengang Ibu Tiri Kaitkan Hari Bapa Dengan Agama

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 380 hits
Meskipun sudah lama tidak bersua muka sempena sambutan Hari Bapa baru baru ini pelakon Nabila Huda turut tidak ketinggalan memberikan ucapan manis buat The post appeared first on
Selamat Hari Bapa Untuk Mereka Bergelar Bapa

Selamat Hari Bapa Untuk Mereka Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 655 hits
Selamat Hari Bapa Selamat hari Bapa umi ucapkan kepada mereka yang bergelar bapa Dan ucapan ini untuk my other The post appeared first on
Papa Sempena Hari Bapa

Papa Sempena Hari Bapa

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 499 hits
Bila umur sudah melewati 60an perasaan cepat sensitif Misalnya bila mendengar lagu Paul Anka bertajuk Papa di bawah membuat saya tersentuh Walaupun ia sebuah lagu lama tapi baru akhir akhir ini saya rasa demikian Masa muda muda dulu tak ras...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat